Wednesday, September 12, 2012

Kereta Zed Zaidi Dicuri Depan Rumah



Menurut dari sumber Mstar, pelakon Zed Zaidi kehilangan kereta kedua kesayangan dipercayai dicuri dalam kejadian di Kondominium Perdana View, Damansara Perdana di sini, petang Selasa.

Zed menyedari kehilangan kereta itu ketika pulang dari sebuah pusat beli-belah bersama isteri, Natalia Mustafa Kamil, 29, dan anak mereka Ryan Ziqry yang baru berusia dua bulan.
“Semasa pulang bersama keluarga, saya mahu melihat kereta kedua saya sebelum masuk ke kondominium dan mendapati ia hilang sedangkan kuncinya berada dalam simpanan isteri saya.

“Ia diletakkan di tempat letak kereta luar kondominium kerana pihak pengurusan kediaman hanya membenarkan sebuah kereta pemilik sahaja boleh diletakkan dalam kawasan tempat tinggal.” 

Zed yang enggan memberitahu jenis kereta itu berkata, ia merupakan kejadian kedua selepas kehilangan sebuah kereta Toyota pada tahun 2007.

Dia turut kecewa kerana alat pengesan yang dipasangnya dalam kereta itu tidak berfungsi selain beranggapan penjenayah berkenaan mempunyai kepakaran dalam mencuri kenderaan.

5 comments:

kakcik said...

Penjenayah semakin canggih dan sepatutnya penguasa berusaha untuk lebih canggih...

Nazayiena said...

Kasihannya dah dua kali hilang keta,harap dpt dijumpai blk.

Kasih Salina said...

Kakcik, rasanya mencegah lebih baik..tetapi dlm konteks ni tak boleh salahkan zed..pihak mgt apartmet pn x boleh salah 100%..
itulah kehidupan di bandar besar...

Kasih Salina said...

Huhu betul tu kak nurul...

YATZAKIE said...

dugaan...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...