Showing posts with label Tips dan Petua didapur. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Petua didapur. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

Petua Menyegarkan Buah-Buahan dan Sayuran



Petua Menyegarkan Buah-Buahan dan Sayuran


Kita telah sedia maklum bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran kaya khasiat. Pengambilannya secara berkala mampu menjamin tubuh mendapat zat yang sepatutnya. Namun, ada ketikanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada di dapur kurang memuaskan. Jadi, apa yang boleh dilakukan? Jom ikut petua ini.
 

Petua Menyegarkan Buah Buah Epal
Setiap kali memotong buah epal, warnanya cepat berubah menjadi kecoklatan seperti sudah tidak elok. Untuk mengelakkan epal berubah warna dan kekal segar, rendamlah buah epal yang telah dipotong di dalam mangkuk berisi air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam sebelum dihidangkan.
 

Petua Menyegarkan Tomato
Untuk merangupkan tomato yang telah terlalu ranum dan sedikit lembik, rendamkannya di dalam air sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Hasilnya, tomato akan kembali segar.
 

Petua Menyegarkan Brokoli

Tahukah anda bawa brokoli yang sudah kuning masih boleh digunakan. Caranya ialah dengan memasukkan brokoli tersebut ke dalam mangkuk yang diisi penuh dengan air sejuk. Biarkan selama satu jam. Brokoli akan kembali hijau dan sedia untuk dimasak.


Sumber: Pa&Ma


Wednesday, January 23, 2013

Tip dan Petua Untuk Menjadikan Udang Lebih Segar


Tip dan Petua Untuk Menjadikan Udang Lebih Segar

 Barang dapur mentah seperti udang biasanya akan ada stok dalam peti sejuk untuk menyenangkan projek masak memasak. Dah lama sangat dalam peti sejuk, udang akan nampak kehitaman dan tak segar lagi kan!

Ada petua orang lama-lama untuk segarkan udang yang sudah lama  di simpan dalam peti sejuk:
  1. Setelah keluarkan udang dari peti ais, rendamkan dalam air biasa. 
  2. Kemudian, masukkan sedikit kapur dan biarkan sekejap, lebih kurang dalam 15 minit. 
  3. Cuci udang seperti biasa dengan air bersih dah masak ikut resepi kegemaran masing-masing. 
 
Selamat Mencuba dan kalau ada cara lain lagi, 
sila la share dan komen di sini.
 
 
 

Saturday, December 22, 2012

Petua Telur Ikan Tidak Mudah Hancur

Telur ikan - kredit foto: zarifnuhin

Petua Telur Ikan Tidak Mudah Hancur

Ada sesetangah orang suka makan telur ikan, tak kira lah masak macam mana sekali pun. Aku pun suka juga makan telur ikan digoreng dengan garam kunyit camtu jer. Nak kongsi sedikit petua supaya telur ikan tak mudah hancur semasa proses memasak. Bagi yang belum tahu lagi sila la baca ye dan yah dah tahu tu buat-buat tengok jer lah yer.

Petua Telur Ikan Tidak Mudah Hancur, macam ni caranya: sebelum memasak telur ikan, basuh dan rendamkan di dalam air kapur selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan rebus seketika sebelum dimasak. Hasilnya telur ikan tidak mudah hancur.



Saturday, October 20, 2012

Petua Di Dapur - Menghilangkan Pahit Peria






Dengar jer perkataan sayur peria, pasti ramai yang menggeleng kepala dan tak suka makan. Peria kaya dengan khasiat untuk tubuh kita. Namun rasa pahit peria pahit membuatkan ramai yang tidak menggemarinya.

Untuk menghilangkan rasa pahit peria tu, potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus selama 25 minit. Kemudian, tapiskan airnya dan masaklah peria tadi mengikut resipi yang digemari.




