Tuesday, July 31, 2012

Resepi Ikan Panggang Percik ala Kasih Salina


Ikan talapia panggang percik ni aku buat 3 hari lepas dah untuk bukak puasa. Memang menyelerakan makan dengan nasi panas-panas. Aku cubitkan sikit isi ikan tu untuk adik. Anak-anak aku suka makan isi ikan yang lembut camni.



Resepi Ikan Panggang Percik ala Kasih Salina

Bahan-bahan:

- 1 ekor ikan siakap dicuci bersih. (aku suka guna ikan talapia)

Bahan-bahan sambal percik
(Bahan ni aku agak-agak jer sukatannya, terpulang la nak menambah atau mengurangkannya)

2 cm halia
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 batang serai di blend
3 helai daun limau purut (aku tak letak pun)
4 tangkai cili padi
7 tangkai cili merah
3 cawan santan pekat
sedikit perahan limau nipis
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
2 helai daun pandan
daun pisang

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang di blend sampai wangi
  2. Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat. Masukkan garam, gula dan sedikit perahan limau nipis.
  3. Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang dan daun pandan di atas pemanggang ajaib dan sapukan kuah percik di atas ikan, ratakan kuah percik pada keseluruhan ikan.
  4. Bakarlah atas pemanggang ajaib tu ye..senang dan mudah kerja memasak kita.



Juadah Pilihan Pada Bulan Ramadhan di Sarawak


Perkongsian kali ni, mengenai juadah seperti kuih-muih dan lauk yang lazimnya menjadi tumpuan di bazar Ramadhan sekitar bandaraya Kuching. Aku kurang pasti dengan lain-lain kawasan atau bahagian di Sarawak sama ada mempunyai persamaan atau tidak, iye lah...setiap bahagian yang ada di negeri ni pun sudah menyamai keluasan sesebuah negeri di semenanjung.

Kuih Celorot (Cara makan: tekan dari bawah ke atas, isi kuih dalam daun akan terkeluar)
Kuih Tongkol (Cara makan: buka kulit kuih, ambik sudu dan ngap!)
Kuih Takir (Cara makan: tak payah buka daun tu, cuma ambik sudu dan suap ke mulut)
Kuih Tuala (Ha, yang ni macam kuih jala, cuma dia berinti seperti inti karipap, cuma rasanya jauh lebih sedap lagi)
Umai (Setahu aku ada umai ikan dan udang)
Ikan Terubuk Bakar (Rasanya ni ikan paling terkenal di Sarawak)
Ayam Panggang (Ayam panggang Sarawak, rasanya lain. Manis seperti madu dan cukup rempahnya)
Suntong Tutok (Sotong Ketuk)
Suntong Tutok ni biasanya di jual pada waktu malam selepas berbuka puasa. Bukan dijual di bazar Ramadhan tetapi di tepi-tepi jalan berdekatan kawasan kediaman dan kampung. Biasanya sotong kering dipamerkan dan digantung untuk pelanggan mudah pilih mengikut saiz. Sotong tersebut akan di salai di atas bara api sehingga kelihatan melengkung (lebih kurang masak dah tu..). Kemudiannya sotong yang masih panas tu akan diketuk dengan tukul sehingga lumat atau nipis agar mudah di makan dan dicicah dengan sambal kicap yang manis-manis pedas tu.

Suntong dipamerkan
Bubur Pedas (Sedap, pedas dan berempah)
ABC dan Ais Kacang (Paling tak tahan yang ni. Banyak dijual di ketika bulan Ramadhan)
Okay, rasanya setakat ni jer perkongsian daripada aku kali ni (nanti banyak sangat gambar makanan susah jugak). Info ini sekadar berkongsi sesuatu yang lain dan mungkin juga unik yang ada di Sarawak. Mungkin ada juadah atau makanan terkenal di sana yang aku tertinggal. Tapi ini pun atas suggestion suami aku yang menggemari juadah seperti di atas, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini.



Pahala Mengiringi Jenazah





Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya pahala yang mula-mula diberikan kepada hamba yang beriman sesudah matinya ialah semua orang yang mengiringi jenazahnya mendapatkan keampunan (dari Allah) (Riwayat Baihaki melalui Ibnu Abbas r.a.)

Daripada Thauban maula Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa menyembahyangkan jenazah, maka baginya satu qirat pahala. Dan apabila dia turut serta menyaksikan pengebumiannya, maka baginya dua qirat pahala. (Ditanya baginda: Apakah itu qirat wahai Rasulullah?) Sedangkan besar satu qirat itu seperti besarnya gunung Uhud”

Mengiringi jenazah adalah salah satu daripada lima hak seorang muslim terhadap saudaranya.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.


Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al Khudri r.a. : Rasulullah Saw pernah bersabda, “Apabila jenazah telah siap dan para lelaki mengusungnya di atas bahunya, jenazah orang soleh akan berkata, ‘cepatlah’. Tetapi jenazah orang yang tidak soleh akan berkata, ‘celakah ! ke mana kamu akan membawaku?’. Suaranya terdengar oleh semua alam, kecuali manusia. Dan sekiranya manusia (dapat mendengarnya) ia akan jatuh pengsan”.

Dalam mazhab Syafie, sunnah dalam mengiringi jenazah adalah orang ramai pergi dahulu ke kubur sebelum jenazah mengikuti dari belakang. Manakala dalam mazhab Hanafi pula, jenazah dihantar terlebih dahulu sebelum orang ramai pergi ke kubur. Kedua-duanya adalah sunnah Nabi dari hadith-hadith.

Sebutlah Kebaikan Jenazah


Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“Dari Ibnu Umar telah berkata: Sabda Rasululllah s.a.w.: Sebutlah kebaikan orang yang telah mati dan berhentilah dari menyebut keburukan mereka”. (Riwayat at-Tirmizi).

