Friday, December 27, 2013

Gara-gara Bom, T-Team Berkampung di UUM Sintok, Kedah Seminggu



T-Team Berkampung di UUM Sintok

Ketika mengajak anak-anak bersenam di Kompleks Sukan UUM, datanglah sebuah bas persiaran hitam gelap tertera nama Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, rupanya bas ni membawa pasukan bola sepak dari Pantai Timur yang baru pulang dari Thailand gara-gara ancaman bom minggu lepas!

Kami sampai dulu...baru nak panas badan...lepas tu nampak Bas SUK Terengganu datang berdekatan
Pada 3 hari lepas, T-Team pulang ke Malaysia selepas membatalkan perlawanan persahabatan menentang Chamburi FC yang sepatutnya berlangsung di negara itu Jumaat ini. Ohh, jadi ke Lembah Sintok juga mereka berkampung iyer..lagipun Ketua Jurulatih, Azraai Khor Abdullah...dia memang terkenal di Kedah...coach hebat ni!

Azraai Khor Abdullah
Bukan selalu dapat tengok player bola sepak training di sini
Latihan penjaga gol...cantik pemandangan di belakang tu...hihi, Sintok katakan
Masa ni lah tengok Azlan Johar dekat-dekat...
Kalau tak pasti siapa Azlan Johar, haa ni lah dia...
Adik pun nak masuk dalam foto juga...Azraai Khor di belakang tu, bertopi
Best T-Team training di Lembah Sintok ni, gudang ilmu....
Diorang lari sekali round je ni...
Keputusan itu terpaksa diambil pihak pengurusan pasukan berstatus kelab yang diberi jolokan The Titans ekoran siri pengeboman yang meletus di beberapa lokasi di Thailand dan tindakan tersebut disifatkan wajar demi keselamatan para pemain serta pegawai pasukan.

Pada perlawanan persahabatan sempena kempen pra musim menentang Songkhla FC, skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah mencatat keputusan seri 1-1.

Difahamkan oleh pemandu bas T-Team iaitu pakcik Syed (53 tahun), T-Teams akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kedah pada esok hari (Jumaat, 27 Disember 2014 - Stadium Alor Setar) dan Perlis (Ahad, 29 Disember 2014 - Kompleks Sukan UUM) sebelum balik ke Terengganu pada 30 Disember ini.

Ingat nak pi tengok Ahad malam ni, suami dah ajak..hmmm...



5 comments:

Asep Haryono said...

Wow Nice posting
UUM = University Utara Malaysia
Is that rite?

NzA said...

Wah, dpt jugak peluang tgk t-team brlatih...cntik sungguh view kt situ.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Wah..seronok dapat tengok mereka secara live.

redza said...

lawan pasukan tempatan pun ok juga dari membahayakan nyawa di siam tu

Khai♥Rin : anies said...

sian diorang... syukur la sempat blk awal

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...