Saturday, March 17, 2012

Tergamak Ayah Aniaya Anak Sendiri


Dunia zaman sekarang macam-macam ada, ayah pun boleh sanggup menipu anak. Apa ke jadah ayah camtu. Sepatutnya bapa menjadi pelindung untuk keluarga dan anak-anak berteduh. Kita ikuti kisah Nadia yang merupakan seorang pramugari tertekan dengan bebanan hutang pinjaman bank akibat perbuatan tidak bertanggungjawab si ayah. Niat murni seorang anak untuk membantu ayahnya memohon pinjaman bank sebagai modal untuk membuka perniagaan, memakan diri apabila dia kini terpaksa menanggung beban hutang berjumlah kira-kira RM80,000. Banyak tuh, boleh buat renovation rumah tuhhhh..

Buakn itu jer, rumah nenek Nadia yang dipajaknya kepada bank bagi membantu kelulusan pinjaman itu akan dilelong, selepas bapanya gagal membayar pinjaman yang tertunggak selama enam bulan. Parah camni kesnya.

Ibu mangsa, “Ketika memujuk anak membuat pinjaman berkenaan, suami berjanji akan membayar ansuran bulanan sebanyak RM500, selain berjanji mengeluarkan duit dari akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengurangkan jumlah pinjaman.

Malangnya, si ayah tidak membuat bayaran secara konsisten menyebabkan bayaran tertunggak sehingga anaknya menerima surat merah dari pihak bank memaklumkan tunggakan RM7,566. Lantas si anak terus membuat laporan polis atas keenganan si ayah melunaskan hutang bank. 

Semoga menjadi penjaran buat kita semua, jika baik hati sangat nak menolong orang sama ada saudara mara atau sahabat, fikirlah dulu baik buruknya dan kaji terlebih dahulu sikap dan latarbelakang orang yang kita hendak jamin tersebut. Jika tidak, kelak akan memakan diri kita sendiri dan teraniaya tanpa mendapat pembelaan. 


4 comments:

zati embong said...

bahaya sbnrnya jd penjamin ni kan kak.ma selalu pesan,jgn nk mandai2 jd penjamin kat kawan2 ke sapa.huhu

Aine Ainun said...

macam2 hal la skrg..

fenin feninnnnnn..huhu!

sy penah dengar tau...org kata...tak payah jd penjamin, walopun beradik sendiri, tp sy abaikn je...sebab sy x penah jamin sesapa lg!

tp...x sampai ati lak kan kalo x jamin...

Anonymous said...

dunia dunia.

mama aini said...

ehem ayah sendiri pun sanggup menganiaya anknya..hu2x..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...