Tuesday, September 25, 2012

Hikmah Sembahyang Berjemaah





Hikmah Sembahyang Berjemaah


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, 'Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran'. (H.R. Bukhari & Muslim)

Dalam hadis yang lain diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya, Rasulullah bersabda, 'Sesungguhnya orang yang paling besar pahalanya ketika menunaikan sembahyang ialah orang paling jauh perjalanannya iaitu langkahnya menuju ke masjid. Seseorang yang menunggu untuk menunaikan sembahyang sehinggalah dia menunaikannya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang yang menunaikan sembahyang (dahulu) kemudian dia terus tidur.' (H.R. Bukhari & Muslim)

Sembahyang secara berjemaah adalah sangat dituntut oleh agama sama ada dengan mengerjakannya di rumah mahupun di masjid. Tetapi melakukan solat secara berjemaah di masjid adalah lebih mulia dan lebih besar fadilatnya dan ini amat digalakkan oleh Rasulullah sendiri seperti dalam hadis yang telah disebutkan di atas.

Dengan menunaikan sembahyang secara berjemaah sebenarnya kita telah memperteguhkan dan menyatukan diri kita dalam satu barisan, melatih diri untuk taat kepada keperluan umum dengan mengikut imam untuk menuju kepada matlamat yang satu serta kepada perkara-perkara yang diredai Allah. Sembahyang secara berjemaah juga dapat membantu kita untuk saling kenal mengenali di antara satu sama lain disamping mengeratkan hubungan tali silaturahim, membiasakan melibatkan diri dalam anggota masyarakat dan tolong menolong dalam melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan.

Masjid dan surau adalah pusat bagi peyatuan dan kekuatan ummah, di sini kita saling nasihat menasihat dengan perkataan yang baik dan lemah lembut, memberikan kritikan yang membina, memperbaiki dan memperbetulkan kesalahan diri serta anggota masyarakat, membenteras penyelewengan dan kemungkaran, memberikan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam melakukan gerak kerja seharian.






8 comments:

eLL said...

aminnnnn

*SiRibenMerah said...

berkat solat jemaah neh :)

Knor said...

waalaikumsalam KS

alhamdulillah.. ,bila suami tak ke masjid,kmi berjemaah.

muhammad yg qamat dan lps tu dia ckp rapat2kan soff(barisan)jelas dan lantang suaranya.

Kesuma Angsana said...

bagus info2 yang macm ni

syiela said...

mmg kena ada pengumuman silentkan hset sama :)

Kakzakie said...

Bersama kita jadikan panduan. Kakak kalau abang tak ke surau dapatlah berjemaah atau anak-anak balik dari asrama. Tempat kerja kakak sorang je Islam.

Encik Moshuchi said...

good info Kak...
memang besar hikmahnya solat berjemaah.
tapi sedih juga ada sesetengah orang (berdasarkan pengalaman) kadang2 bila bersentuhan siku atau bahu (semasa solat jumaat), cepat2 ditariknya supaya tak bersentuhan..ada juga yg berdiri jarak2/jauh2..
sepatutnya jangan ada ruang di antara setiap orang...

mama aini said...

info yg bagus..thanks..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...