Tuesday, March 6, 2012

Siapa Kata Kelantan Mundur? (Part 1)



Kelantan negeri miskin? Kelantan Darul Naim ialah salah sebuah negeri di Pantai Timur yang sebenarnya pesat membangun. Ramai tersilap fakta atau gagal mendapatkan maklumat jelas mengenai pembangunan yang ada di negeri Kelantan ini sehingga dikatakan sebagai sebuah negeri yang paling mundur lebih-lebih lagi di bawah kepimpinan kerajaan negeri yang 'tidak sehaluan' dengan kerajaan pusat. Apapun bukan aku nak jadikan blog ini sebagai blog politik untuk mencari kesilapan, kekurangan atau apa saja yang melibatkan mana-mana pihak serta parti politik tertentu.

Cuma apa yang aku paparkan di sini ialah sesuatu gambaran yang 'tidak pernah' dipaparkan di mana-mana akhbar utama, majalah, mahupun di berita TV dan rancangan majalah TV seperti rencana dan program pelancongan utama negara. Aku cuma membantu 'mempromosikan' negeri Kelantan yang tidak kurang cantik ini (walaupun bukan berasal dari sana), kaya dengan tradisi, keunikan loghat serta lenggok bahasanya, makanan tradisi, pelbagai destinasi menarik, pembangunan di sana-sini, keindahan alam semulajadi, bangunan komersil dan perbandaran serta banyak lagi. Buat masa ini aku khususkan untuk ibu negerinya iaitu Kota Bharu.

Sekadar berkongsi, mohon share bersama, khasnya buat rakyat yang berasal dari negeri Kelantan.
(Sila klik gambar untuk diperbesarkan)





Seperti di bandar lain juga, di Kota Bharu juga sesak di Shopping Complex


Pemandangan malam yang tak kurang cantik
Hotel Perdana dalam pembinaan
Apartment Titiwangsa di Jalan Telipot Kota Bharu
Wisma Audit baru siap


Hotel New Pacific
Hotel Grand River View
Mercu Tanda Kelantan

Perpustakaan Dar Nur Al-Zahra
Seperti di negara luar pulak...



Pantai Cahaya Bulan, salah satu destinasi menarik


Masjid Muhammadi


Jumpa lagi di Siapa Kata Kelantan Mundur? (Part 2)



17 comments:

mama aini said...

assalam salina..kakak ipar `hb` mama org sana.(pasir mas)..mama pernah stay kat rumah dia 5 hari..habis satu kelantan mama round..he2x..KB mall, pasar khadijah,pengkalan kubur & rantau panjang..makanan kat sana masih murah harganya..he2x..tiap2 hari breakfast nasi kerabu ayam percik..

Lo Lol said...

saya pun bukan asal Kelantan tp saya rasa tak ada apa yg kurang pun Kelantan ni. Membangun jugak apa...

TK said...

Kelantan tak miskin okay..Saya duduk Terengganu tapi shopping di KB sebab di Terengganu kurang tempat membeli-belah. Saya sgt suka membeli itu ini..
Org kuasa membelinya tinggi. Jual apa saje laku..Bahagialah orang duduk Kelantan, pakaian, pinggan mangkuk, makanan dan segala-galanya banyak dan murah!!!!

ZURINA said...

like like like...saya suka ini...;)

saharinasaharudin said...

rin snggah cni :)

Salina said...

Mama..memang sesiapa yg tak pernah ke kelantan atau KB kena rasa dulu pengalaman kt sana..bg saya takder apa yg kurang..negeri sebelah utara mcm kedah dan perlis pun, tapi macam lebih kurang jer..

Salina said...

Lo Lol betul tu (aduih nk panggil Lo Lol ni apa?)...

cuma jgn sebab politik semua jd mcm tak kena..mmg masalah air tu ada, kdg2 dengarnya teruk bila musim knduri kendara..tp mesti ada 'sebabnya'..

kt kedah ni pun ada masalah air tp senyap masa belum di bawah 'payung' lain ...

Salina said...

TK..sama juga saya org Terengganu, eh mana ada Terengganu kurang tmpt membeli belah..

Tp drp cara awak ckp mgkin awak duduk bukan dekat2 dgn KT..jadi awak bersempadan dgn kelantan so mudah ke sana..kan?

Salina said...

Zurina..hehe ok i like!

Salina said...

saharinasaharudin (alamak..pjg nama..)

ok thank jenguk..tunggu saya ke sana

MulutPayau said...

assalamualaikum dik...
Akak suka ngan ntry ni...akak ore kelate dan bangga mnjadi anak kelate...

Salina said...

Kak, thanks yer..rupanye org kelantan..

caliph shuriken said...

based on bukti cmni mmg Kelantan tgh pesat membangun ^^

Anonymous said...

kelantan?? kota bharu?
okay, aq study d kelantan dah 2 tahun lebih..
bagi aq kota bharu nie adalah 1 bandar yg boring dan bosan.. xder apa2 kat sana..klu boring geng2 aq akan sewa kereta utk ke KT..KT lg best..yer la lau nk balik KL tambang mahal lak..maklumlah student g..
setakat kb mall nk jd ukuran pembangunan?? aper sgt la yg ada dlm kb mall 2, tenant2 dlm 2 x byk yg ada brand.. ruginyer mall leh tahan besar tp xder wayang..
mmg xder hiburan d kelantan nie..
lg 1 bandar dier kotor terutama d stesen bas.. jaringan jalan raya hampeh dan p;khidmatan bas bandar mcm !@#$%& jer.. cuma aper yg bleh dipuji kota bharu ader wakaf che yeh dan bangunan2 di kota bharu byk yg tggi2 berbanding dgn kuantan dan kuala terengganu..
klu negeri pantai timur aq pilih rating 1 - KT, 2 - KUANTAN , 3 - KB
tp, aq suker wakaf che yeh,

miey nora said...

mmgla ko 2 student...org hntr p bljar bkn mrayau2... cmne x hbs duit pinjaman lau asyik mrayau2 x ten2 hala..cmni nk mtk pndkkan free... da byk tpt aku p rsnya sumenya sma jer..xdela maju sgt pn..lau rmi pn d sebabkan geng PATI nk wt apekn...

miey nora said...

kpd anonymous...ko student mmgla xde duit nk g c2 cni...org suh p bljr bkn p mrayau2..bangang punya bdk..cmni nk mtk bljr free... da byk tpt aku p rsnya sume sma xde beza pn...

NUTRITION PROGRAM USM said...

Kelantan mundur? Absolutely not! kalau percaya dengan apa yang dikatakan tu..memang kesian laa..memangla pusat hiburan2/rekriasi ni masih kurang d sini..pembangunan kena ikut priority..yg penting mampu dinikmati oleh rakyat..ni tak, pi la mana2 theme park ke hape, yg berduyun2 penuh dgn org kelantan gak...kuasa membeli/memiliki tinggi..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...