Tuesday, July 31, 2012

Resepi Ikan Panggang Percik ala Kasih Salina


Ikan talapia panggang percik ni aku buat 3 hari lepas dah untuk bukak puasa. Memang menyelerakan makan dengan nasi panas-panas. Aku cubitkan sikit isi ikan tu untuk adik. Anak-anak aku suka makan isi ikan yang lembut camni.



Resepi Ikan Panggang Percik ala Kasih Salina

Bahan-bahan:

- 1 ekor ikan siakap dicuci bersih. (aku suka guna ikan talapia)

Bahan-bahan sambal percik
(Bahan ni aku agak-agak jer sukatannya, terpulang la nak menambah atau mengurangkannya)

2 cm halia
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 batang serai di blend
3 helai daun limau purut (aku tak letak pun)
4 tangkai cili padi
7 tangkai cili merah
3 cawan santan pekat
sedikit perahan limau nipis
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
2 helai daun pandan
daun pisang

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang di blend sampai wangi
  2. Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat. Masukkan garam, gula dan sedikit perahan limau nipis.
  3. Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang dan daun pandan di atas pemanggang ajaib dan sapukan kuah percik di atas ikan, ratakan kuah percik pada keseluruhan ikan.
  4. Bakarlah atas pemanggang ajaib tu ye..senang dan mudah kerja memasak kita.



3 comments:

mama aini said...

selamat berbuka dear..ehem..mama tak makan ikan..kena tukar dgn ayamlah nampaknya..bila sihat nanti mama buat ikut resepi salina..

adda syuhada said...

nyum nyum..sedapnya nampak...adda suka betul ngn percik ni..apa jenis percik la..

dhiera said...

terliur melihat nya. nice resepi. ada masa nanti saya nak try la~

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...