Saturday, February 2, 2013

Lakukan Sebanyak Mungkin Kebaikan Kerana ia Boleh Menghapuskan Dosa-Dosa Kecil


Lakukan Sebanyak Mungkin Kebaikan Kerana ia Boleh Menghapuskan Dosa-Dosa Kecil

Al-Quran jelas menyatakan bahawa kita hendaklah melakukan sebanyak mungkin kebaikan kerana ia boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Ini bererti amal kebaikan bakal menyelamatkan kita daripada azab dan sesaan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah Hud ayat 114 :
"Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian itu menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat".
Manakala perlakuan dosa pula adalah sesuatu yang bakal mengundang malapetaka dan kemurkaan Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ankabut ayat 40 mengingatkan kita tentang ancaman ini:
"Maka masing-masing (daripada kaum itu) Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu, ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang kuat (yang menggegarkan bumi), ada yang Kami benamkannya di bumi dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."
Justeru, bencana yang menimpa umat manusia sejak dulu hingga hari ini seperti gempa bumi, ribut taufan, Tsunami dan sebagainya adalah peringatan daripada Allah yang berpunca daripada dosa-dosa dan keingkaran kita yang mencabar keagungan Allah SWT. Dosa juga akan mengganggu ketenangan jiwa kita kerana jiwa manusia akan resah dan gelisah dengan bebanan dosa.

Hadis daripada Al-Nawwas bin Sam'aan al-Ansari R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;
"Dosa adalah apa yang menimbulkan keresahan di jiwamu dan kamu benci ia dilihat manusia." (Riwayat Muslim)


Sumber: Jais

 

8 comments:

azi said...

Kasih salina..
terima kasih sebab selalu kongsi info yang sangat berguna untuk semua...Insyaallah..kebaikan ini pasti ada balasannya ...

Mizz ErMa said...

hm, betul tu kak..orang kata, kesakitan yg ita alami pon merupakan penghapus kecil dosa kita jgk kan?

airis aries said...

Salam..dosa kecil pun dah terlalu banyak,moga allah ampun dosa kita semua,hanya amalan yg sempurna dapat menyelamatkan kita dari siksa allah.

Etuza Ezawarna said...

insha Allah, tq

mama said...

terima kasih atas perkongsian ini..

wee sandii said...

assalamualaikum ... insya Allah . semoga Allah sentiasa membuka kan hati kita untuk berbuat kebajikan . Jom terjah ... http://veesandii.blogspot.com/

hainom OKje said...

Cukupkah kebaikan kita untuk menghapuskan dosa dosa kita?...semoga kita dipermudahkan olehnya...

Fiza Rahman said...

Banyak bala yg allah turunkan, tapi manusia masih tak sedar2 lagi. Semoga dosa2 kita diampunkan olehNYA.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...