Dari Anas r.a katanya:”Satu jenazah diusung melalui satu tempat. Lalu orang ramai memuji bahawa itu adalah jenazah orang yang baik. “Ya, wajib (pasti).” Berkata rasulullah s.a.w. menyetujuinya. Kemudian berlalu pula usungan jenazah yang lain. Orang ramai berkata pula:”Mayat yang jahat.” Berkata Rasulullah saw.:”Ya, wajib (pasti)!” Maka bertanya Umar bin al-Khattab:”Apakah yang wajib (pasti) ya Rasulullah?” jawab baginda:”Kamu katakan mayat itu baik, maka ia pasti masuk syurga. Kamu katakan pula mayat si anu itu jahat, pasti pula ia masuk ke neraka. Kamu semua adalah para saksi Allah di bumi.”(Riwayat Muslim)



Monday, July 30, 2012

Berapa Jenis Air Untuk Buka Puasa


 Salam Ramadhan semua,

waktu macam ni masih ada yang bersilat kat dapur ker? Aku goreng kacang + daging jer & beli ikan keli panggang kat bazar ramadhan tadi. Arini awal la pulak aku ke pasar sebab nak beli ikan dan sayur mayur semua nak buat stok. Dah langsung ke pasar terus ke bazar ramadhan, sempat lagi aku sambar murtabak daging ni RM 2.50 seketui, bubur kacang RM 2, bihun sup RM 3 untuk kakak dan air teh bunga RM 2. Hari aku pergi awal boleh la aku beli murtabak ni, kalau tak jangan harap la orang beratur punya la ramai. Aku memang tak kan tunggu kalo sampai nak beratur nak beli murtabak tu, baik aku beli benda lain.


Kalau ke bazar ramadhan aku memang alah dengan air, pasti nak membelinya, geram tengok bermacam-macam air yang ada dijual. Tahun lepas kami suka minum air 100 plus atau revive tapi tahun ni aku suka minum air sunquick plak, time berbuka mesti rasa nak minum sunquick. Selalunya kami ke bazaar ramadhan pukul 6.30 petang gitu, waktu tu memang kurang orang dah, kami pun jenis tak kisah apa saja yang tinggal itulah yang kami beli. Biasanya kalau dah lewat penjual air akan lelong air-air yang mereka jual. Macam air dalam gambar ni cuma RM untuk tiga bungkus, biasanya harga RM sebungkus. Pilihan aku biasanya air tembikai susu, ABC dan air asam boi.

Selamat berbuka semua, jangan makan sampai kenyang sangat tau...


Bersuci Dan Bersugi

 

Bersuci ada 4 jenis:-
  1. Gunting misai. Makruh simpan misai di negeri Islam kalau tanpa sebarang tujuan. Kecuali askar dan polis – untuk gerunkan musuh. Begitu juga Sayyidina Umar semasa menjadi Khalifah simpan misai kerana selalu didatangi orang kafir.
  2. Cukur bulu ari-ari – kemaluan jangan lebih dari 40 hari.
  3. Potong kuku. Syaitan duduk diatas kuku.
  4. Bersugi.
    1. Terutamanya sebelum solat. Solat itu umpama berkata-kata dengan Allah, jadi lebih baik bersugi sebelum solat. Rasulullah sentiasa bersugi walau dibulan puasa. Menurut satu hadis, kalau tak menyusahkan umatku, nescaya aku wajibkan bersugi. Bersugi sebelum solat dan membaca Quran, Malaikat akan datang and duduk dekat orang yang bersugi itu. 
    2. Kebersihan Sebahagian dari Iman. Sugi sebahagian dari Iman, Wuduk sebahagian dari Iman. Hanya Islam yang ajar perkara ini.Wuduk dan zikir menyucikan seluruh badan.
     
Sumber 



Apabila Anak Berusia Setahun Turut Berbuka Puasa

Kashif juga 'berbuka'

Kebab Daging RM2.50

Sejak awal Ramadhan, Kashif seperti orang berpuasa juga. Agak kurang selera nak makan pada siang hari. Sebaliknya, ketika hendak berbuka puasa, dialah yang paling awal dah tunggu di meja makan.

Apabila masuk waktu berbuka, maka waktu tu lah baru dia mula berbunyi 'ek..ek..ek'.
Setiap kali itulah, dia minta disuap dan minta air. Biasanya ada 2-3 jenis air, semua air dia akan minum. Kalau lambat sikit suap nasik atau air, mulalah dia berbunyi 'ek..ek..ek'.

Lewat petang semalam kami ke bazar Ramadhan jam 7 petang. Pilihan utama kami petang tu ialah Kebab Daging. Yer lah, agak jemu meratah makanan ruji tiap kali berbuka. Sebagai pembasah tekak,
3 bungkus air menjadi pilihan iaitu air keladi, tembikai susu dan ABC...3 bungkus tu cuma RM2.00.


Malu Dan Iman



Malu itu salah satu dari sunnah para nabi.

1 terangkat 1 goyang. Bila malu terangkat dan hilang, iman pasti bergoyang. Hadis yang berbunyi:-

Sesungguhnya malu dan iman selalu beriringan, apabila salah satu di antaranya diangkat (dihilangkan) maka yang lainnya pun akan diangkat pula.

Riwayat Imam Hakim melalui Ibnu Umar R.A.

Syurga suka orang yang malu, neraka tidak. Rasulullah lebih malu dari anak dara.

Hadis dari Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Rasulullah s.a.w lebih pemalu daripada seorang gadis yang berada di dalam biliknya. Sesungguhnya jika baginda tidak suka kepada sesuatu (keadaan sedemikian) dapat aku lihat pada air mukanya (Sahih Muslim: 4284)

Tidak malu yang maksimum ialah dayus. Dayus bukan setakat suami-isteri, tapi juga dayus kepada agama, bangsa dan negara jika tidak mempertahankannya.

Semakin tinggi iman, semakin tinggi maruah. Islam haramkan makan babi kerana orang yang makan babi akan jadi tidak bermaruah sebab babi itu hanya tengok sahaja bila pasangannya berzina dengan babi lain. Tidak seperti binatang lain iaitu kambing dan lembu yang pasti akan marah bila pasangannya dikacau.
 
