Friday, October 26, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua, walau di mana pun berada.
Bagi yang akan menunaikan ibadah korban pada tahun ini, insya-Allah saya doakan semoga semuanya berjalan lancar.

Kami sekeluarga baru saja sampai di kampung Salina di Terengganu jam 9 malam tadi, menempuh perjalanan yang memenatkan akibat kesesakan yang bermula di Jeli, Kelantan. Manakala anak-anak pulak demam, terutamanya si Kakak sejak 3 hari lepas dengan suhu awal mencecah 39 darjah. Ubat-ubatan pada pusingan pertama, telah habis disedutpaksa, namun sempat juga kami me-reload ubat demam malam sebelum balik dengan sebijik Double Down menjadi habuan malam itu sebagai permintaan si kakak.

Apapun, terima kasih kepada ramai yang masih sudi menjenguk blog Kasih Salina walaupun pada malam Raya seperti semalam.


Tuesday, October 23, 2012

Border Pass ke Thailand



Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua..

Dua hari lepas streamyx kat rumah aku ni down buat seketikanya..lama gak tu rasanya, pihak Telekom nak tukar no telefon rumah katanya.. alih-alih, kul 6 ptg kemarin kontraktor Telekom telefon cakap no. tel rumah belum lagi ditukar dan masih pakai nombor lama..dah tu, akan ada lagi la terputus line tel dan streamyx? 

Hubby aku kata bagus juga sekali sekali bebaskan diri dari streamyx ni, boleh la aku menghabiskan masa membaca majalah yang belum khatam lagi. Dua majalah yang wajib kami beli setiap bulan ialah Majalah Pc & Anjung Seri. Terbaru aku suruh hubby belikan Majalah Solusi plak, aku rasa Majalah Solusi ni wajib ada untuk bekalan ilmu akhirat.

Gambar kat atas tu plak apa kena mengena dengan tajuknya? hah..itu la dia Border Pass, tiket untuk melintasi sempadan negara Thailand (tak semua negara). Aku & hubby layak untuk guna border pass ni sebab syaratnya kena lebih 3 tahun tinggal di Kedah - sempadan Negara Thailand. Anak-anak aku pun memang layak la sebab depa dua beradik lahir di Perlis.

Tu pun jenuh juga la nak membuktikan yang kami dah lama tinggal di Kedah ni. Tapi yang aku nak ceritanya pasal Pejabat Imigresen Bukit Kayu Hitam ni kurang mesra pelanggan. Staf dia kurang ramah dan macam tak mau membantu kita. Mungkin juga sebab ramai pelanggan yang bertandang.

Ada ke patut staf Imigresen tu boleh cakap dengan aku " Eh! kad pengenalan orang Terengganu" padahal aku nak renew dan bukannya baru nak apply.. kalo aku baru nak apply border pass tu patut la dia tanya soalan camtu kan.. kalo aku & famili dah layak dapat border pass sebelum nak renew, maknanya aku memenuhi syarat yang diperlukan dan tak kira la dari negeri mana aku berasal.

Banyak lagi yang aku tak puas hati sebenarnya..macam-macam kerenah birokrasi ye..sepatutnya, staf depa berusaha untuk menyenangkan segala urusan. Petang kemarin aku pi pun tak settle lagi la sebab gambar anak aku yang kecik duk dalam satu gambar. Masa buat kat Kuala Perlis aritu boleh plak gambar mak & anak bawah 2 tahun boleh duk dalam satu gambar. Mai plak kat Imigresen Bukit Kayu Hitam cakap tak boleh dahhh. Tak pasal-pasal kenal pi tangkap gambaq lain plak..


Update 16/1/2013:
Pesanan buat hati mereka yg bernanah ataupun terkena dgn batang hidung sendiri, ikut suka aku la nak cite bab streamyx rumah aku down pun. ni kan blog peribadi, tak kan la aku nak promote servis tunda kereta kot, bukannya aku buat bisnes bengkel kereta. 

Sebelum nak tuduh aku baca baik2 apa yang aku tulis, bukannya aku menghasut rakyat Malaysia pun. Ni pengalaman betol terjadi pada aku dan sememangnya kami dah dapat pun border pass tu, cuma nak renew jer kat Bukit Kayu Hitam tapi tak boleh dan yang menghairankan kenapa boleh plak pi renew kat Imigresen Kuala Perlis. Syarat2 tak sama ker setiap imigresen?


SEBELUM NAK KUTUK AKU, CARI INFO DULU SYARAT-SYARAT NAK BUAT BORDER PASS BAGI YANG BUKAN PEMEGANG I/C KELANTAN, KEDAH & PERLIS. 
 
