Tuesday, February 5, 2013

Resepi Puding Kastard Berkuah


Puding Kastard Berkuah

Dah lama rasa nak mencuba resepi ni tapi belum berkesempatan lagi. 3 hari lepas aku rasa macam tepung kastard ada lagi lebih dan tersimpan lama dah, apa salahnya aku mencuba resepi ni. Tak sia-sia usaha aku membuatnya, memang sedap, mudah dan ringkas jer. Senang sangat nak membuatnya. Hubby aku siap mintak buat lagi nanti, makan sejuk-sejuk tengah cuaca panas memang sedap.


Resepi Puding Kastard Berkuah
  
Sumber: Inspirasiku

 
Bahan-bahan Untuk Puding

1 cwn tepung kastard
5 cwn air
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn gula 
 
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. 
  3. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  4. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan. 
 
Bahan Untuk Kuah

1 tin mix fruits ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
1 tin susu cair
1 tin air biasa (air masak)
1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
Ais secukupnya 
 
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan ke dalam mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur mix fruit.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais. 
 
**Aku guna air sejuk dalam peti ais campur dengan susu cair dan gula. Kacau-kacau la sikit bagi gula tu hancur. Lepas tu tuang mix fruit tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard




18 comments:

Ann Ishak said...

betul tu kak, sedap je lalu dekat tekak ni.

Farah Waheda Wahid said...

memang sedap kan kak? biasanya akan buat masa Open House hari raya jer... as dessert... ^_^

Anum said...

sedapnya

nea lopah said...

Nealopah pun suke puding ni... makan masa cuaca panas....sedapnye kan? hehe

Knor said...

MMG SEDAP NAMPAKNYA..

yan's cottage said...

sedapnya....rasa teringin pula...nak pula cuaca sekarang nie...kena puding nie....memang yummy.....

redza said...

menyejukkan tekak

ainnoraini said...

sesuai mkn time cuaca panas cam nii...terasa sejuk jer tekak nii..

Cho Zila said...

kalau panas2 cam gini sedap.. menyejukkan tekak...

Joanna Yunus said...

Wah nanti akak nak cuba lps tu akak upload ye .....

KY said...

KY sukalah, biasa KY beli buah campuran dlm tin je buat..

Ibu Lala said...

nampak pun dah sedap..

Fiza Rahman said...

Sedap nya klo dpt makan sejuk2. Nnt nak try buat lah.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

terima kasih kongsi resepi ini akak.

MulutPayau said...

teringin jugak nak buat nanti...nmpak sedap sangat...

NzA said...

sedap..tiba2 tringin nak makan.....

ummiross said...

Sedapnya, tengok je, meleleh air liur, hehe..

ANIM said...

ada stok mixed fruit dalam tin..
kak nak buat bila lihat gambar ni

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...