Saturday, December 31, 2011

Kutipan Filem Ombak Rindu



Kutipan Ombak Rindu setelah 31 hari sejak mula ditayangkan di panggung wayang gambar (pawagam), adalah melebihi RM12 juta (perbetulkan saya jika tersilap), kini bagi yang tidak berkesempatan ke pawagam berdekatan, ataupun terkesempitan untuk membeli tiket yang tak mampu untuk bawa satu famili besar itu, maka Astro First dengan bangganya membawakan Ombak Rindu terus-menerus, lurus, telus, dan jimat fulus ke rumah anda (ataupun flat anda, atau banglo..mahupun kedai makan Mak Su Leha).

Dengan cuma RM15 sekali tempah, atau 2 kali tempah bersamaan dengan RM30..maka dengan sekali tempah anda dapat menonton wayang ini tanpa henti selama 48 jam. Kasihsalina sendiri baru sebentar tadi order Ombak Rindu ini tapi terkilan sikit sebab tempah jam 10.15pm 31 Disember 2011, tapi bila dah on rupanya tayangan dah terlepas sebab mula jam 9.40pm hingga 12.00am..tapi..but..jangan bimbang, jam 12am (tengah malam) boleh tengok lagi sampai 2.10am pulak..dan begitu lah seterusnya sampai 10.15pm pada 2 Januari 2012 nanti. Yang bestnya kasihsalina.com dapat tengok Ombak rindu dalam 2 TAHUN...Fuh!!!

p/s: nanti kasihsalina buat review ok..

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...