Saturday, December 17, 2011

Baucar Buku RM 200 Boleh DiGuna Mulai 1 Jan - 31 Mac 2012


gambar kredit - utusan online

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata baucar buku RM200 untuk pelajar institusi pengajian tinggi mulai tahun depan akan dilengkapi pelbagai ciri keselamatan bagi mengelak ia dipalsukan. Menurut beliau juga, seramai 1.3 juta penuntut yang berdaftar sebagai pelajar aktif untuk tempoh Januari-Mac tahun depan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik dan pelajar Tingkatan Enam, sama ada sepenuh atau separuh masa layak untuk mendapat baucar tersebut.

Seorang penuntut akan mendapat empat baucar bernilai RM50 sekeping dan boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program tersebut dan hendaklah digunakan bagi membeli buku-buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan pengajian masing-masing. Tempoh sah laku baucar tersebut hanya selama tiga bulan iaitu bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac tahun depan.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...