DAN

BAGI KES AKU NI, AKU CUMA NAK PERBAHARUI DAN BUKANNYA BARU NAK MEMOHON



 

11 Tanda Orang Bahagia


11 Tanda Orang Bahagia:

1) Tidak rakus dgn dunia
2) Sibuk beribadat
3) Kurang bercakap melainkan yg perlu sahaja
4) Memelihara solat 5 waktu
5) Bersahabat dgn orang soleh
6) Tawadhu' (merendah diri)
7) Menjauhi daripada yg haram
8) Pemurah dan baik hati
9) Kasih sayang sesama makhluk
10) Berguna kpd masyarakat
11) Selalu ingat mati



Imam Muda Hassan



Keutamaan Puasa Arafah.




قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَامَ يَوْمَ عَرَفَةَ غُفِرَ لَهُ سَنَةٌ أَمَامَهُ وَسَنَةٌ بَعْدَهُ

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa mengerjakan Puasa 'Arafah, maka akan di Ampuni Dosanya setahun yang akan datang dan setahun yang telah lalu. " ( Sunan Ibnu Majah : Bab Puasa Hari Arafah : 1730) Hadis Shahih diriwayatkan juga Oleh at Tabhrani di dalam Al kabir.


Hadits yang semisal juga dirwayatkan oleh At Tirmudzi dalam Al Jami’us Shahih dalam Bab tentang keutamaan Puasa Arafah.

Hadits di atas menjelaskan tentang Keutamaan dan Sunnahnya berpuasa pada hari Arafah yaitu tanggal 9 Dzulhijjah bagi yang sedang tidak Berhajji. Adapun bagi yang sedang Berhajji ada Larangang untuk Berpuasa. Ahmad Zakaria salah satu Ulama dalam Kitabnya Al Hidayah Fii Masailil Fiqhiyyah menjelaskan bahwa Puasa Arafah hanya satu hari yaitu tanggal 9 Dzulhijjah. Adapun tanggal 8 Dzulhijjah apakah di Sunnahkan juga untuk Berpuasa sebagaimana yang menjadi keyakinan sebagaian Masyarakat? Sampai saat ini Kami belum menemukan Dalilnya.







 

Monday, October 22, 2012

Bayi 6 Bulan Ke atas Dah Boleh Makan Makanan Pejal

Adik Kashif Aliya - bukan birthday adik ye..kek tu abahnya punya..



Proses memperkenalkan bayi kepada makanan pejal boleh dilakukan selepas bayi berusia enam bulan. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian.



1. Bayi berusia enam hingga lapan bulan perlu diberi makanan pejal di antara dua hingga tiga kali sehari.

2. Jangan sesekali mendesak anak makan banyak pada satu-satu masa. Beri bayi anda masa untuk belajar makan makanan pejal.

3. Makanan pejal yang sesuai untuk bayi berusia enam bulan ialah puri. Puri tersebut bolehlah dicairkan dengan mencampurkannya bersama susu ibu.

4. Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang, labu, lobak merah, kentang dan brokoli sesuai untuk dijadikan puri.

5. Pada peringkat permulaan, elakkan memberi bayi anda makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi seperti keju, kekacang, makanan laut dan telur.

6. Jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan bayi anda kerana buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.

7. Mulalah perkenalkan makanan jejari selepas anak anda semakin pandai makan iaitu ketika usia sekitar lapan bulan.

8. Jika anak menolak makanan yang anda berikan padanya. Jangan marah dan terus memaksa anak makan makanan tersebut. Mungkin bayi anda belum bersedia menerima makanan tersebut. Cuba berikan anak menu lain. Paling penting, ibu bapa jangan cepat berputus asa.

9. Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, beri dia menu yang sama selama empat hingga tujuh hari. Hal ini penting untuk melihat tindak balas tubuh anak terhadap makanan tersebut. Adakah dia mengalami masalah penghadaman atau alah kepada makanan yang anda berikan itu.

10. Sekiranya anak anda demam atau sakit, anda perlu memberi dia minum banyak air dan berikan dia makanan yang paling digemarinya.



Sumber: pa&ma


Saturday, October 20, 2012

Lirik Lagu Dia Yang Kau Pilih – Shahir






Lirik Lagu Dia Yang Kau Pilih – Shahir
 

Setiap baris kata-kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali

Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka

Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti

Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka

Zikir Asmaul Husna Untuk Anak yang Degil dan Keras Hati

Gambar hiasan





Masalah remaja tidak kira anak lelaki atau anak perempuan yang degil dan keras hati cukup susah dinasihatkan oleh ibubapa. "Tak makan saman punya anak!" Kadang-kadang ibubapa dimarah balik dan ada yang sanggup maki dan pukul ibubapa sendiri. Baru-baru ini berlaku apabila anak lelaki memukul ibunya dengan kayu. Memanglah jadi anak derhaka macam tu!. 

