Diyana Mastura Jaafar, 28, atau lebih dikenali sebagai Ana Dahlia kini sah bergelar isteri kepada Mohd Nadzri Redzuawan atau Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan, tepat jam 12.20 tengah hari pada 11.12.11, di kediaman pengantin perempuan, Kg.Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.

Menurut Media Hiburan, Ana Dahlia yang berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 56, dinikahkan oleh Ustaz Hj Nawi Osman,57, Naib Kadi, Kg. Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak. Di majlis tersebut, Ana Dahlia menerima wang hantaran sebanyak RM20 ribu dengan mas kahwin RM1001.00 beserta 13 dulang hantaran dan dibalas sebanyak 15 dulang daripada pihak perempuan.

Ana Dahlia juga tampak anggun dan berseri-seri dengan persalinan rekaan Fendi dari Butik Syarakim. Selepas acara akad nikah, majlis persandingan akan diadakan pada sebelah malamnya bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak. Selepas itu, majlis menyambut tetamu di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Kg. Sg. Koyan, Pahang pada 18 Disember ini.

Terkezutttt jugak Kasih Salina sewaktu mendapat khabar yang pasangan bahagia ni sudah bernikah. Ingatkan lambat lagi nak akadnya. Rupa-rupanya Ana Dahlia yang juga bekas peserta program 'Pilih Kasih' musim pertama ni sudah pun mengikat tali pertunangan bersama Chef Riz pada 5 Oktober lalu. Ketinggalan betul la Kasih Salina ni kan.
dan, jangan lupa, lagi kisah menarik sekitar majlis pernikahan dan persandingan Ana dan Chef Riz di keluaran Media Hiburan isu 17 Disember ini. Kasih Salina tulung promote Media Hiburan nih..