Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini menyifatkan pengalaman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru seperti hendak menemui ajal.
Sharifah Aini atau Kak Pah berkata, penyakit yang telah pun merebak ke seluruh paru-parunya itu menyebabkan beliau sukar untuk bernafas sehingga beliau beranggapan ajalnya semakin hampir.
"Pada ketika itu, saya hanya fikir sudah sampai masanya untuk Allah mengambil nyawa ini dan pada masa sama saya berdoa agar sempat menemui anak lelaki saya iaitu Aliff Omar yang hendak pulang ke tanah air dari Madinah.
"Dan kalau boleh, biarlah Aliff yang menjadi imam untuk jenazah saya nanti. Alhamdulillah semua ini tidak berlaku seperti yang disangka kerana Allah ingin melanjutkan lagi usia saya.
Kak Pah yang dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Damansara, di sini, pada petang Ahad lalu telah dimasukkan ke ICU pada 21 Mei lalu dan lima hari selepas itu, beliau dipindahkan ke wad biasa dan diberi rawatan selama 10 hari.
Tambah Kak Pah, beliau akui kehidupan sehariannya yang terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti sejak tiga tahun lalu membuatkannya jatuh sakit.
Dalam pada itu, Kak Pah juga bersyukur apabila pihak hospital turut memberi kelonggaran untuknya hadir ke program Mentor 6 sebagai juri dengan bantuan jururawat peribadi pada Ahad lalu.
"Komitmen sebagai juri Mentor 6 tidak dapat saya elak untuk tidak menghadirinya dan tak sampai hati membiarkan Datuk Ramli MS jadi juri seorang diri, lagipun saya masih larat. Apabila selesai, barulah saya kembali pulang ke hospital.
"Bagaimanapun, selepas Mentor 6, saya akan berehat selama lima bulan bagi mendapatkan rawatan lanjutan," tuturnya. (Mstar)

# Kesiannya dengan Datuk Sharifah Aini, memang betol la kesihatan amat penting dan tidak boleh dibeli dengan duit. Tapi itulah pengorbanan dan kerja keras yang perlu dibayar untuk dapatkan kedudukan dan harta benda, tapi KS percaya walaupun Kak Pah bekerja keras bukan semata-mata untuk duniawi sebaliknya ada juga sumbangan untuk masyarakat. Semoga Kak Pah cepat sembuh sepenuhnya..
No comments:
Post a Comment