Tapi jangan lekas putus asa dalam memperbetulkan dan mendidik anak kita yang sudah jadi begitu. Mungkin yang mengubah perangainya dan sikapnya kerana pergaulan dengan kawan-kawannya yang rosak akhlak. Mungkin juga kerana  masalah persekitaran serta kurang didikan agama oleh kita. 

Yang salah tetap ibubapa kerana kita diamanahkan oleh Allah untuk membentuk mereka samada nak jadikan mereka itu yahudi, nasrani atau seorang muslim yang taat pada Allah dan rasulnya.

Jangan berdoa minta anak-anak taat pada kita. Takut nanti anak-anak tidak taat pada Allah dan rasul. Minta doa supaya anak-anak taat pada Allah dan rasulnya. Maka secara langsung ia akan taat pada ibubapanya. 

Selain dari itu, selalu berdoa minta padaNya. Bacakan surah-surah yang ada diberikan. Klik DOA MUSTAJAB di menu bar. Diantaranya adalah Surah Taha: Ayat 1 -5.

Bagi yang tidak boleh membaca dengan baik. Ambil cara yang ini iaitu dengan berzikir Asmaul Husna "Ya, Syahiid". Maknanya "Yang Menyaksikan".


"Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya. 

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al- Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi). 

Cara melakukan kepada anak-anak.

Semasa anak sedang tidur, zikir dan baca "Ya Shahid" sebanyak 313x kali dan tiup pada ubun kepalanya. Lakukan sebanyak 21 kali. Setiap sekali zikir hendaklah dibaca 313x "Ya Syahid". InsyaAllah anak anda akan menjadi anak yang mendengar cakap ibubapanya. (Keseluruhan zikir 313 x 21 =6573x zikir)

Nota:

Boleh baca sebanyak 313x atau 319x. 313x zikir, penulis dapat dari seorang bekas guru yang mengaji kitab di masjid memberitahu caranya. Boleh buat dalam masa 2 hari zikir ini atau ikut masa jika ada kesempatan. 

Semuga kita berkongsi sedikit ilmu ini untuk kebaikan bersama.

Wasallam.
  



Petua Di Dapur - Menghilangkan Pahit Peria






Dengar jer perkataan sayur peria, pasti ramai yang menggeleng kepala dan tak suka makan. Peria kaya dengan khasiat untuk tubuh kita. Namun rasa pahit peria pahit membuatkan ramai yang tidak menggemarinya.

Untuk menghilangkan rasa pahit peria tu, potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus selama 25 minit. Kemudian, tapiskan airnya dan masaklah peria tadi mengikut resipi yang digemari.




Friday, October 19, 2012

Selera Pagi - Citarasa dan Hidangan Dari Suami Tercinta



Selera Pagi - Citarasa dan Hidangan Dari Suami Tercinta


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


Dah tengahari ni, mesti semua dah makan pagi kan, aku plak makan pagi jam 11 pagi.. breakfast ke apa tu?

nah! menu pagi tadi, western ke apa pun aku tak tau la..hubby yang sedia dan hidangkan.. ni la gaya dia, selalunya menepati citarasa aku juga la..

hubby yang buat breakfast sebab aku keluar pagi tadi la & bukannya membuta daaa..

kenyang la jugak dengan Spaghetti Prawns Olia, daging burger, telur mata kerbau sebiji dan hirisan tomato..

 

Thursday, October 18, 2012

Gaya Apa Ni

Budak kecik ni dah tido pukul 9 pm tadi lagi dah..kejap lagi mesti dia bangun plak dan yang pastinya akan berjaga sampai ke pagi nanti.. kakak belum tidur lagi, tapi tu pun dah merapu meraban bercakapnya.. tanda-tanda org mau tido..

Gambar 1

Update 12.21pm: Gambar 1 kat atas tu, budak kecik nih tengak tido & kakak duk usik dia.. Gambar 2 ni plak 10 minit selepas Gambar 1 di ambil.. ganas betoi la budak nih.. pening kepala ibu daaaaaa...

Gambar 2: Ni lah acara adik selepas bangun tido..


