Tuesday, July 31, 2012

Juadah Pilihan Pada Bulan Ramadhan di Sarawak


Perkongsian kali ni, mengenai juadah seperti kuih-muih dan lauk yang lazimnya menjadi tumpuan di bazar Ramadhan sekitar bandaraya Kuching. Aku kurang pasti dengan lain-lain kawasan atau bahagian di Sarawak sama ada mempunyai persamaan atau tidak, iye lah...setiap bahagian yang ada di negeri ni pun sudah menyamai keluasan sesebuah negeri di semenanjung.

Kuih Celorot (Cara makan: tekan dari bawah ke atas, isi kuih dalam daun akan terkeluar)
Kuih Tongkol (Cara makan: buka kulit kuih, ambik sudu dan ngap!)
Kuih Takir (Cara makan: tak payah buka daun tu, cuma ambik sudu dan suap ke mulut)
Kuih Tuala (Ha, yang ni macam kuih jala, cuma dia berinti seperti inti karipap, cuma rasanya jauh lebih sedap lagi)
Umai (Setahu aku ada umai ikan dan udang)
Ikan Terubuk Bakar (Rasanya ni ikan paling terkenal di Sarawak)
Ayam Panggang (Ayam panggang Sarawak, rasanya lain. Manis seperti madu dan cukup rempahnya)
Suntong Tutok (Sotong Ketuk)
Suntong Tutok ni biasanya di jual pada waktu malam selepas berbuka puasa. Bukan dijual di bazar Ramadhan tetapi di tepi-tepi jalan berdekatan kawasan kediaman dan kampung. Biasanya sotong kering dipamerkan dan digantung untuk pelanggan mudah pilih mengikut saiz. Sotong tersebut akan di salai di atas bara api sehingga kelihatan melengkung (lebih kurang masak dah tu..). Kemudiannya sotong yang masih panas tu akan diketuk dengan tukul sehingga lumat atau nipis agar mudah di makan dan dicicah dengan sambal kicap yang manis-manis pedas tu.

Suntong dipamerkan
Bubur Pedas (Sedap, pedas dan berempah)
ABC dan Ais Kacang (Paling tak tahan yang ni. Banyak dijual di ketika bulan Ramadhan)
Okay, rasanya setakat ni jer perkongsian daripada aku kali ni (nanti banyak sangat gambar makanan susah jugak). Info ini sekadar berkongsi sesuatu yang lain dan mungkin juga unik yang ada di Sarawak. Mungkin ada juadah atau makanan terkenal di sana yang aku tertinggal. Tapi ini pun atas suggestion suami aku yang menggemari juadah seperti di atas, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini.



21 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

best kuih takir..
selamat berpuasa.. :-)

teratai said...

suntong tutok tu macam sedap je...yg pasti tak ada di tempatku!

mama aini said...

assalam & slm ramadhan salina..maaf baru arini dpt jenguk salina..mama tak sihat sgt aritu..ehem banyaknya makanan kat sarawak..untung dpt merasa masakan sana.. :) suami mama org johor..makanannya lbh kurang sama je..he2x..

MulutPayau said...

assalamualaikum dear...

Semuanya nmpak sedap dan myelerakan...teringin nak makan umai...

kakcik said...

Kuih tongkol tu kakcik rasa sama dengan kuih jongkong, kan? :)

yan's cottage said...

semuanya menyelerakan......tapi satu
tu yan tak suka ......umai kan dia
guna ikan mentah.....!!!!!!

Kasih Salina said...

teratai- kat pasar yg ada jual ikan kering tu, rasanya ada sesetengah tempat jual sotong kering, so yg saiz besar2 tu ada lebih kurang besar daun kunyit, jadi boleh lah try buat sendiri, cuma sambal dia mmg best sgt sedap manis dan pedas..

Kasih Salina said...

Mama, TQ sebab datang jg jenguk sini. Salina tahu mama tabah..

Kasih Salina said...

Kak MP - pernah makan umai ker?

Kasih Salina said...

Kakcik, saya terus terang tak tau pun kuih jongkong tu. Sebab tempat saya di Terengganu dan Kedah/ Perlis ni pun tak pernah jumpa.

Selepas saya buat research skit (cewah), baru jumpa..ya rasanya hampir sama, guna daun yang sama..resepi nya saya tak pasti sgt kena tanya mak mertua (dia memang pakar buat juadah)..

Apapun daripada research saya..kuih jongkong tu payah nak dapat sekarang ni (ramai jg kata mcm tu sebab tu payah jumpa)..tapi kat Sarawak kak..memang setiap bulan puasa senang sangat nak dapat.

Fadzli Amir said...

Salam kenal...yg paling best sekali ikan terubok tu...pergghhh...ada adik yg jadi cikgu kat Daro...

Kesuma Angsana said...

semua menu2 buat KA terliuq je!

Shaiful Zaidi said...

salam...mcm2 no juadah org Sarawak..

Kasih Salina said...

Salam kenal jg Fadzli..betul tu mmg ikan terubok buat bakar sedap. Oh ada adik kt sana yer..oklah tu boleh jd kenangan..bukan senang kalau sajer2 nk pi sana bulan Ramadhan ni..

Kasih Salina said...

KA, memang semua feveret saya..walaupun saya lidah org Terengganu..antaranya bubur pedas paling best..ramuannya mungkin ramai tak tahu..kulit lembu. Yg lain2 macam kari, berempah, pekat, sayuran, kentang, masuk daging cincang pun boleh..

Kasih Salina said...

Ya Shaiful..yg lain2 tu lebih kurang macam kat sini juga jadi tak post lah gambar2 tu.

Acik Erna said...

salam kasih salina..acik berbuka ngan air suam je..tu pun dapat jugak batuk.dari khamis lepas tak baik2 lagi

ainnoraini said...

Semuanya sedap2...paling suka roti jala..

Hazrinda Boh said...

kuih tongkol tu kte org swk kata kuih bungkur..fav tuh..

Marya Yusof said...

As salam Kasih Salina,

Wah, dpt ilmu baru harini... Umai2 biasanye di sini dipanggil cebiche...
Suntong tutok tu tak pernah try lagi... Kuih takir tu bukan tepung pelita ke? :))

TwIstiEs*meSti Mau* said...

hmm..boleh tahn jugak sedaknyerr...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...