 
 
 

Sunday, July 29, 2012

Bukan Salah Nur Suryani Si Ibu Mengandung, Gagal di Olimpik



Di kota sebesar London, ada harapan besar jugak diletakkan di bahu penembak tunggal negara siapa lagi kalau bukan si ibu mengandung, Nur Suryani Mohamed Taibi yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel Delhi 2010 dan pingat gangsa di Sukan Asia Guangzhou 2010. Dia dijadual melahirkan anak sulung pertamanya pada 13 September ini. Apapun bukan salah ibu mengandung ini selepas dia gagal meneruskan saingan 10 meter air rifle di Lapang Sasar The Royal Artillerry Barracks semalam.

Dia gagal menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik ke pusingan akhir selepas melengkapkan rutin dengan 392 mata (98, 97, 99, 98) untuk menduduki tempat ke-34 daripada 59 penyertaan, jauh daripada apa yang diharapkan untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 penembak terbaik dunia.

Apapun aku tabik juga dengan Pegawai TLDM ini yang kekal tenang sepanjang pertandingan walaupun adakalanya dia merasai pergerakan bayi (foetal movement) dalam kandungannnya.

Ya Allah Abadikan Hati Ini Dengan Sifat Mahmudah


Sifat Mahmudah (Terpuji)

“Ya Allah Abadikan Hati Ini Dengan Sifat Mahmudah (Terpuji)” Amin ♥♥♥ :)

Imam Ghazali menggariskan sifat mahmudah (terpuji) kepada beberapa bahagian:

1. TAUBAT – Keazaman untuk meningglkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan il,u, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.

2. TAKUT AKAN ALLAH s.w.t. – Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipat gandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya.

3. MAHABBAH – Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahrkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan Islam.

4. ZUHUD – Kehidupan insane Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

5. SABAR – Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.

6. SYUKUR – Bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat kesihatan, rezeki kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.

7. IKHLAS DAN BENAR – Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.

8. TAWAKAL – Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t. setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha.

9. REDA DENGAN QADAK ALLAH – Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insane Mukmin.

10. MENGINGATI MATI – Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.

Gambar Ryan Ziqry, Anak Zed Zaidi



Tu dia, besarnya Ryan Ziqry ni, mana tak nya, bayi lelaki comel dilahirkan seberat 4.32 kilogram dan dilahirkan secara pembedahan. Patut la kena bedah, besar sangat. Semoga Ryan Ziqry sihat walafiat dan dapat membahagiakan ibu bapanya dan menjadi anak yang soleh suatu hari nanti. Kini semakin besarlah tanggungjawab Zed Zaidi untuk menjaga dan mendidik anak kecil ini supaya menjadi insan yang berguna.

Saturday, July 28, 2012

Resepi Popia Goreng Ala Kasih Salina



Salam Ramadhan Semua,

Tak kira la sama ada bulan puasa ataupun bulan biasa, mesti ramai yang suka makan popia kan, tak kira la isi apa sekali pun. Macam tu la aku minat makan popia goreng, sekali pi beli kat baazar ramadhan geram plak tengoknya, nak buat belum ada masa lagi nak cari ubi sengkuang. 4 biji popia = RM 2, ok, takpelah tak kisah dengan harganya, tapi yang aku kesah sangat tu kulit popia rasa liat dan keras, rasa macam masuk angin gitulah. Gigih la aku berusaha untuk buat sendiri, tahun-tahun sebelum ni pun memang aku tak pernah 'miss' buat stok popia simpan dalam peti ais.

 Resepi Popia Goreng Ala Kasih Salina (ikut cara aku yang tersendiri)

Bahan-bahan:

Kulit popia
Sebiji ubi sengkuang (saiz sederhana) - potong kecil-kecil secara memanjang
Kobis (1/4 dari sebiji kobis saiz sederhana) - potong halus-halus
Taugeh
1 biji cili merah
1 labu bawang besar (mayang)
1 ulas bawang putih (mayang)
garam secukup rasa
ajinamoto / gula secukup rasa
lada hitam (jika suka)


Cara membuat:

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak.
  2. Dah garing, masukkan sengkuang dan kobis, gaulkan.
  3. Masukkan taugeh, cili merah, garam dan gula, gaulkan hingga bahan-bahan sederhana layu. 
  4. Biarkan sejuk dulu sebelum menggulung popia.

10 minit lagi nak buka puasa baru la acara menggoreng popia pulak. Sedap dan ranggup di makan masa panas-panas.



Kisah Iktibar di Penjara Sungai Buloh


Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada banduan di sana.

Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama Mohd. Amin Mohd. Razali iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada Subuh pagi jumaat.

Pada malam sebelum dia digantung, didapati si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok. Bayangkan kalau orang nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan seperti orang dalam solat di jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir.

Subhanallah, mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung. Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba-hambanya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua. Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

WALLAHU A’LAM,
 

Friday, July 27, 2012

Kisah Nabi Ibrahim - Antara Burung Dan Cicak




Sedikit renungan di hari yang mulia ini...

KISAH NABI IBRAHIM: ANTARA BURUNG DAN CICAK

Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’

Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.
Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.

Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”

Iktibar daripada cerita di atas, jadi apa yang telah anda lakukan wahai pembaca untuk agama Allah S.W.T?
 
 

Petua Tradisional Kunyit Hidup Dan Kapur Sireh Sembuhkan Selesema Kanak-Kanak


Apa ke hel nya plak tepek gambo kapur sireh dan kunyit hidup tu hahhh..hahaaa..ni nak cerita pasal petua tradisional untuk sembuhkan selesema anak kecil kita. Anak aku, si Kashif (adik) kalau selesema memang berpanjangan dan susah naik baik.