Nabi Muhammad Gemar Beri Hadiah Kepada Isteri



Hadiah merupakan pelembut bagi hati. Hadiah juga merupakan tanda kesediaan seseorang itu berkasih dengan seseorang yang lain. Apabila seseorang itu memberikan sesuatu hadiah, orang yang menerimanya akan rasa dihargai. Jika penerima itu sedang sedih atau marah, biasanya perasaan sedih dan marah itu akan semakin kurang atau terus hilang.

Baginda Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menunjukkan teladan hebat sebagai seorang suami yang gemar memberikan hadiah buat isteri-isterinya. Bahkan baginda mengaitkan secara jelas, ikatan antara hadiah dan kasih sayang.

Sabda Nabi SAW:

"Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang." (Al-Mukjam Al-Awsat : 7448)

Pengikat Kasih, Pendamai Jiwa

Peranan hadiah sebagai pengikat kasih dan pendamai jiwa memang tidak boleh dinafikan. Hal ini terbukti dan pernah dialami sendiri oleh tokoh gerakan Islam Imam Hasan Al-Banna. Diceritakan bahawa semasa Imam Hasan Al-Banna sering menyampaikan kuliah agama. Dalam kuliah beliau itu, terdapat seorang Pak Cik tua yang sering mengemukakan soalan-soalan dengan niat untuk merendahkannya. Soalan yang dikemukakan itu, bukan dengan tujuan untuk mendapat ilmu, tetapi bagi menjatuhkan kredibiliti Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang tokoh gerakan Islam di Mesir.

Melihat tindakan Pak Cik tersebut, Imam Hasan Al-Banna berfikir tentang cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa itu. Akhirnya, Imam Hasan Al-Banna terfikir kepada hadis nabi yang menyebut tentang hadiah, menyebabkan Imam Hasan Al-Banna telah membelikan satu hadiah dan diberikan kepada Pak Cik tersebut.

Ekoran dari kejadian tersebut, menyebabkan Pak Cik itu sudah mula merasa malu dengan Imam Hasan Al-Banna, dan selepas dari kejadian itu, Pak Cik tersebut tidak lagi mengemukakan soalan-soalan "pekena" seperti yang selalu dilakukan sebelum ini.

Dari kisah ini, jelas kepada kita bahawa hadiah merupakan faktor penting dalam menaikkan semangat sayang menyayangi antara manusia. Lebih-lebih lagi, dalam usaha hendak melahirkan kasih sayang antara suami dan isteri.

Nabi S.A.W merupakan sebaik-baik contoh yang perlu dijadikan tauladan dalam pengurusan rumah tangga ini. Hal ini kerana, didapati baginda S.A.W juga sering memberikan hadiah kepada isterinya. Semuanya ini adalah bertujuan, untuk melahirkan perasaan kasih sayang antara suami dan isteri.

Kemurahan hati Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam memberikan hadiah untuk isterinya terbukti seperti yang digambarkan dalam hadis daripada Ummu Kalsum yang bercerita,

"Ketika Rasulullah baru berkahwin dengan Ummu Salamah, baginda berkata kepadanya, "Sesungguhnya aku telah menghantar hadiah kepada An-Najasyi dengan pakaian berharga dan beberapa botol minyak wangi. Aku dapati bahawa An-Najasyi sudah meninggal dunia, menyebabkan hadiah itu dipulangkan balik kepadaku. Sekiranya hadiah itu dipulangkan kepadaku, maka hadiah itu adalah milik kamu." Berkata (Ummi Kalsum) dalam riwayat lain; seperti bersabda Rasulullah S.A.W; "Jika hadiah itu dihantar balik, hadiah itu akan diberikan kepada semua isteri-isteri baginda, dan baginda memberikan Ummu Salamah minyak wangi yang berbaki dan pakaian bernilai itu." (Musnad Ahmad : 26016)

Hadis ini amat jelas menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana Rasulullah S.A.W menaikkan semangat kasih sayang baginda terhadap isteri-isteri. Memberi hadiah menjadi rutin bagi Nabi S.A.W.

Ubat Untuk Krisis Rumah Tangga

Oleh itu, bagi mereka yang sedang berada dalam krisis rumah tangga, perlu sangat mengambil pengajaran dari kisah Nabi ini sebagai panduan dalam menyelesaikan krisis tersebut. Disamping itu juga, bagi mengeratkan kasih sayang antara dua suami isteri, sewajarnya menjadikan pemberian hadiah antara pasangan sebagai sesuatu yang rutin.

Pemberian hadiah itu, tidak semestinya dari suami kepada isteri, bahkan tidak ada salahnya jika isteri yang memberikan hadiah kepada suami dalam mengeratkan hubungan kasih sayang dalam berumah tangga.

