Tuesday, December 10, 2013

Kembali, Masjid Sultan Badlishah


Kembalinya blog ini selepas bersawang selama hampir 6 bulan...biarlah dimulai dengan perkara yang sebaiknya dalam banyak-banyak info yg baik yang sering dikongsikan di sini.

 Masjid Sultan Badlishah, Universiti Utara Malaysia (UUM)


Masjid ini di bawah pengurusan Pusat Islam UUM adalah lengkap dgn library, computer lab, cafeteria, lecture hall, meeting rooms, wifi (untuk staf dan pelajar menggunakan password).Pelbagai aktiviti pelajar dan staf direncanakan di sini malahan juga melibatkan aktiviti orang ramai dan penduduk sekitar...

Yang terbaru ialah Program Pencarian Ikon Srikandi Kedah pada 9 Disember 2013 baru-baru ini...



Begitulah fungsi masjid di Lembah Sintok ini, dan saya yakin begitu juga masjid-masjid lain di lembah ilmu khususnya di IPTA seluruh negara. Banyak aktiviti pelajar selain kerohanian sering diadakan baik di perkarangan masjid mahupun secara indoor. 

Selain menjadi tumpuan ketika solat Jumaat, semestinya masjid ini juga menjadi tumpuan khususnya ketika majlis ibadah korban ketika Hari Raya Haji dan juga sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun. Ada saja aktiviti yang menghidupkan masjid dan tidak terkecuali dengan sumbangan bubur lambuknya...


4 comments:

Nazayiena Ayiena said...

Selamat kembali.

Farah Waheda Wahid said...

welcome back dear...

Khai♥Rin : anies said...

selamat kembali kak!
belum penah smpi ke sini wpn abang ipar kerja di sini

ANIM said...

Kak pernah singah solat masjid ini masa p taklimat haji di pusat islam berseblahan..jauh bebenor di utara

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...