Thursday, October 18, 2012

Petua Di Dapur - Mengurangkan Bau Hamis Daging Kambing


Petua Di Dapur - Mengurangkan Bau Hamis Daging Kambing


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Siapa suka makan daging kambing yang busuk tak mandi tu..eiiiiii...walaupun busuk, tapi daging dia sedap tau..aku dan hubby memang gemar sangat-sangat la makan daging kambing dan tak pernah la pulak alami kepanasan dan sakit kepala..
Orang selalu kata daging kambing ni bau hamis kan kalo tak kena gaya orang masaknya.. So, untuk hilangkan bau hamis daging kambing tu cubalah petua berikut. 

Selepas menghiris daging kambing lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bersihkan dan perahkan dengan sedikit jus limau kasturi atau lemon. Biarkan 30 minit dan bilas. Tapis dan toskan air basuhan.Lepas tu boleh la masak mengikut resepi yang digemari.

Monday, October 15, 2012

Petua Di Dapur - Menyegarkan Sayur dan Potong Buah Tidak Lebam

1. Mengembalikan kesegaran sayur 

Biasanya kalau kita simpan sayur mayur beberapa hari di dalam peti ais, mesti kesegarannya akan hilang. Nampak macam lemah longlai jer sayur yang kita dah beli berhari-hari tu. Langkah pertama basuhkan dulu sayur tersebut dan kemudian bungkus dalam surat khabar lama dan lepas tu baru simpan dalam peti ais.
Langkah kedua untuk mengembalikan kesegaran sayur ialah rendam sayuran tadi di dalam air yang dicampur sedikit cuka selama beberapa minit. Selain dari mengembalikan kesegaran sayuran itu, cuka juga bertindak menghilangkan kotoran pada sayur yang direndam tadi. 





2. Tip Memotong buah-buahan Supaya tidak Lebam

Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Dikatakan limau nipis mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam. 




Sunday, October 14, 2012

Sejauh Mana Berkesannya Kempen Tanpa Beg Plastik


Assalamualaikum & salam sejahtera..

Pernah dengar tak kempen tanpa beg plastik? Kalau kat Kedah ni kebanyakkan pasaraya mengamalkan Kempen Tanpa beg plastik dan apa yang paling tak tahannya dibuat pada hujung minggu iaitu setiap Jumaat & Sabtu..

Menangis la weiiii kalau nak beli barang-barang dapur pada hujung minggu.. biasanya, hujung minggu la orang ramai duk shopping kan.. tapi tak tau la sejauh mana tahap keberkesanannya.. Adakah ia betul-betul berkesan sebabnya, sape-sape yang nak beg plastik untuk letak barang pun boleh, cuma kena bayar 20 sen untuk satu beg plastik..


Monday, June 11, 2012

Petua Melembutkan Nasi Lemak


Jika ditanya rakyat Malaysia siapa yang suka nasi lemak, pasti ramai yang angkat tangan dan tak kira bangsa atau keturunan pasti akan menggemarinya. Jika waktu pagi atau petang senang jer kita boleh makan nasi lemak di warung-warung. Jika yang gemar memasak nasi lemak sendiri adakalanya nasi lemak kita tu menjadi keras seperti kekurangan santan jer. Sedangkan pengunaan santan yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan kita. So, petua untuk melembutkan Nasi Lemak ialah dengan mencampurkan sedikit beras pulut bersama beras biasa. Nasi lemak yang kita tanak tu bukan saja lembut tapi rasanya lebih sedap.


Tuesday, May 29, 2012

Tip Dan Petua:Marjerin Enakkan Nasi Lemak

 Tip Dan Petua:Marjerin Enakkan Nasi Lemak

Sebut saja nasi lemak, rakyat Malaysia pasti mengemarinya, tak kira bangsa pasti akan suka makan. Nasi lemak juga menjadi menu popular sama ada makan waktu pagi, petang ataupun malam. Untuk menyedapkan lagi nasi lemak yang dimasak, anda boleh menambahkan sesudu marjerin dan gula (agak-agak la ikut sukatan beras juga ye) ke dalam santan yang telah dimasukkan hirisan halia dan bawang merah. Jangan lupa juga secubit garam dan daun pandan. Pasti aroma nasi lemak lebih berbau harum, enak dan mengundang selera kita.