Begitu juga, bagi mereka yang berpoligami, kadangkala berlaku sedikit krisis antara isteri-isteri. Jadikan hadis ini sebagai panduan dalam mencari jalan penyelesaian. Mungkin suami memberikan hadiah kepada isteri-isteri masing-masing, atau bagi isteri yang sedar kesilapan ini berlaku, beliau bertindak memberikan hadiah kepada isteri yang lain.

Semuanya adalah bertujuan, untuk melahirkan keluarga yang bahagia, berasaskan kepada contoh tauladan Nabi Muhammad S.A.W.
Sumber: iluvislam

Panduan Makanan Pelengkap Bayi 6 Bulan Ke Atas


anak ke-2 kami, Nur Kashif Aliya waktu usia 6 bulan..

Dipetik dan diringkaskan oleh pemilik blog Menyusu Si Manja berdasarkan artikel Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Pemakanan Bayi Baru Lahir hingga 6 Bulan

Pemakanan yang paling SEMPURNA untuk bayi baru lahir hingga 6 bulan adalah SUSU IBU (SI) sahaja.

Bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kurang mengalami JANGKITAN SALURAN PENGHADAMAN DAN SALURAN PERNAFASAN.
 
Susu pada 3-5 hari pertama adalah KOLOSTRUM (cecair pekat kekuningan yg dihasilkan lebih kurang 30ml sehari).
Kolostrum mengandungi:

  • Antibodi yang tinggi
  • Bertindak sebagai imunisasi pertama bayi bagi melawan bakteria dan jangkitan virus
  • Kaya dengan nutrien~ protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink)
88 peratus kandungan SI adalah air, oleh itu bayi yang disusui dengan SI TIDAK MEMERLUKAN AIR KOSONG ATAUPUN MINUMAN LAIN.

SI mengandungi:
  • Protein untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • Lemak sebagai sumber tenaga
  • Zat besi bagi mencegah anemiaBila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi
Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
 
Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.

Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL

  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT

  • Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien

Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi

  • Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
  • Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
  • Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.

KUMPULAN BIJIRIN
  • Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
  • Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.
SAYUR2AN

  • Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
  • Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.
BUAH-BUAHAN

  • Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
  • Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
  • ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
  • ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.
KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG
  • Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA) dan kacang pis sejuk beku.
  • Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.
LEMAK DAN MINYAK

  • Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.
Alahan Makanan
Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:

  • Putih telur
  • Kacang
  • Makanan laut
  • Gandum
  • Buah limau
ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.

Garam, Gula dan Bahan Perasa

  • TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
  • Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.
Cara Memberi Bayi Makan
  • Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
  • ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
  • Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan
Makanan Semasa Sakit
  • Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
  • Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.
  • Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.

6 BULAN

Minggu 1

Tekstur

  • Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)
Kekerapan
  • 1x pada 2-3 hari pertama
  • 2-3x pada hari seterusnya
Contoh makanan

  • Kanji/beras + SI
Minggu 2-4

Tekstur

  • Lecek (sedikit kasar dan pekat)
Kekerapan
  • 2-3x sehari
Contoh makanan
  • Bijirin beras + SI
  • Kentang lecek halus
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein

  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)

7 BULAN

Minggu 1
Tekstur

  • Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut
Kekerapan
  • 3-4x sehari
Contoh makanan

  • Kanji/beras + SI
  • Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein

  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)
Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut)

  • Roti lembut
  • Biskut bayi (tanpa gula)
  • Buah-buahan (pisang, betik)
  • Lobak merah
  • Keju

9-11 BULAN
Minggu 1
Tekstur

  • Lembut, cincang ataupun potong kecil
Kekerapan
  • 3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)
Contoh makanan
  • Nasi lembik
  • Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
  • Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus (mulakan dgn telur merah)

  • Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
  • Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
  • Yogurt asli (banyak di kedai-kedai 'pak arab'), puding susu
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
  • Tauhu lembut
  • Kacang pis
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (cincang)
  • Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)

CIMB Clicks Bakal Berubah Wajah


CIMB Clicks akan offline pada 19 October 2012, 11:45pm sehingga 20 October 2012, 9:00am. 

Si Octo yang cute tu nampaknya akan sibuk mengecat wall Cimb Clicks
Baru-baru ni, suami dapat emel peringatan daripada CIMB Group, mula-mula ingatkan emel spam atau percubaan untuk menipu, sebabnya jarang CIMB nak menghantar emel kalau tak ada perkara penting, melainkan SMS alert sahaja untuk mana-mana transaksi online yang dah dibuat.

