Thursday, December 12, 2013

Susahnya Nak Cerai Susu Badan


 Cerai Susu Badan Adik Aliya


Ini budak namanya Nur Kashif Aliya, berumur 2 tahun 7 bulan dan masih menyusu badan sejak lahir. Walaupun menyusu badan, dia suka juga isap susu formula tapi saiz badan dia camtu juga. 

Aku rasa dah tiba masanya adik berpisah dengan susu badan ni sebab dah besar sangat dah. Macam-macam dah aku cuba dan ikhtiarkan supaya dia minum susu formula jer. First sekali aku letak asam jawa. Tapi leceh la nak kena letak sentiasa. Dalam sebulam camtu la plan ni menjadi.

Lepas tu aku cuba letak sirap plak cakap nenen berdarah dan tak boleh hisap dah. Dia tak nak la sekejap, takut dia tengok warna merah tu. Tapi yang tak tahannya, budak ni memang cerdik, sentiasa dia check tengok yang nenen dia akan sembuh dari luka..adoiii..seksa jiwa aku jadinya sentiasa nak check camtu. Dah dia tengok nenen tak ada darah dah terus nak nenen semula. Parah betol dengan budak camni.

Idea ke-3, cuba letak soletape yang putih tu cakap luka nenen, adik tak boleh nenen la. ermmm..sama juga situasinya..idea ni pun tak menjadi juga sebab sentiasa nak kena letak soletape la pulak kan..huhu..

ketiga-tiga teknik dan tektik ni iaitu asam jawa, sirap dan soletape boleh diguna pakai jika waktu siang sahaja..kalau malam-malam masa nak tido tu tak berkesan langsung. selagi tak dapat nenen lagi tu la dia akan buat resah dan macam-macam perangai. 


1 comment:

Fiza Rahman said...

Memang sedih nak weaning off. Masa anak 1st dulu pon susah juga. Dekat 3 tahun juga lah menyusu. Letak cili sos lagi. Pastu sapu dgn daun apa tah (lupa). Memang pahit. Tapi kesian plak nengok muka sedih tu.

Last2 guna psychology. Berjaya ☺☺

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...