Gambar kredit : mynewshub
Kasih Salina ucapkan takziah kepada Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dan keluarga, diatas pemergian adik beliau ke Rahmatullah. Adik Apek, Mohd Amirul Izzat Che Mat (Allahyarham),16, meninggal dunia sekitar jam 11.15 pagi pada 5.12.11 akibat demam denggi. Sedih rasanya dengar khabar kematian akibat demam denggi ni. Mana tak nya, orang yang sebelum ni kita jumpa sihat walafiat jer, tapi tiba2 masuk hospital, tak sedarkan diri dan terus meninggal, mestilah sedihkan.

Menurut petikan berita dari Mynewshub,Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM. Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari.Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab