Wednesday, December 11, 2013

Gaji Permulaan Tinggi Penjawat Awam PhD dan Sarjana


Gaji Penjawat Awam Berkelulusan PhD dan Sarjana Tinggi


Bagi yang terlepas info ini, khususnya yang sedang melanjutkan pelajaran untuk Masters dan PhD...kini kerajaan sedia untuk menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan, termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

Jadi bagi anda yang telahpun menyambung pengajian ke peringkat Masters dan PhD ketika ini, khususnya bagi yang sedang berkhidmat dalam kerajaan maka pengorbanan masa, wang ringgit dan masa... anda bakal mendapat ganjaran yang setimpal...tahniah atas dedikasi dan komitmen anda yang dahagakan kejayaan demi kejayaan.

p/s: Seronok sebenarnya belajar ni, nak nak bila berkonvokesyen...perasaan dia, tak terhingga! Walaupun pasangan kita yg konvo, tetapi tempiasnya terasa...

*Suntingan dr sumber: BERNAMA



3 comments:

Anum said...

alhamdullilah

Shaiful Zaidi said...

Alhamdulillah

Anonymous said...

Means bagi yang dah ada master n phd, dapat tunggakan ke?

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...