Memang kesian dengan budak-budak yang kena demam selesema ni, asyik nak kena makan ubat jer. Tengok botol ubat pun takut dibuatnya. Petua ni aku google jer, cousin aku pun ada juga pernah cakap kalau budak kecik meleleh jer hingusnya, tumbuk kunyit hidup dan dicampur dengan kapur makan / kapur sireh. Lepas tu sapu di sekitar batang hidup anak. Kapur dan kunyit tu kan sifatnya panas, so memang sesuai la guna kedua-dua bahan ni.

Alhamdulillah, aku cuba petua ni untuk kashif menjadi la, hingus dia cepat kering dan tak meleleh lagi. Sakit juga hidup budak tu kena sental dengan tisu jer berminggu-minggu. Ada sesetengah mak-mak tu sedut hingus baby kan, elok la mencuba petua ni. Aku memang tak pernah sedut hingus baby, tak tergamak aku nak buat camtu..hahaaa..

Selamat mencuba bagi korang yang ingin mencubanya.



Seronoknya Zed Zaidi Dapat Anak Lelaki di Bulan Ramadhan

 
Zed Zaidi sudah pun bergelar ayah, tahniah diucapkan kepada Zed Zaidi dan isteri belaiu. Berita baik ini diumumkan melalui Portal Berita Hiburan Gua.com yang mana Zed Zaidi baru sahaja menerima kehadiran cahayamata lelaki pagi ini. Tak lama lagi nak sambut Syawal pula, pasti ibu bapa yang menerima kehadiran orang baru di bulan Ramadhan ni amat seronok dan bermakna sekali. 

Meriah la rumah dengan gelagat baby baru kan. Tambah lagi pengalaman kali pertama dapat baby, perasaan teruja tu membuak-buak. Beza pulak dengan pengalaman aku di mana 5 tahun lepas dan 2 tahun lepas seminggu lepas raya aku rasa pening, badan tak bermaya, sakit kepala, kuat mengantuk, tu semua tanda-tanda orang mengandung la kan. Macam tu la aku dua anak dapat tahu pregnant selepas raya puasa seminggu. Perasaan masa tu takut pun ada, gembira pun ada.

Berikut petikan berita berkenaan:
Sebentar tadi GUA menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dari Presiden Seniman, Zed Zaidi mengatakan isteri beliau, Nelly sudahpun selamat melahirkan anak. Bayi lelaki comel seberat 4.32 kilogram ini dilahirkan secara pembedahan sekitar jam 9.30 pagi tadi, di sebuah Pusat Perubatan sekitar Damansara.

“Alhamdulillah, Zed teruja sangat dengan kelahiran bayi sulung kami ini apatah lagi dia dilahirkan pada bulan dan hari yang baik iaitu di bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat. Zed juga berasa gembira kerana tarikh lahir anak Zed, 27hb sama dengan tarikh lahir Zed, 27 Jun.

“Sekarang ini Zed kena kerja dengan lebih keras lagi kerana tanggungjawab Zed dah semakin besar,” ujar Zed ketika dihubungi GUA sebentar tadi.

Menurut Zed, beliau dan isteri telah sepakat memilih nama Ryan Ziqry untuk cahaya mata sulung mereka ini. Tahniah GUA ucapkan kepada Zed dan Nelly yang mendapat ahli keluarga baru dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Thursday, July 26, 2012

Renungan Setelah Berbuka


Renungan Setelah Berbuka:

Bila waktu tidak digunakan dengan baik maka akan terbuang untuk perkara yang sia-sia. Semua Orang merasakan hal itu. Maka jika seseorang tidak mengisi waktunya dengan Kebaikan, ia akan menghabiskan waktunya untuk Kejelekan. Orang yang tidak mengambil faedah dari waktu mereka, mensia-siakannya untuk perkara yang merugikan, maka waktunya itu akan menjadi padang rumput bagi Setan-Setan yang senantiasa membolak-balikkannya dalam Kesesatan. Na’uudzu billah tsumma na 'uudzu billahi min dzalik.

Orang-Orang yang Sadar akan cepatnya waktu berlalu, mereka adalah Orang-Orang yang mendapatkan Taufik dari Allah sehingga waktu mereka benar-benar Bermanfaat. Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a. bahawasanya dia berkata: “Tidaklah Aku menyesali sesuatu, seperti Penyesalanku atas suatu hari yang berlalu dengan terbenamnya Matahari, semakin berkurang Umurku tetapi tidak bertambah Amalanku.”

Mudah-mudahan Allah Taala memberi kekuatan kepada kita agar senantiasa dapat menggunakan waktu dengan sebaik-baiknya. Aamiin yaa rabbal 'aalamiin.
Al Kariim Hanafiah

Ramadhan Penghapus Dosa



PENGHAPUS DOSA-DOSA

Ramadhan adalah bulan untuk menghapus dosa. Hal ini berdasar hadits Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda:

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ لَمَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ


“Shalat lima waktu, dari Jum’at (yang satu) menuju Jum’at berikutnya, (dari) Ramadhan hingga Ramadhan (berikutnya) adalah penghapus dosa di antaranya, apabila ditinggalkan dosa-dosa besar.” (HR. Muslim)

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap ridha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
 
 
 

Terlepas Waktu Bersahur


Jam baru jer pukul 12.30 tengahari, tapi tekak ni terasa kering sangat-sangat. Sabar jerlah nak menunggu sampai waktu berbuka nanti. Aku memang tak biasa kalau tak makan sahur, badan mesti rasa mengigil kalau cuaca panas sangat. Petang kemarin kakak dah mula demam, lepas buka puasa pi klinik tapi tak sempat dah, klinik tutup awal bulan puasa ni. Beli ubat, cool fever dan check suhu kat farmasi, pukul 3.30 pagi plak kakak terjaga dan merengek, rasa badan dia panas sangat. Lap-lap badan kakak dan terus bagi makan ubat sampai jam 4.40 pagi. Rasa macam mengantuk sangat, ingatkan nak tido jap, bangun plak pukul 5.15 pagi untuk makan dan minum air sikit jer. Syok sangat tido, sedar-sedar dah pukul 6.00 pagi, itu pun bunyi alarm postpone. Aduhhh, terus pening kepala aku tengok jam masa tu, masa memang tekak pun dah rasa kering & dahaga sangat. 