Selamat Mencuba..


Monday, May 28, 2012

Fakta Yang Anda Kena Tahu - Beza Antara Marjerin Dan Mentega

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?

Bacalah sehingga ke akhirnya…anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan … INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)

*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

Sumber: Halaqah.net

Marjerin ialah mentega buatan yang diperbuat dari minyak sayur, atau minyak haiwan. Marjerin juga mengandungi susu saringan, garam dan pengemulsi. Marjerin mengandungi lebih banyak lemak berbanding mentega, sehinggakan marjerin lebih banyak digunakan sebagai pengganti mentega. Ada juga marjerin "rendah kalori", yang mengandungi lemak lebih sedikit.

Sunday, May 13, 2012

Petua Untuk Hilangkan Bau Busuk Dalam Peti Ais

 Bau Busuk Dalam Peti Ais memang menyakitkan hidung, mana tak nya, buka jer peti ais keluar bauan yang kurang enak dan segala isi yang ada dalam peti ais tu melekat sekali bau busuknya. Kalau tak nak berbau peti ais tu, rajin-rajin la mencuci dan membersihnya. 

Tutup suis dan keluarkan semua barang-barang dalam peti ais. Lepas tu lapkan dengan tuala basah pada keseluruhan peti sejuk. Dah lepas cuci dan bersih, masukkan semula barang-barang. So, untuk petua hilangkan bau busuk peti ais tu:

Petua 1: Gunakan Arang. Ambil 2-3 ketul arang, alaskan dengan tisu ataupun balutkan dengan kain kapas nipis. Lebih berkesan sekiranya arang tu terdedah macam tu jer supaya senang penyerapan bau busuk tersebut.
 
Petua 2: Guna Roti. Kalo ada roti sandwich atau roti gardenia tu boleh jer guna untuk hilangkan bau busuk dari peti ais. Caranya keluarkan roti dari plastiknya dan letakkan dalam peti ais camtu jer. Roti tu akan menyerap bau busuk dan biarkan 1-2 minggu ataupun sehingga roti tu dah kering la.

Petua 3: Guna Esen Vanila. Cara ni pun senang jugak. Sediakan semangkuk air kosong dan titiskan beberapa titik esen vanila ke dalam mangkuk air kosong tadi. Jangan tutup mangkuk air kosong tu. Letakkan dalam peti sejuk supaya peti anda akan berbau harum esen vanilla.




Wednesday, May 9, 2012

Petua Halau Semut Dalam Gula


Salam 1Malaysia

Semut ni memang susah nak lari kalau dia dah bertandang kat rumah kita dan benda yang menjadi sasaran utama adalah bekas gula..sakit hati juga dibuatnya, nak buang gula rasa membazir la pulak. kalo semut tu belum mati lagi dalam bekas gula tu, ambik straw ataupun pisau yang panjang sikit, masukkan straw atau pisau dalam bekas gula. Umpama macam buat jambatan la kat semut-semut tu nak lari. Bila semut tu dah naik atas straw atau pusau tu, alihkan dan buang la semut tu. Buat la berkali-kali sampai semut tu dah terbuang semuanya. 

Lepas tu, ambik la dalam 10 tangkai cengkih dan masukkan dalam bekas gula. Dah 3 hari dah aku letak cengkih dalam bekas gula tu, semut pun tak mai dah la. Biar je cengkih tu dalam bekas gula dan bau gula tu akan jadi wangi..


Thursday, February 23, 2012

Tips Nak Kekalkan Kesegaran Sayur Taugeh



Dah lama tak menulis pasal tips dalam kehidupan seharian kita, hari ni kita ada buat Laksa Sarawak dan taugeh merupakan bahan utama jugak la untuk menu laksa Sarawak. Bagi peminat sayur taugeh mesti geram tengok sayur taugeh yang gebu-gebu kan. Tapi kita & hubby suka sayur taugeh yang kurus-kurus cam gini hah.. hihi..

gebu ker, kurus ker, janji sayur taugeh namanya..ok la, sayur taugeh ni susah juga nak simpan lama-lama walaupun simpan dalam peti ais. Kalo ikut cara kasihsalina.com, mudah jer..masa korang beli sayur taugeh kat pasar tu, mintak sayur taugeh yang kering, jangan ambik yang penjual tu dah rendam dalam air. Kalau beli yang dah rendam dalam air tu, tahan 2 hari jer, pastu buruk & busuk dah kan..

