Thursday, March 8, 2012

Changlun Banjir



Changlun dilanda banjir berikutan hujan tak henti-henti walaupun hanya turun pada lewat petang tapi berlarutan sehingga lewat malam. Aku dah mula agak masa mula-mula buat posting ramalan cuaca untuk 7 hari tu. Akhinya banjir di sana sini bermula semalam, tapi surut sikit di bahagian tertentu, tetapi banjir pulak pada malam ini.

Laporan akhbar online terkini tadi:

180 penduduk Changlun dipindahkan ekoran banjir

08/03/2012 8:12pm

ALOR SETAR 8 Mac – Seramai 180 penduduk di 12 buah kampung di Changlun telah dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir sehingga pukul lima petang tadi.
Dua pusat tersebut dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Masjid Sungai Laka yang menempatkan 31 keluarga (112 orang) dan Dewan Orang Ramai Kampung Kubang Betong yang menempatkan 17 keluarga (68 orang).
Pegawai Kebajikan Daerah Kubang Pasu, Mohd Shabbri Othman ketika dihubungi berkata, Bilik Operasi juga dibuka sebaik pusat pemindahan banjir dibuka.
"Kita telah memberi bantuan keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan seperti makanan, minuman, selimut, tikar dan kain telekung,” katanya.
Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menunggu arahan daripada Pegawai Daerah yang merupakan Pengerusi Bencana Alam Daerah Kubang Pasu jika perlu membuka lagi pusat pemindahan sekiranya banjir bertambah serius.
Antara kampung yang terjejas ialah kampung Paya Nongmi, Belakang Pasar Changlun, Padang Pasir, Masjid, Paya Lantau, Paya Lantau Dalam, Titi Kerbau, Kubang Hamid, Taman Sayang, Pekan Lama Changlun, Pasar Changlun serta sekitar pekan Changlun lama, yang dinaiki air hampir satu meter. – BERNAMA


8 comments:

..::..aRe-Na..::.. said...

ujan x benti2 kan skrg..
banjir la jwbnya..x pe la kn...
sume dr ALLAH..kurang2 sejuk sikit kan.

Deru Ombak said...

Hurm.. Banjir berulang lagi.. Hujan pun x berhenti2..

dear anies said...

sm la kt sini beza nyer xlg banjir

zati embong said...

memang skrg musim banjir ke belah2 utara kak?

MulutPayau said...

hujan tak berhenti skrang ni....semoga mereka yg terlibat tabah dan sabar hadapi dugaan ini...

dhiera zainudin said...

masih banjir lagi ke kak?

mama aini said...

salam salina..ehem keadaan cuaca tak menentu skrg ni..semuga skrg ni banjir dah pulih seperti biasa..maaf ya..baru ari lawat salina..mama sibuk uruskan majlis tu..hu2x..

AZMI KHAN said...

KL pun banjir gak....
pelik dah dgn KL nie senang banjir lak....

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...