Wednesday, December 11, 2013

Kartun GST, Betul Ker?




Goods & Services Tax, senang cakap GST...atau dalam bahasa ibunda kita CBP (Cukai Barang & Perkhidmatan) adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Cukai tersebut dibayar apabila pengguna berbelanja sahaja, senang cerita..kalau kita tak berbelanja maka GST tidak dikenakan. 

GST ini akan menggantikan Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan (CJP). Ia bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif, efisyen, telus dan mesra perniagaan. Khabarnya, kini lebih 160 negara telah melaksanakan GST. Di ASEAN, hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei sahaja yang masih belum melaksanakan. 

Satu laman web khas berkenaan GST dikendalikan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia telah diwujudkan di sini >> LINK <<
Maka bersedialah, Malaysia akan melaksanakan GST pada 1 APRIL 2015...



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...