Saturday, February 2, 2013

Gambar Majlis Akad Nikah Liyana Jasmay dan Fathuddin


Gambar Majlis Akad Nikah Liyana Jasmay dan Fathuddin

Dengan dua kali lafaz, pasangan Liyana Jasmay, 25, dan Fathuddin Mazlan, 29, selamat diijabkabulkan pada pagi Sabtu.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Seri Pasific kira-kira pukul 10 pagi.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad.

Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas bernilai RM5500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran sebanyak RM28,388. 













 
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang.

Selain wang hantaran, antara barangan lain yang diberikan Fathuddin kepada Liyana termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, tas tangan dan set barangan kemas.

Manakala Liyana membalas hantaran berupa kasut Prada, dompet, jam tangan Tag Heuer, manisan, tepak sirih dan juga cincin.

Liyana dan Fathuddin tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rona putih rekaan Jovian Mandagie manakala Fathuddin segak berbaju Melayu dari rona sedondon.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada sebelah malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Sumber: mStar dan rotikaya


10 comments:

nea lopah said...

sepadan...semoga kekal ke akhir hayat lah pasangan ni.

CeqGu said...

Cikgu tgk liyana ni mcm budak2 lg. Xsgka dah 25 umur dia

NzA said...

moga bahagia hingga ke syurga....

azieazah said...

Alhamdulillah selamat bernikah. Tahniah kepada seluruh ahli keluarga mempelai.

redza said...

semoga berkekalan hingga akhir hayat

mama said...

assalam dear..`semuga mereka berbahagia hingga akhir hayat`..amin..

umi alya said...

tahniah buat mereka berdua

MaMa Rey said...

tahniah untuk mereka..semoga berbahagia selamnya..
baru tau pula umur liyana 25 tahun..

hainom OKje said...

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

Fiza Rahman said...

Tahniah buat mereka.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...