Friday, September 28, 2012

Apa Cerita Bajet 2013



Bajet 2013, apa agaknya cerita berkaitan perbelanjaan dan ekonomi negara kali ni?
Macam-macam harapan dan buah tangan ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia (semua orang, bukan sesetengah pihak sahaja tau..)
Macam biasa, akan memberi tumpuan terhadap harapan rakyat. Itu dah pasti sebagai satu tanggungjawab besar dan amanah yang dipikul kerajaan yang memerintah. Pengagihan kemakmuran rakyat dan kadar pertumbuhan ekonomi negara dalam menghadapi cabaran ekonomi untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang selain mengekalkan dasar fiskal sedia ada antara ayat-ayat bunga yang bukan semua faham.

Malah catatan purata pertumbuhan ekonomi Malaysia pada kadar 5.1 peratus bagi suku pertama dan 5.4 peratus untuk suku kedua 2012 pun susah juga bagi orang bukan terpelajar mahupun orang-orang kampung nak faham. Bagi yang lulusan universiti pun nak kena faham istilah ekonomi juga.

Jadi apa cerita bajet 2013 yang mudah rakyat seperti kita faham? Yer, aku dan suami pun lulusan universiti jadi apa pengharapan orang-orang di kampung, penduduk bandar, rakyat miskin tegar, golongan OKU, golongan peniaga kecil-kecilan, golongan pembeli rumah kos rendah dan sederhana serta orang yang di luar 'sektor awam'. Sebab apa, golongan di sektor awam sangat kecil jumlahnya berbanding golongan tersebut tetapi jika sebarang 'ganjaran' seperti bonus, kenaikan gaji, elaun dan segala durian runtuh yang bukan-bukan diumumkan maka akan memberi kesan besar kepada mereka yang bukan memegang status pekerja sektor awam yang selama ini pun menikmati pelbagai faedah sedia ada yang terlalu banyak untuk di sebut satu-satu.




15 comments:

shaiful zaidi said...

kita tunggu......

Alin Marlini said...

bg kakitangan kerajaan mesti syok..kami yg swasta ni nengok jek..hehehe

Kasih Salina said...

begitu juga dengan lepasan IPT yang menganggur, apa kaedah terbaik untuk mengurangkan kadar pengangguran, apakah peluang yg boleh diberikan..

khairul said...

kami pekerja swasta..x menaruh harapan yg tinggi pd setiap kali pembentanagan baget..asik2 gomen jer yg dpt lebih

atuk said...

Assalamualaikum KS

ziarah pertama kali

Pokok Manggis Depan Rumah said...

esok la yea bajet 2013..
sabar menanti..
mesti baik pun, sebab ada la kan..kan..

mummY daniSha said...

gomen kenela fair jugakkan.bukan tumpu kat kakitgn gomen jee..even dah tetap min salary rm900 kat swasta tp realitinye ramai yg x follow..even company besar pun...

tp brg naik semua pun rasa....kesianla yg keje swasta ni...

mama aini said...

assalam salina..ehem semua org tak sabar nak tunggu pembentangan budget jumaat ni kan?..maaf ya mama baru lawat salina..sibuk sikit..hu2x..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam salina....kita tggu & lihat camna pembentangan bajet tu nanti...sapa yg byk untung :D

adyna said...

bajet 2013 nie..untuk surirumah mcm saya pun ternanti2 coz leh budget belanja dapur kalu en hubby dapat bonus hehehe

syiela said...

kami yang swasta ni huhuhu.. tapikan kesian orang kampung yang bekerja sendiri.. dorang ni yang amat terasa bila sektor awam dapat imbuhan @ bonus barang keperluan akan naik

lelamaisara said...

tunggu dah lihat...hehehe

Kesuma Angsana said...

kena tunggu jelah tu

mama aryan said...

bajet dah dibentangkan pun..ye penjawat awam mendapat bonus 1 1/2 bulan gaji..alhamdulillah ada rezeki utk anak2..selebihnya xtau nak komen

caliph shuriken said...

ayat yg dok bg sy senyum sorang2, kami x janjikan bulan & bintang, hikk...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...