Saturday, February 2, 2013

Hentikan Drama Sahara yang Menghina Islam


Hentikan Drama Sahara yang Menghina Islam

DRAMA terbitan sebuah saluran TV berbayar, Sahara dikritik penonton berikutan lakonan wanita berpurdah dalam drama tersebut yang didakwa menghina Islam.

Sehubungan itu, mereka menggesa agar pihak saluran TV terbabit menghentikan penerbitan drama itu.

Sebuah akaun fanpage Facebook yang berdaftar atas nama Hentikan Drama Sahara telah diwujudkan.

Pemilik akaun tersebut membangkitkan soal kesucian Islam yang cuba ditonjolkan pengarah drama terbabit.

"Pengarah sepatutnya memikirkan bagaimana nak menonjolkan kesucian Islam bukan memperlekehkan pakaian sunah.

“Mungkin drama ini konsepnya dakwah komedi tetapi harus terang perkara-perkara yang merosakkan akidah,” tulisnya.

Isu ini juga mendapat perhatian Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Beliau memberi respons kepada laman fanpage itu dengan menulis, “drama ini patut dikritik dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab.”

Zaharuddin juga menyentuh soal penghinaan Islam yang dilakukan oleh orang beragama Islam sendiri.

“Wanita berhijab tidaklah sedemikian murah untuk bertemu janji, berpegangan tangan dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram.

“Kalau kita marah orang bukan Islam menghina dan memberi gambaran salah terhadap kalimah ALLAH dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Isalam sendiri,” tulisnya.

Drama 30 episod yang mengisahkan tentang seorang gadis liar yang terpaksa tinggal di sebuah sekolah pondok itu sudah mula disiarkan sejak awal bulan ini.



p/s: Aku pun tak pernah tengok drama Sahara ni, cuma mengetahui kewujudan drama Sahara ni melalui link FB Hentikan Drama Sahara.

walau apa pun alasannya, kalau ia akan mencemarkan dan menghina Islam, orang Islam kena bertindak menggesa supaya menghentikan drama yang berunsurkan macam tu.


6 comments:

Unknown said...

sy pon setuju jugaklah kalau mencemarkan kesucian Islam. belum tgk lg sbb xminat tgk drama Melayu...ehe :)

TiranaAduka said...

tak tgok lg ta.

musang said...

macam2 hal..sy xpernah tgk pon drama nih

Kayu Manis said...

seblum org kecoh..kak dah kecoh dah dgn suami kat rumah..ttg drama tulah..tgok bila iklan aje..tak tgok pun..

mama aini said...

ehem..aritu mama tertgk drama ni..memang tak berkenan !!..dlm drama tu budak perempuan pakai tudung tapi jahat & suka bergaduh ..

~One~ said...

Kalau dah terang2 tu buang jela citer macam tuu..dah banyak duit sangat ker pihak Astro??ingt duit kat dunia nie boleh beli syurga Allah??Bila org bukan Islam hina agama kita,kita marah tapi yang kita sendiri buat nie sapa nak tolong marah??Sepatutnya FINAS sedar awal2 dan halang..takkan takda orang Islam kat dalam FINAS tu?pikir untung jer lebih..takkan boleh bawak masuk kubur nyer duit juta2 tuu...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...