Saturday, June 2, 2012

Natasha Hudson Lebih Tenang Dan Tidak Sunyi

Lazimnya memang begitu, jika sudah berumahtangga pasti akan merasa lebih tenang dan tidak sunyi. Begitulah kata pelakon wanita popular, Natasha Hudson yang telah berkahwin dengan jejaka pilihannya, Carleed Khaza pada 15 April lalu.

Menurut Murai.com, Natasha Hudson yang kini mengekalkan imej hijabista, ditemui di majlis pembukaan rasmi butik temannya Fazura,House Of Doll di Bangsar.
"Selepas berkahwin, saya lebih rasa tenang dan rasa lengkap kehidupan saya kini. Buat masa ini saya dan Carleed tinggal di rumah keluarganya sementara menunggu rumah kami siap.

"Saya memang beruntung kerana keluarga dan ipar duai saya semuanya menerima kehadiran saya dalam keluarga mereka.

"Boleh saya katakan, mereka ini the coolest family ever," ujar wanita kacukan Melayu dan Australia itu.
Natasha juga mengatakan bahawa keluarga suaminya itu menerima kehadirannya dan anak Neesa Helena dengan baik sekali.
"Alhamdulillah,walaupun Neesa Helena bukan anak kandung Carleed tetapi mereka menyayanginya seperti keluarga sendiri.

"Kadangkala jika Neesa pulang kepada bapa kandungnya, mereka akan bertanya bila dia akan pulang ke rumah,' tambahnya lagi.
Setelah berkahwin, mereka masih belum berbulan madu dan hingga kini mereka masih mencari masa yang sesuai untuk pergi menikmati waktu bersama.

"Kalau boleh saya mahu ketempat bersejarah seperti Istanbul, Turki tapi jika ada pilihan lain kami mahu ke kawasan pantai yang menarik seperti Maldives. Tetapi masih merancang dan mencari masa yang sesuai,"komen Natasha mengenai perancangan bulan madunya itu.
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...