Sunday, December 22, 2013

Gara-gara Kesesakan di Sempadan Thailand - Berlapar


Sesak teruk di Sempadan Thailand, terpaksa menahan kelaparan!


Sabtu lepas ke luar negara untuk menikmati makan tengahari yang sedap dan menyelerakan di Restoren Kelantan di bandaraya Hatyai. Luar negara ler tu...

Pun begitu, lantaran kesesakan teruk di sempadan Malaysia-Thailand maka segalanya terlepas. Bayangkan dalam jarak kurang 1 kilometer lagi nak sampai di Pos Imigresen untuk cop Border Pass, tetapi mengambil masa 1 jam! 


Kami bertolak dari rumah sekitar jam 11.30am dan hanya jam 2.45 petang baru sampai di Hatyai. Jem pulak di sana dan mencari lokasi Restoren Kelantan yang pernah kami terjah sebelum ni. Cuma sekitar jam 3.45 petang barulah kami dapat mengalas perut yang sudah kelaparan.

Menu pilihan kami agak ringkas, tetapi cukup menyelerakan:

Nasi Goreng Nenas
Nasi Putih
Tom Yam Campur
Kangkung Goreng Belacan
Sedikit Ulam-ulaman
Teh Panas
Milo Ais
Nescafe Ais

Komen: Semua sedap dan puas hati. Kecuali Milo Ais kurang sangat milonya...
Kos: 330 Baht

Moralnya untuk kami: Jangan ke Hatyai kalau musim Cuti Sekolah + Hujung Minggu.




2 comments:

redza said...

bestla makan tengahari kat luar negara

mama said...

bestnya rumah dekat kawasan sempadan..makan pun kat luar negara..rindu mama nak kesana..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...