Sunday, December 4, 2011

Gambar Nikah Ezlynn & Adam Pengurus Peribadinya (Ezlynn Penyanyi Hi..Hi..Bye..Bye..)

Penyanyi yang bernama Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin, 30, dan pasangannya yang merupakan pengurus peribadinya sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 35, telah pun bernikah pada 20 November lalu di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.. 

Aku duk ingatkan Ezlynn ni akan kawin dengan 'Mat Saleh' ker kan..maklumlah dah namanya artis mestilah bercitarasa tinggi..terkejut jugak deng, beliau kawin dengan pengurus peribadinya sendiri..ishhh..pe ke hel nya plak aku yang terkejut nya..bukannya dia kenal aku pun..huwaaaaa..

Khabarnya si Ezlynn & Adam ni bakal diraikan oleh Rafflesia dalam majlis resepsinya nanti dan akan diadakan di Crowne Plaza Mutiara..wow..bertuah badan jadi artis ni ye..agaknya mesti hebat & grand macam majlis resepsi Norman Hakim dan Memey tu..walau apa pun, semoga pasagan pengantin ni akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

Ezlynn juga menerima wang hantaran berjumlah RM 20,020.20 dengan lima dulang hantaran dan dibalas oleh pihak Adam Fahmi dengan tujuh dulang hantaran.






No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...