Jadi untuk makluman, mungkin ada yang tak ter-semak atau terbaca emel tu, jadi dikongsikan bersama info di bawah:

Dear CIMB Clicks customer,
We will be revealing a brand new website with a new design and features to improve your online experience. While the look and feel of the website will be different, please rest assured that the security features, your account information and log-in details will not be affected.
In order to make changes to the website, we will need to go offline on 19 October 2012, 11:45pm to 20 October 2012, 9:00am. During this period, you will not be able to access www.cimbclicks.com.my.
We apologise in advance for any inconveniences caused. For more information, call 1 300 880 900 (within Malaysia) or +603 2295 6100 (overseas). 
Important reminder:
Please do not disclose, change or update your personal banking information via email, phone or SMS. 

Cheers,
CIMB Clicks Team 



Petua Di Dapur - Mengurangkan Bau Hamis Daging Kambing


Petua Di Dapur - Mengurangkan Bau Hamis Daging Kambing


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Siapa suka makan daging kambing yang busuk tak mandi tu..eiiiiii...walaupun busuk, tapi daging dia sedap tau..aku dan hubby memang gemar sangat-sangat la makan daging kambing dan tak pernah la pulak alami kepanasan dan sakit kepala..
Orang selalu kata daging kambing ni bau hamis kan kalo tak kena gaya orang masaknya.. So, untuk hilangkan bau hamis daging kambing tu cubalah petua berikut. 

Selepas menghiris daging kambing lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bersihkan dan perahkan dengan sedikit jus limau kasturi atau lemon. Biarkan 30 minit dan bilas. Tapis dan toskan air basuhan.Lepas tu boleh la masak mengikut resepi yang digemari.

Wednesday, October 17, 2012

Kisah Nabi Musa dengan Seorang Wanita - Dosa Yang Lebih Besar Dari Zina



Pada senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah menghantui hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam

"Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.""Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut.
"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun bercerita, "Saya ......telah berzina." 

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......meninggal", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut. "Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.


Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?


Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan itu?"
" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya nabi Musa.
"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa sesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


"Jangan sesekali kita semua permudahkan solat, kerana terlalu besar nisbah dosa meninggalkan solat" kalau tertidur atau terlupa qada' je solat tu.. jangan sesekali tidak berasa bersalah,, yg mana ada yg tertinggal masa muda2 atau saje2 tak nak solat.. janganlah putus asa.. sesungguhnya allah itu maha pengampun.. penbanyakkan "solat sunat" untuk menampung semua solat yg kita tinggalkan insyaallah" 
Sumber: Nenek Kebaya

Petua dan Tip - Halia Tua Kecutkan Rahim







Bagi wanita selepas bersalin, ikuti petua ini untuk mempercepatkan proses mengecut dan merapatkan rahim atau peranakan. Rebuskan halia tua dengan kulit kayu manis, daun pandan, gula merah dan jintan manis. Minumlah air rebusan ini tiga kali sehari. Petua ini juga dapat membuang angin dan melawaskan pembuangan air besar.

  

Sumber: Mingguan Wanita, 10-16 Februari 2012, M/s:65



Tip dan Petua - Makanan Untuk Awet Muda





Makanan Untuk Awet Muda


Bagi yang mengimpikan sentiasa awet muda tak kira lelaki dan wanita cuba amalkan pemakanan disenaraikan ni. Tak perlu buat pembedahan plastik atau buat suntikan botox sana sini. Melalui cara pemakanan yang betul dan sihat boleh mengekalkan keremajaan serta memanjangkan usia. Yang makan jamu awet muda teruskan sahaja.


Minyak Zaitun
Kandungan lemak monounsaturated yang terdapat di dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai punca mengapa ia dikatakan makanan paling sihat, boleh menghindarkan kanser dan serangan jantung Minyak zaitun boleh mengelakkan kanser payu dara dan mengekalkan keremajaan (bagi wanita) dan kajian telah dijalankan oleh Dr Ditnios dari Universiti Harvad bahawa dengan pengambilan minyak zaitun yg banyak boleh menurunkan kanser payu dara sebanyak 50 peratus. Kandungan Vitamin dan polyphenols (antioksidan) utk mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit.


Yogurt
Dengan mengamalkan yogurt setiap hari boleh mencegah penuaan. Kandungan asid lactic di dalam yogurt yang berfungsi untuk menentan serang radikal bebas punca penuaan. Kandungan vitamin B kompleks yang tinggi dalam yogurt ni memelihara system reproduktif wanita, kecergasan otak dan membantu badan melawan penyakit.


Ikan
Kandungan kolesterolnya yang rendah mempunyai nilai protein, asid lemak dan Omega 3 membantu menghalang kolestrol menyumbat arteri dan melindungi jantung. Omega 3 boleh mengekalkan keremajaan kulit, menegang dan melicinkan kulit.


