Monday, March 5, 2012

Burn CD atau DVD dalam Windows Explorer

 

Burn CD atau DVD dalam Windows Explorer

Kebanyakan komputer kini mempunyai CD atau DVD Burner yang membolehkan kita 'memindah' atau copy fail ke dalam CD atau DVD yang baru (masih belum digunakan). Jika ada software khas seperti Nero (produk berbayar) ataupuan lain-lain yang percuma seperti Ashampoo (Burning Studio), maka mudahlah sikit.

Tetapi jika tiada software burner seperti di atas, jangan risau. Sebenarnya Windows juga ada menyediakan fungsi khusus untuk 'burn' CD atau DVD dengan cara yang sungguh mudah.

Windows boleh burn disc dalam bentuk "Live File System format" atau "Mastered format", apapun di sini saya akan jelaskan mengenai "Live File System format" terlebih dahulu untuk memudahkan pemahaman anda.

Cara-caranya:
  1. Masukkan disc boleh-tulis (rewriteable disc) seperti CD-R, CD-RW, DVD-R, DVD-RW, or DVD+RW ke dalam CD atau DVD burner anda. Senang cakap, melalui tempat letak CD/ DVD.
  2. Akan keluar AutoPlay dialog box, maka klik Burn files to disc.

    Klik pada Burn files to disc
    Kalau AutoPlay dialog box tak keluar, klik Start button Picture of the Start button, klik Computer, dan kemudian double-click pada disc burner.
  3. Selepas selesai perkara di atas, namakan disc yang anda perlu burn ini dalam Disc title box yang disediakan, klik Like a USB flash drive, dan klik Next.


    Proses seterusnya, sistem akan formatting dulu seperti snapshot di bawah:


    Apabila formatting selesai, satu folder baru (yang masih kosong) atau dipanggil empty disc folder akan muncul (rujuk snapshot seterusnya). Klik pada folder baru itu untuk melihat keadaannya.



  4. Sila buka folder yang mengandungi fail yang hendak di burn atau di copy kemudian 'drag' atau klik dan seret ke dalam folder baru yang anda buka tadi seperti berikut:

    Drag fail atau folder dari yang sebelah kiri ke kanan (klik imej untuk besarkan)
    Fail-fail anda akan di copy secara terus atau automatik ke dalam CD atau DVD baru anda tadi. Tunggu sehingga habis proses 'copying'.

  5. Selesai saja copy fail semua, anda boleh eject CD atau DVD tersebut, tetapi tunggu sehingga CD/ DVD burner tersebut buka dengan sendiri (jangan tekan eject lebih dari sekali).
Tip

Tip

- Anda boleh copy banyak fail atau folder dengan tekan Ctrl + A (untuk pilih semua) atau Ctrl + Klik mana-mana fail.

- Selain dengan cara drag, anda juga boleh buka mana-mana fail, kemudian klik kanan pada fail tersebut, hala ke Send to, dan klik pada disc burner drive (CD/ DVD burner).

**Teks dan snapshot daripada Salina



8 comments:

KhaiRin : anies said...

tq kak! walaupun jrg burn cd tp penerangan akk nnt sy jd kn rujukan

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Salina..

Singgah petang :)

Terima kasih singgah blog akak, folo Dan komen.. :)

MulutPayau said...

Assalamualaikum dik...
Salam kenal.....

mama aini said...

salam salina..maaf..mama harfi ni baru melawat salina..ehem..ehem !!..
thanks share info ni..

Salina said...

Khairin..kalau guna laptop tu, jgn simpan byk2 sgt movie atau lagu..mana2 koleksi yg jarang guna better burn jer..nanti penuh sgt..itupun klu hardisk kecik lah

Salina said...

Deru Ombak..kak, tQ sama2

Salina said...

MulutPayau..kak, TQ kak, sama2 kita hehe

Salina said...

mama..saya tak kisah mama..biasa lah tu

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...