Wednesday, February 6, 2013

UTM Tawar Biasiswa RM400,000 Kepada 10 Kakitangan Akademik Islamic University of Gaza (IUG)


UTM Tawar Biasiswa RM400,000 Kepada 10 Kakitangan Akademik Islamic University of Gaza (IUG)


Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan biasiswa bernilai RM400,000 kepada 10 kakitangan akademik dari beberapa universiti di Gaza untuk pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD).

Naib Canselornya, Prof Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, biasiswa itu, adalah dalam bentuk pengecualian pembayaran yuran bagi melanjutkan pengajian untuk tempoh tiga tahun di universiti itu.

"Kita telah pun bagi dua biasiswa itu kepada kakitangan akademik Islamic University of Gaza (IUG) pada awal tahun ini, yang selebihnya kita akan bagi dalam tempoh yang terdekat nanti," katanya pada sidang akhbar di UTM cawangan Kuala Lumpur di sini, semalam.

Turut hadir delegasi IUG diketuai presidennya, Dr Kamalain Shaath dan isteri serta Penyelaras bagi Hal Ehwal Antarabangsa IUG, Dr Wesam Ahmed Almadhoun.

Zaini berkata, penawaran biasiswa itu sebagai menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersetuju menawarkan 100 biasiswa pengajian tinggi kepada penduduk Gaza semasa lawatan beliau ke wilayah berkenaan, baru-baru ini.

Zaini berkata, Palestin memerlukan lebih ramai modal insan yang terlatih untuk membangunkan semula ekonomi negara yang terjejas teruk akibat konflik Palestin-Israel.

"Bidang yang ditawarkan antaranya, teknologi pembinaan, sistem kumbahan dan bekalan air dengan bidang-bidang itu mampu membangunkan semula kemudahan asas rakyat Palestin khususnya di Gaza.

"Bukan yang musnah saja kita bangunkan, bahkan yang tak ada pun kita akan adakan," katanya.

Beliau berkata, UTM memberi keutamaan kepada teknologi pendidikan dan maklumat untuk membolehkan rakyat Palestin mendapat pendidikan dan kemudahan perhubungan maklumat yang lebih berkualiti.

Zaini berkata, dalam pada itu UTM turut menawarkan skim pembantu tenaga pengajar kepada 10 pelajar PhD yang membabitkan elaun sebanyak RM1,600 sebulan untuk tempoh empat tahun.

"UTM akan memberi pengecualian yuran pengajian kepada enam pelajar PhD, 10 sarjana dan 13 sarjana muda dari Palestin yang sedang mengikuti pengajian di UTM yang membabitkan kos RM1.3 juta," katanya.

Selain itu, Zaini berkata sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin dengan penderitaan penduduk Palestin, iaitu Aqsa Sharif, akan bekerjasama dengan UTM menawarkan tiga biasiswa lagi di peringkat sarjana dan PhD. - Bernama

4 comments:

Anum said...

wow

nea lopah said...

Bertuah diorg ni kan.. sekurang2 nya dapat juga kita membantu mereka dr aspek pendidikan.

Farah Waheda Wahid said...

bestnyer... ^_^

Daddy Ziyyad said...

baguslah...ini salah satu bentuk jihad kita

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...