Coklat
Kandungan coklat yang mengandungi katekin iaitu sejenis antioksidan yang sangat kuat untuk menentang radikal bebas. Fungsinya adalah untuk mengelakkan proses penuaan berlaku dengan cepat kerana pencemaran dan radikal bebas. Kandungan katekin dalam coklat menjadikan kulit bersih, bercahaya halus dan awet muda.


Kacang
Ada satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis yang mengamalkan diet sayur-sayuran mendapati, sesiapa yang makan kacang dalam kuantiti yang banyak setiap hari boleh memanjangkan usia dan tahun berbanding yang tidak makan. Kandungannya yang kaya Vitamin E berfungsi mengekalkan kulit yang cantik, licin dan tegang secara langsung ia juga boleh mengelakkkan proses penuaan berlaku dengan cepat. Selain itu kacang juga kaya dengan lemak tidak tepu sama seperti minyak zaitun, mineral dan phytocehmicals termasuk antioksidan.


Blueberry
Blueberry mengandungi potassium dan silika yang boleh membantu pankreas menjalankan tugasnya dengan baik dan menjaga tulang dan mengelakkan diabetes.. Satu kajian yang dijalankan oleh pakar pemakanan di Tufts University, Amerika Syarikat mendapati blueberry boleh memanjangkan umur, memulihkan kecergasan dan proses penuaan lambat berjalan. Ada beberapa bahan di dalam buah itu boleh melegakan radang dan memulhkan semula kerosakan sel yang berkait rapat kesan penuaan seperti kurang ingatan dan kecekapan pergerakan anggota badan.


sumber: resepirahsiaku


Status Anak Luar Nikah (Anak Yang Tidak Sah Tarafnya)


Status Anak Luar Nikah (Anak Yang Tidak Sah Tarafnya)


Salam bahagia dan salam gembira kepada semua, semoga iman dan taqwa kita lebih baik grafnya. Soalan pengunjung yang berbunyi “Di sini ana nak cadangankan kepada ustaz untuk menghuraikan status anak luar nikah disisi Islam kerana saya rasa setenggah masyarakat memandang serong terhadap golongan ini. Adakah gelaran ANAK HARAM sesuai pada mereka padahal mereka lahir diatas ketelanjuran dan kesilapan mak ayah mereka? Bagaimanakah jika mereka membesar dan menjadi imam,wali dan statusnya. Tolong ustaz huraikan status anak ini disisi ISLAM bukan disisi MASYARAKAT?

Jawapannya
Status anak luar nikah (anak yang tidak sah tarafnya) adalah anak yang lahir dari hubungan ibu bapa tanpa ikatan pernikahan yang sah dari segi syariat Islam. Anak tersebut bukan anak haram, bukan najis dan kotor, sebenarnya anak itu adalah sempurna dan dilahirkan dalam keadaan fitrah dan bersih tanpa dosa. Bagi saya tidak baik dan tidak patut sangat menggelar anak tersebut sebagai anak haram. Yang menjadi masalah ialah hubungan zina kedua ibu bapanya tanpa ikatan perkahwinan. Haram itu adalah pelakuan ibu bapanya dan bukan anak itu haram. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” (At-Tin : 4)

“Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.” (Al-Isra : 70)

Hadis Nabi yang bermaksud : “Setiap anak yang dilahirkan adalah fitrah”.

Ketiga-tiga dalil yang diberikan di atas ini, sangat jelas dan tidak dapat dipertikaikan bahawa setiap manusia yang dilahirkan adalah dalam keadaan yang sangat baik dan bukan dalam keadaan aib dan hina sepertimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak terhadap anak-anak luar nikah ini. Jangan dibinasakan anak tersebut disebabkan anak tersebut luar nikah. Sepatutnya kita sebagai orang Islam wajib memuliakan antara satu sama lain, berbuat baik antara satu sama lain kerana ini yang dikehendaki oleh Islam dan ini juga merupakan sifat Rasulullah saw.

Jangan kita menghina anak tersebut dan meminggirkannya sehingga dirinya merasa hina disebabkan salah ibu bapanya. Dosa besar bagi orang yang menaburkan fitnah dan mengaibkan orang di atas segala dosa yang telah dilakukan oleh ibu dan bapanya. Dosa ibu bapanya yang lalu biarlah mereka dengan Allah, kita sebagai umat Islam berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah mengampunkan segala dosa ketelanjuran mereka dahulu. Sebagai umat Islam tidak sepatutnya menuding jari kepada sesiapa atas kesalahan yang telah dilakukan, tetapi sepatutnya mengajak dan memberikan nasihat yang baik kepada mereka supaya mereka mengerti akan pelakuan mereka itu adalah salah di sisi syariat dan bersegeralah bertaubat. Sesungguhnya Allah menerima ampun bagi sesiapa yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha).