Dah balik kat rumah, korang simpan la dalam surat khabar atau dalam plastik pun boleh. Lepas tu simpan jer lah dalam peti ais macam biasa.. Insyallah, sayur taugeh anda akan tahan 4-6 hari (bergantung kepada berapa lama dah taugeh tu bercambah).

Selamat Mencuba...



Friday, January 13, 2012

Cara Memasak Bubur Bayi 6-8 Bulan [Resepi Bubur Vegetarian]


Resepi Bubur Vegetarian (bayi 6-8 bulan)

Bahan-bahan:

2 sudu beras (masak beras supaya menjadi bubur nasi)
1 ekor ikan segar tanpa tulang atau sedikit ikan bilis
1 helai daun sawi
1/2 batang lobak merah (lobak saiz kecil) - potong dadu

Cara membuatnya:

  1. Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
  2. Rebuskan ikan/ikan bilis & lobak merah selama 5 minit.
  3. Setelah masak, masukkan daun sawi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
  4. Setelah siap masak semuanya, masukkan sawi, lobak merah, ikan bilis dan bubur nasi dalam blander. Bland bagi halus sedikit jer. Kalau guna ikan segar cuma hancur-hancurkan ikan dengan sudu jer.


Cara Masak Bubur Bayi 6-8 Bulan [Resepi Bubur Kentang Berkeju]

 
Resepi Bubur Kentang Berkeju (Bayi 6-8 bulan)

Bahan-bahannya:


1 biji kentang (saiz kecil)
1 keping Keju cedar
Sedikit brokoli
1/2 cawan air suam atau susu bayi minum (kalau nak bubur lebih pekat, kurangkan air)
2 Sudu bubur nasi (pilihan jika mahu ada rasa nasi, takut bayi muak sebab bubur kentang ni berkrim)

Cara membuatnya:

  1. Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
  2. Rebus brokoli sehingga masak.
  3. Kupas kulit kentang, potong untuk untuk dimasukkan ke dalam pengisar.
  4. Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim. Jika tak nak berkrim sangat, kisar kasar jer - biasanya bayi 8 bulan ke atas dah mula suka makanan yang pejal.



Friday, December 9, 2011

Petua Macam Mana Nak Hilangkan Bau Busuk Durian Dalam Kereta

arang kayu ni boleh serap bau busuk durian
memandangkan sekarang ni masih lagi musim durian, kalau kat Kedah ni gak sana sini orang duk meniaga buah durian ja..kalo dulu kan musim durian sekali jer dalam setahun..dunia zaman la ni plak, sentiasa ada musim durian..heran gak aku nengoknya..so, kalo dah pandai makan durian tu, tau2 la macam mana baunya kan..sangat2 la busuk kalo sendawa bau durian..huhuhuuu..

Kasih Salina teringat durian, terus tulis petua macam mana nak hilangkan bau busuk durian dalam kereta..ye la kan, keluar dari dari takde plan la plak nak beli buah durian, tapi duk lalu mana2 ke ternampak durian, mesti mau beli kan..dah buh dalam bonet kereta, konpom la naik kuat aromanya sampai dua tiga hari tak hilang2 lagi baunya..untuk hilangkan bau durian dalam kereta, boleh guna arang kayu seperti gambar di atas tu..ambik tiga empat ketul arang kayu dan biarkan dua tiga hari dalam bonet kereta atau sampai hilang bau la.. kalo dah tau nak beli durian tu, ready la siap2 arang kayu dalam kereta coz arang ni boleh menyerap bau durian tersebut..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...