Pukul 9.00 pagi tadi badan adik plak rasa panas, budak kecik ni plak demam rupanya. Dua-dua kena paksa makan ubat. Tengahari ni macam kurang sikit panas badan adik dan kakak. Menu buka puasa petang ni nak beli ke masak sendiri berbelah bagi juga, rasa macam tak larat nak masak. Biasanya beli makanan kat bazaar ramadhan pun sikit jer, tak larat la nak makan banyak-banyak macam waktu tak puasa.


Wednesday, July 25, 2012

Resepi Ketupat Sotong Terengganu Sedap




Bulan puasa ni asyik duk cerita hal makanan jer, boleh jadi kurus juga puasa kalu lagu ni gak.. tapi nak buat macam mana, orang perempuan dalam fikiran tu sentiasa duk fikir menu untuk masak buka puasa nanti. Ketupat sotong ni merupakan makanan tradisional orang Terengganu jugak tu, masa kat kampung dulu-dulu sempat juga la aku belajar membuat ketupat sotong ni. Ketupat Sotong yang aku buat kali ni nampak macam gemuk jer, banyak sangat aku sumbat pulutnya. Tapi sedap la bila dimakan mengikut selera aku. Hubby plak first time dia makan, sebelum ni memang dia tak kenal dan tak tau pun ketupat sotong ni.. Nak buka puasa kemarin aku buat sikit jer, takut tak habis, membazir la plak kan..

 Resepi Ketupat Sotong Terengganu Sedap
 
Sotong (ikut selera masing2 nak sotong kecik ke besar)
- buang kulit sotong yang lembut tu, jika tidak warna akan jadi merah
Beras pulut (agak2 la banyak mana sotong yang ada)
Santan pekat (untuk membuat kuah)
Santan cair (untuk rendam beras pulut)
Sedikit halba (rendam dgn air panas bagi naik bau)
awang merah (dimayang)
halia (dimayang)
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya:
  1. Baasuh beras pulut dulu, rendamkan beras pulut dengan santan cair lebih kurang 2 jam.
  2. Kemudian, masukkan beras pulut ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi.
  3. Masukkan sotong ke dalam periuk, santan pekat dan masak di atas dapur dengan api sederhana.
  4. Masukkan bawang merah, halba, halia, garam dan gula.
  5. Sentiasa kacau supaya santan tak berketul. 
  6. Masak lebih kurang 20-30 minit dan sedia untuk dihidang.
  7. Boleh makan dengan nasi putih atau makan begitu sahaja sebab rasanya sedap, lemak-lemak manis jer.


[Video] Membaca Surat Al-Fātiĥah Dengan Betol






Surat Al-Fātiĥah (The Opener) - سورة الفاتحة



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).


Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


Tunjukilah kami jalan yang lurus.



Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.



Resepi Cendol Pulut Sedap


Cendol pulut ni makan masa cuaca panas memang best dan mengasyikkan, ni bulan puasa pun boleh aje makan waktu berbuka untuk kelainan. Biasanya cendol aku beli jer yang dah siap, ada juah di kedai menjual buahan. Kat tempat lain aku tak tau la camna nak dapatkan cendol tu. Kalau takde korang buat la sendiri. Pulut plak tanak sendiri la kan, tak tu pun malas jugak. Tapi kalo cendol tu aku malas nak kacau, baik beli yang dah ada siap. Di Utara ni memang fames dengan cendol pulut camni, senang nak cari, ada di jual di tepi-tepi jalan atau kedai-kedai makan pun ada.

Resepi Cendol Pulut Sedap

Bahan-bahan untuk cendol

100 g tepung beras
2 camca besar tepung ubi
Sedikit air kapur
800 ml air pandan

Bahan-bahan untuk Cendol Pulut

200 g gula merah
100 g gula pasir
200 ml air 
3 helai daun pandan
600 ml pati santan
Sedikit garam
200 g kacang merah
200 g jagung dalam tin
Ais secukupnya
1 mangkuk (100 g) pulut siap ditanak

Cara Membuat

  1. Cara nak buat cendol tu, kacau tepung beras bersama tepung ubi hingga sebati. Masukkan air pandan dan air kapur.
  2. Masak dalam kuali lebih senang untuk kacau dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau sehingga berkilat dan tidak melekat pada kuali.
  3. Angkat dan tekan di dalam acuan berlubang, (atau guna tapis - tapi aku tak pernah cuba lagi guna) ke dalam air sejuk (air batu - untuk dapatkan bentuk cendol yang cantik dan menawan gitu).
  4. Untuk air gula merah, masak gula merah bersama gula halus, daun pandan dan air sehingga mendidih.
  5. Untuk santan pula, campur santan bersama garam garam secukup rasa. 
  6. Seterusnya, untuk dihidangkan ambil mangkuk dan isikan dengan campuran bahan-bahan tadi seperti cendol, kacang merah, jagung, pulut dan ais. Tuangkan air gula merah dan santan.
  7. Siap untuk di makan bersama famili tersayang.

Tuesday, July 24, 2012

Gambar Terbaru Anak Jimmy Shanley, Zahrah Rania Shanley


Sedar tak sedar, diam tak diam dah besar rupanya anak Jimmy Shanley dengan Suhaila. Ikut sape ekkk wajah Zahrah ni, aku tengok ada juga rupa macam Jimmy. Dalam pada kisah rumah tangganya yang sedang bergolak, Jimmy Shanley tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Gambar terbaru Zahrah, anak Jimmy ni dikongsikan dalam MH Online, semoga Zahrah Rania Shanley yang kini telah berusia setahun dapat membahagiakan ibu bapanya. Aku tak boleh tengok baby comel-comel camni, geram jer rasa nak cubit-cubit pipinya yang gebu itu.