Anak luar nikah tidak dipertanggungjawabkan atas kelakuan ibu bapanya yang terlanjur dan tidak boleh kita menuding jari kepada anak tersebut, dia juga mempunyai perasaan dan mempunyai hati yang perlu dijaga oleh kita. Setiap amalan kejahatan dan kebaikan adalah merupakan tanggungjawab individu tersebut dan tidak dipertanggungjawabkan kepada orang lain. Firman Allah yang bermaksud :

“Patutkah manusia menyangka, Bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?” (Al-Qiyamah : 36)

Setiap anak yang dilahirkan perlu dibimbing dan dididik kearah yang dituntut dalam Islam, menghantar anak mempelajari ilmu-ilmu agama terlebih dahulu kerana ini merupakan fardhu ain dan wajib dituntut oleh setiap individu muslim sebagai panduan hidupnya. Jika anak tersebut menjadi ustaz, menjadi imam, menjadi muazzin dan sebagainya, maka itu lebih positif dan bagus kerana anak tersebut merupakan saham kebaikan kepada ibu bapanya dan sudah pasti anak tersebut akan sentiasa mendoakan kebaikan terhadap ibu bapanya. Jika anak tersebut mengetahui akan status dirinya adalah anak luar nikah, saya rasa mungkin anak tersebut menerima kenyataan dengan redho dan mengetahui ini adalah ketentuan Allah.

Bagaimana jika anak luar nikah jadi imam di masjid atau di surau? Jawapannya solat jemaah itu tetap sah jika anak luar nikah itu menjadi imam atas kelayakkannya, mengikuti krateria-krateria sebagai seorang imam, fasih bacaannya, sebutan jelas dan tajwidnya betul, maka itu tidak menjadi masalah dan solat jemaah tersebut sah.

Adakah boleh anak luar nikah jadi wali kepada adik-adiknya? Jawapannya menurut pendapat ulamak anak luar nikah tidak boleh dibin atau dibintikan kepada bapanya, kerana hubungan ibu dan bapanya diluar ikatan perkahwinan yang sah. Anak luar nikah ini perlu dibin atau dibintikan kepada Abdullah. Jadi jelas di sini, bahawa anak tersebut tidak dikira dari darah daging ayahnya. Anak luar nikah ini tidak boleh jadi wali kepada adik-adiknya.

Adakah bapa yang melakukan zina sehingga dia dilahirkan itu boleh jadi walinya? Jawapannya adalah tidak boleh sebab, menurut pendapat ulamak bapak tersebut tidak sah dan tidak diiktiraf kerana mereka melakukan hubungan diluar ikatan perkahwinan yang sah. Maka anak tersebut boleh diwalikan oleh wali hakim (perkara ini boleh dirujuk kepada bahagian pembangunan keluarga Islam Jabatan Agama Islam mana-mana negeri dalam Malaysia.



Sumber: Ustaz Nor Amin

3 Cara Kurangkan Sakit Kepala


Pengambilan pil secara kerap mungkin mampu mengurangkan tahap kesakitan kepala yang dialami. namun begitu, menurut Robert Kaniecki, Ketua Bahagian Sakit Kepala di Universiti Perubatan Pittsburgh, sebaik-baiknya anda perlu menghadkan pengambilannya kepada hanya 2 kali seminggu. jika perlukan lebih rawatan, berjumpalah doktor. namun begitu, sekiranya mahu mengelak daripada menelan sebarang pil, mungkin anda boleh mencuba beberapa kaedah di bawah:

  1. letakkan ais di kepala
  2. lakukan pergerakan yoga
  3. urut atau picit kepada anda
Sumber : iSIHAT Oktober 2012
 

Tuesday, October 16, 2012

Petua Diet Seimbang - Sarapan Pagi Membantu Untuk Mengurangkan Berat Badan



Sarapan amat penting kerana setelah semalaman kita menghabiskan masa dengan tidur, sudah pasti perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air. Ini bermakna badan kita telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikit.

Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.

Hidangan ini bukan sahaja enak malah menyihatkan dan mudah untuk disediakan.

1. Sediakan semangkuk salad sebelum masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.

2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika kita bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dari dua minggu.


4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari. 

5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.


6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.

7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.




Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...