Monday, December 23, 2013

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014


Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 telah dibuka hari ini (Isnin 23 Disember 2013) sehingga 31 Januari depan.

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, nombor telefon dan akaun bank. 

Panduan mengemaskini (online) Klik Link Kemaskini Online.

http://www.kasihsalina.com/2013/12/permohonan-bantuan-rakyat-1malaysia.html

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my. 

Panduan mendaftar (online) Klik Link Daftar Online.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 201.

Untuk maklumat lanjut:
Talian hotline 1-800-88-2716 
Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Ketika pembentangan Bajet 2014, PM Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

1 comment:

dear anies said...

br sat update hehehe

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...