Jika Terdengar Suara Adzan, Sedangkan Gelas Masih Ditangan, Bagaimana?



 Bismillahirahmanirrahim..

Jika terdengar Suara Adzan, sedangkan Gelas masih ditangan:

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata Rasulullah SAW bersabda : "Apabila seseorang dari kalian mendengar seruan (Adzan) sementara gelas masih ditangannya, maka janganlah ia meletakkan gelasnya hingga ia selesai Minum" (Shahih Sunan Abi Dawud No. 2060) di Shahihkan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah dalam Kitab Tamaamul Minnah (hal .417), Syaikh Albani selanjutnya menjelaskan bahwa Hadits tersebut sekaligus menolak BID'AH tentang waktu IMSAK yg ditetapkan sekitar 10-15 menit sebelum Fajar (Adzan Subuh).

Orang-orang itu mengamalkan BID'AH ini karena takut mendapati Adzan Subuh dalam keadaan santap Sahur.. Cukuplah cara Beragama kita Islam yang Mulia ini berdasarkan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dan diamalkan oleh para Sahabat tanpa kita menambah nambahi dengan sesuatu Amalan yang tidak datang dari Beliau SAW dasarnya adalah Hadits Shahiih Dari Aisyah ra, Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa yang Beramal tanpa adanya tuntunan dari kami, maka Amalan tersebut tertolak" (HR. Muslim no. 1718, Abu Dawud No. 4606, dan Ibnu Majah No. 14).

Semoga bermanfaat untuk kita semua dalam mencari KEBENARAN bukan pencari PEMBENARAN dan semoga Allah Azza Wa Jalla memaafkan kesalahan kita semua.. Aamiin...

Barakallahu fiikum...


 

Monday, July 23, 2012

Di Malaysia Hujan Jer, Di Beijing Pula Banjir Semakin Buruk


Beijing – Hujan lebat yang melanda Beijing dalam tempoh 60 tahun lalu telah mengorbankan 10 orang dengan kebanyakan mangsa maut akibat terkena panahan petir, dihanyutkan arus deras dan tanah runtuh.

Salah seorang mangsa, meninggal dunia selepas keretanya terperangkap di dalam air berhampiran bandar.

Hujan lebat juga mengakibatkan lebih 80,000 penumpang terkandas di lapangan terbang selepas 229 penerbangan tempatan dan 14 penerbangan antarabangsa terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan.

Dijangkakan lebih banyak penerbangan akan ditunda.

Cuaca buruk itu juga menyebabkan lapan kawasan terputus bekalan air dan elektrik.

Pada Ahad, pihak berkuasa memberi amaran ribut bakal melanda bahagian timur China dalam tempoh 24 jam.

Setakat ini, seramai 14,500 orang telah dipindahkan susulan jangkaan banjir bertambah buruk.

Tindakan itu terpaksa diambil selepas rumah mereka berada dalam keadaan bahaya dan berisiko tinggi dilanda tanah runtuh.

Dalam pada itu, seorang pelajar Britain, Tom Smith yang menetap di China memaklumkan, hujan yang mencurah itu umpama air terjun.

“Keadaan jadi merbahaya apabila lubang-lubang dilitupi air, hingga menyukarkan orang ramai mengenal pasti di mana lubang berkenaan,” katanya.
 
 
 

Bagaimana Memustajabkan Doa Ramadhan


BAGAIMANAKAH MEMUSTAJABKAN DOA RAMADAN?
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Minda Tajdid)

Doa! Semua insan inginkan agar doanya mustajab. Hidup tanpa doa adalah satu kemusnahan. Banyak perkara yang kita perlu mohon kepada Allah. Bukan sahaja nikmat atau cita-cita yang diidamkan pada masa hadapan, namun kita juga perlu memohon agar tidak dihilangkan nikmat dan cita yang telah dicapai. Insan sentiasa memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Kehidupan ini jauh lebih besar dari kudrat seorang insan untuk dia mengawalnya. Betapa ramai para penguasa yang merasai diri mereka hebat, tetapi akhirnya tumbang dan tewas. Betapa canggih dan teguh kapal ‘Titanic’ yang bina, namun tenggelam selepas beberapa hari belayar. Siapakah yang menguasai alam?! Allah, Allah dan Allah. Awal dan akhir. Zahir dan batin.

Peranan Jiwa

Semakin dekat insan dengan Allah, semakin mustajab doanya. Kemustajaban doa sangat berkait dengan kekusyukan jiwa hamba yang berdoa. Semakin tertumpu perasaannya kepada kebesaran Allah, semakin pantas doanya dimustajabkan. Sebenarnya, bukannya susah untuk berdoa, tetapi yang susah ialah mencari jiwa yang khusyuk yang menyebabkan doa mustajab. Ramai orang tersalah sangka dalam hal ini. Mereka hanya tertumpu kepada waktu, ungkapan dan tempat berdoa tetapi melupai perkara asas iaitu kekhusyukan diri insan yang berdoa itu. Maka jangan hairan jika ada insan yang tidak dimustajabkan doanya sekalipun dia berada di Mekah, ataupun berada pada bulan Ramadan. Walaupun unsur tempat yang mustajab ataupun waktu mustajab telah dipenuhi, namun dia gagal memenuhi perkara yang asasi iaitu jiwa yang khusyuk yang benar-benar memohon dengan penuh erti seorang hamba. Tumpuan perasaan kepada Tuhan dengan penuh kerendahan diri dan harapan. Jika unsur itu dipenuhi, kemudian diikuti dengan tempat ataupun waktu yang mustajab maka doa menjadi amat mustajab.

Setelah kita memahami hal ini, maka kita cuba memahami bahawa Allah menjanjikan untuk memustajabkan doa mereka yang berpuasa. Ini kerana, puasa pada bulan Ramadan dapat membentuk jiwa yang khusyuk. Ramadan pula waktu yang Allah sayang disebabkan bulan pilihanNYA dan suasana hamba-hambaNYA taat kepadaNYA. Maka Allah setelah menyebut tentang kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan, maka Allah ikuti dengan janjiNYA di mana DIA berfirman: (maksudnya):
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186).

