Wednesday, December 7, 2011

Baddrol Bakhtiar Pelita Jaya

Baddrol Bakhtiar kini dikaitkan dengan kelab Pelita Jaya dari Indonesia yang juga merupakan kelab bola sepak yang memiliki penyerang sensasi negara iaitu Safee Sali. Apapun, sebelum ini kecoh satu Malaysia apabila Bad dikatakan akan diuji oleh kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Wigan Athletic berikut tersebar khabar memeranjatkan itu dalam internet. 

Apapun aku rasa Bad tentu dah fikir semasak-masaknya peluang untuk bermain di sana, cabaran dan dugaan hidup di perantauan dengan harapan tinggi penyokong kelab dan potensi peningkatan skill permainan dan segalanya. Kini dengan Safee Sali dikatakan menerima gaji lumayan sekitar RM30,000 sebulan mungkin peluang untuk Bad pula mencipta nama di bumi Garuda!

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...