Saturday, December 28, 2013

BR1M 2014 Dibayar Terus ke Akaun Bank





BR1M 2014 Dibayar Terus ke Akaun Bank Penerima - Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia akan dimasukkan ke akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan. Laporan melalui Astro Awani.


BR1M 2014 yang memanfaatkan hampir 5.9 juta isi rumah dan dua juta individu bujang akan mula dibayar pada Februari depan.

Orang ramai boleh mengemaskini maklumat akaun bank secara online dengan melayari http://www.hasil.gov.my atau secara manual dengan mengisi borang pendaftaran.
Sebarang soalan juga boleh diajukankepada pasukan bajet 2014 melalui 03-8882 9089 atau email di bajet2014@treasury.gov.my.
Kenyataan tersebut turut memberitahu, penerima BR1M sedia ada juga tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua.
Penerima boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank.




2 comments:

mama said...

assalam..memudahkan penerima tersebut..tak perlu beratur panjang lagi.. ;)

Knor said...

Senang sikit...kn...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...