Kesucian Nurani

Setiap manusia yang hidup pada waktu ini akan memasuki Ramadan. Muslim dan juga bukan muslim. Mereka yang berpuasa dan juga mereka yang bermaksiat. Apakah setiap orang dimustajabkan doa mereka pada bulan Ramadan? Sudah pasti bukan demikian fahaman yang betul. Doa dimustajabkan apabila insan itu berpuasa. Puasa itu mendatangkan pahala. Puasa itu juga mendidik rohani agar tunduk kepada kehendak Allah. Puasa menyuburkan keikhlasan dalam jiwa. Lantas puasa membentuk kekhusyukan yang luar biasa. Dengan itu doa orang yang berpuasa dimustajabkan.

Sesiapa yang berpuasa dalam ertikata yang sebenar akan dapat merasai perbezaan jiwanya. Lebih mendalam dia menghayati puasanya pada hati, lidah dan tingkah, maka bertambahlah kekhusyukan jiwanya. Bertambah pula sayang Allah kepadanya. Apabila dia berbuka puasa, dia telah menyempurnakan arahan Allah. Sayang Allah melimpah kepadanya. Maka Nabi s.a.w bersabda: Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka”. (Riwayat Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dll. Sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ahmad Syakir dalam ‘Umdah al-Tafsir menilainya sahih).
Al-Munawi menukilkan satu pendapat yang menyebut: “Dikhususkan untuk umat ini mengenai doa dalam firman Allah: (maksudnya)
“Berdoalah kepadaKU nescaya AKU mustajabkan untuk kamu” (Al-Ghafir: 60). Itu asalnya untuk para nabi. Kemudian diberikan kepada umat ini apa yang diberikan kepada para nabi a.s. Namun, urusan umat ini bercampur baur disebabkan nafsu menguasai jantung hati mereka maka ia pun terhijablah. Maka, puasa itu mencegah nafsu. Apabila seseorang meninggalkan syahwatnya, maka bersihlah jantung hatinya serta bersinarlah cahaya maka dimustajabkan doa. Maka hadis ini dan yang seumpamanya hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan hak puasa dengan sebenarnya. Dia memelihara lidah, jiwa dan perbuatannya”. (Al-Munawi, Faidh al-Qadir 2/634, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Justeru, Ramadan bulan diberkati. Puasa pula menjadikan kita bersih jiwa dan nurani. Gabungan keberkatan bulan dan kebersihan jiwa menjadikan doa kita mustajab. Jika sekadar bulan yang diberkati sedangkan jiwa kita tetap kotor, maka janji Allah ini mungkin tidak untuk kita.


* Artikel ini tersiar di “Kolum Dr Asri – Yahoo News Malaysia”

Fadhilat Surah Al-Kautsar



Fadhilat Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah, bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000 kali, rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
 
 
 
 

Sunday, July 22, 2012

Makna Puasa Ramadhan



1. (a) Makna puasa.

Puasa dalam bahasa arab disebut “shoum” atau “shiyam” . Kata al Raghib: “Shoum” pada asalnya bermakna menahan diri dari perbuatan samada makan, bercakap atau berjalan. Justeru dikatakan kepada kuda yang enggan berjalan atau makan “sho’im” (yang berpuasa). “Shoum” juga digunakan untuk diam atau enggan bercakap.

فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَداً فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْماً فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيّاً

“ Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini ”. Surah Maryam:26.


Puasa menurut istilah syara’ membawa maksud khusus iaitu: “menahan diri dari perkara khusus ( syahwat kemaluan iaitu bersetubuh dan perut iaitu makan dan minum, dan semua yang membatalkan puasa ) yang dilakukan oleh seorang yang dikhususkan ( muslim atau muslimah yang bersih dari haid dan nifas ) pada masa yang khusus ( bermula keluarnya fajar hingga terbenamnya matahari ) dengan sifat yang khusus ( dengan niat ibadat untuk mendapat perkenan Allah swt ).


Sebahagian ulama’ menta’rifkan puasa sebagai : “ menahan diri dari syahawat mulut ( makan dan minum ) dan syahawat kemaluan ( jima’ ) dan yang seumpama keduanya, kerana melawan hawa nafsu dan taat kepada Allah swt di keseluruhan waktu siang, dengan niat sebelum terbit fajar atau bersamanya, pada hari-hari yang bukan hari haid dan nifas atau hari-hari raya.”


Ta’rif lain pula menyebut: ” iaitu beribadat kepada Allah dengan menahan diri dari makan, minum dan segala yang membatalkan puasa bermula terbitnya fajar sehingga tenggelam matahari”.

2. (b) Makna Ramadhan

Ibnu faris menyebut asal perkataan yang pangkalnya ra’-mim-dha’ bermksud: “ ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya”. Ramadh bermakna “kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari”.


Al Raghib menyebut: “Ramadhan dari perkataan ramadh iatu teruknya kesan panas matahari”.


Kata assamin alhalabiy tentang sebab dinamakan ramdhan : “ kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. Ada pula yang berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan.”


Al Qhadhi Abu Yaala al Farraa’ menyebut tentang rahsia penamaan ramadhan :” dikatakan bahwa sebab dinamakan ramadhan kerana ianya membakar dosa-dosa dan menyahkannya”.[1]

3. (c) Nama-nama bagi bulan Ramdhan.

1- 1. Bulan sabar.

Ini berdasarkan hadith ;

صوم شهر الصبر وثلاثة أيام من كل شهر تعدل صوم الدهر

Sabda Rasulullah saw : “ Berpuasa pada bulan sabar dan tiga hari dari setiap bulan adalah menyamai puasa setahun”

2- 2. Bulan al Muawasah ( kasihan belas ).

Ini berdasarkan hadith ;

وهو شهر المواساة


“ Ia adalah bulan berbelas kasihan “.


