Friday, February 1, 2013

Tahun Melawat Malaysia 2014

Visit Malaysia 2014


Tahun 2013 masih ada 11 bulan lagi, tetapi dengan usaha Kementerian Pelancongan maka bersiap sedialah kita menerima kedatangan pelancong asing ke Malaysia ini.

Seperti kata Perdana Menteri kita, "Saya mahu Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 dijadikan misi nasional yang membabitkan peranan semua pihak bagi mencapai sasaran kunjungan 28 juta pelancong tahun depan. Untuk rekod, tahun ini, kita dah terima 25.03 juta pelancong. Hampir sama jer dengan negara jiran seperti Thailand yang dikatakan mempunyai produk pelancongan jauh lebih hebat dari Malaysia.

DS Najib juga kata "Kemudahan infrastruktur saja tidak cukup, tetapi kemesraan, keceriaan, kesopanan serta sikap ingin membantu pelancong dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada pelawat dari luar negara."

Antara Duta Kecil bagi produk pelancongan kita ialah:
Pemandu Teksi dan Penarik Beca



Mereka inilah yang menjadi pemandu pelancong sebenarnya. Selain daripada Tour Guide sebenar (seperti dalam bas atau feri). Rata-rata pakcik atau abang pemandu teksi di Malaysia boleh bertutur dan menulis dalam basic English. Di pekan kecil sekalipun, tetap bukan satu masalah besar untuk bekomunikasi dalam bahasa dunia itu. Secara tidak langsung itulah kelebihan Malaysia berbanding dengan Thailand atau Indonesia. Saya pernah ke dua-dua negara ini, jadi bukan sekadar perbandingan yang tidak realistik. Pelancong asing khususnya akan lebih terasa dialu-alukan apabila kita pandai bertutur basic English.

Kalau ke Thailand, nak berkomunikasi dengan 10 orang peniaga dan pemandu Tuk-tuk, boleh dikatakan kesemuanya tidak dapat berkomunikasi dalam sepatah dua bahasa dunia itu. Pelik jugak kan? Ya itulah negara yang meletakkan bahasa kebangsaannya sangat tinggi sehingga tidak dapat tidak, kita kena pandai berbahasa 'isyarat' yang tidak rasmi untuk bertanyakan arah atau membeli sesuatu.

Sebenarnya bukan Thailand sahaja, Jepun, Korea, China, Jerman, Itali dan juga Perancis pun sama, kerana Malaysia meletakkan English sebagai antara 'bahasa rasmi' atau bahasa kedua yang sering digunakan.

Apapun sasaran negara ialah untuk menerima 36 juta pelancong ke Malaysia menjelang 2020.

-KasihSalina-



10 comments:

inazamri said...

ye betul tu.akak pun penah ke Thailand dan Indonesia.kalau tak paham mmg guna bahasa isyarat je kt dorg tu.

CeqGu said...

hari tu pi bangkok alhamdulillah la driver tuk tuk sekitar hotel tu bleh la speaking basic english...cheap...cheap katanya hehehe

Qashmere said...

Banyak jugak tempat2 di malaysia ni belom jejak...

ummiross said...

Yelah salina, kalau ke negara yang tak guna BI, memang macam ayam bercakap dengan itiklah kita..

Farah Waheda Wahid said...

based on few experiences abroad... org yg keje dlm bank pun belum tentu boleh communicate in english... nak cari sorang yang boleh communicate in english dalam bank tu memang sangat seksa rasanya... this happened to me masa nak tanya direction to somewhere while being there... hu hu hu...

NzA said...

rakyat negara tersebut begitu menyintai bahasa kebangsaan....

NzA said...

opppsss!!!! lupa lak...nnti KS tinggalkan alamat kt emal akak ye.

email: norzakiahabdullah@yahoo.com

Unknown said...

tp sy suka konsep bahasa kebangsaan mcm tu,paling tidak ada jati diri.tp kan bagus jgak tahun melawat malaysia 2014 ni.boleh la buat rumah byk2...pastu jadikan hostel :p untung tu :p

Kasih Salina said...

Ya, kebanyakan negara maju yg tak bertutur dlm bahasa dunia tu, adalah negara yg mempunyai teknologi tinggi dan industri berat yg hebat..

Kasih Salina said...

tQ yg share perkara sama...kalau boleh info jg negara mana tu..(takpe, utk bkongsi)..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...