3- 3. Penghulu segala bulan.


Ini berdasarkan hadith ;


سيد الشهور شهر رمضان


“ penghulu segala bulan adalah bulan Ramadhan”


4- 4. Bulan puasa.


Kata Abu zaid allughawi;


أقمت بالبصرة صومين أي رمضانين


“ Aku tinggal di Basrah selama dua kali bulan puasa (Ramadhan ).


5- 5. Bulan Siyahah .


Berdasarkan tafsir para sahabat antaranya Abu Hurairah, Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas RA bagi ayat 112 : surah attaubah


التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ


(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).


mereka menyebut;


السائحون أي الصائمون


Assa’ihun adalah orang yang berpuasa.

[1] Ada hadith maudhu’(palsu) diriwayatkan mengenai sebab dinamakan ramadhan iaitu;


عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم سئل عن شهر رمضان فقال : " أرمض الله فيه ذنوب المؤمنين فغفرها لهم "


Dari Aishah ra dari Nabi SAW baginda ditanya tentang bulan ramadhan, lalu baginda saw menjawab : “ Allah membakar padanya dosa orang beriman lalu diampunkan untuk mereka segala dosa-dosa itu.” Diriwayatkan oleh al ashbahani dan al muallimiy menyebut bahawa ianya maudhu’ (palsu).


عن أنس رضي الله عنه ، وفيه : " إنما سمي رمضان لأنه يرمض الذنوب "
Dari Anas ra pula meriwayatkan satu hadith yang antara kandungannya: “ Sesungguhnya dinamakan Ramdan kerana ianya membakar dosa-dosa”. Diriwayatkan oleh al ashbahani dan ibnu Mardawaih pada sanad ada perawi pembohong. 
 
 
 

Selamat Berbuka Puasa Semua


Selamat Berbuka Puasa buat semua umat Islam yang menunaikan ibadah puasa menahan lapar dan dahaga termasuk jugalah menahan nafsu. Pasti semuanya sedang sibuk menungg makanan dihidangkan. Kalau berpuasa jer mesti meriah dengan makanan dan aneka jenis lauk pauk, kuih muih dan sebagainya. Mak-mak plak rajin jer memasak makanan kegemaran anak-anak, siap tanya anak lagi nak makan apa.

Tak salah meriah makanan asalkan kita jangan membazir sebab makanan tu tak habis. Membazirkan amalan syaitan. Kadang-kadang masa nak berbuka puasa ni teringat juga insan-insan yang sedang dan terpaksa bertugas demi menunaikan tanggungjawab masing, terdetik juga dihati, sempat ke mereka membeli makanan di bazaar ramadhan dan menikmati makanan yang enak sedangkan kerja perlu dilaksanakan. Bagi mereka-mereka yang bertugas semasa waktu berbuka ni bersabarlah pasti ada ganjaran buat anda yang berkorban.


Ikan Keli Bakar Juadah Pilihan

Ikan Keli Bakar Juadah Pilihan
Hari ni dah hari ke-2 umat Islam di Malaysia berpuasa. Pasti masing-masing sedang berlumba-lumba untuk mengejar pahala di bulan Ramadhan yang mulia ini. Masak untuk keluarga tercinta pun boleh dapat pahala juga kan.. Selain beribadat mesti terdetik juga dihati nak makan apa untuk bukak puasa, puas juga kena pikir tu untuk memenuhi selera suami dan anak-anak. Biasalah selera masing tak sama dan bukan bermaksud kita memilih makanan dan yang paling penting jangan membazirkan makanan.

Biasanya menu untuk buka puasa aku ada beli sikit kat baazar ramadhan dan masak pun ada juga. Hari pertama puasa aku buat mee kari, nasi pun ada juga. Beli ikan keli bakar 2 ekor RM 6, popia 4 biji RM 2, air carrot RM 1, air tembikai RM 1 juga, balik rumah masak sayur kangkung, ayam masak merah pun ada lagi yang lebih hari sebelum tu. Aku kalo buka puasa makan sikit jer, sesenduk nasi pun dah cukup, minum air memang lebih. Sahur tadi makan mee kari dengan air susu + air masak.


Fadhilat Ramadhan



Bismillahirrahmanirrahim
Fadhilat Ramadhan


Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Sumber

Saturday, July 21, 2012

Suasana Berbuka Puasa di Makkah


Wakil ini menjemput tetamu untuk berbuka puasa (dinkhudri)
Bagaimana agaknya suasana berbuka puasa di Tanah Suci Makkah, terutamanya di Masjidil Haram? Sudah pasti ramai yang ingin merasai nikmat berbuka di sana. Namun apakan daya, bukan mudah untuk ke sana jika tidak melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Mungkin jika mampu (walau apa pun caranya asalkan halal dan diberkati Allah), apa salahnya sesekali seumur hidup berbelanja lebih untuk menikmati keindahan dan kenikmatan bulan Ramadhan di Tanah Suci itu.

Daripada pengalaman orang, sekurang-kurangnya satu jam awal kita dah kena berada di perkarangan masjid ini bagi mengelakkan kesesakan para jemaah yang sangat ramai itu. Suasana di dalam masjid sudah mula sesak, dengan para petugas tak menang tangan untuk memanggil jemaah bagi memenuhkan tempat.

Dikhabarkan, juadahnya sangat ringkas. Buah kurma, roti, yogurt dan air zam zam yang menjadi rutin harian.

Suasana sebelum berbuka (zul hasim)





Suasana selepas berbuka puasa (laman-annur)
Berbuka puasa di Masjidil Haram boleh duduk berdekatan antara lelaki dan wanita, tetapi tidak di Madinah. Tempoh masa untuk berbuka tidak lama hanya lebih kurang 5 minit, tidak selama kita menghadap juadah mewah di rumah kita tatkala menjelang 1 Ramadhan. Ini bagi memberi ruang untuk jemaah bersedia melakukan solat Maghrib pula.



Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...