Bukanku Pinta Lahir ke Dunia
Kegelapan malam yang teramat dingin, mengisi kesepianku menanti sesuatu yang tak pasti. Badanku, mataku menghala ke langit hitam berkelip-kelip.
"Oh, itu bintang agaknya." Telahanku sendirian.
Indahnya bumi Allah SWT ini sehinggakan aku baru menyedari akan kedinginan malam yang semakin menyusuk tulang.Kulitku terasa pedih dan berdenyut-denyut.
"Sakitkah aku?" Aku mulai kaget. Aku keliru dengan keadaanku.
"Di manakah aku berada?" Soalku tanpa jawapan pasti.
Bau yang kurang enak mula menyesakkan nafasku. Bau ini datang dari arah berdekatanku. Aku kurang selesa.
"Di manakah ibuku?" Aku mula tertanya, pengharapan akan kasih sayang tak terhingga. Seorang insan bergelar ibu sepatutnya berada di sisiku, menjadi tempat aku bermanja dan mengadu kasih.
"Di manakah ayahku?" Aku mula ketakutan keseorangan, mengharapkan perlindungan demi keselamatanku.
"Ya Allah, adakah aku bermimpi ketika menatap indahnya bumi ciptaan-Mu?" Tanyaku dalam kekeliruan yang amat. Kepekatan malam yang mulanya indah bagiku kini merubah pandanganku.
Aku semakin takut, gelisah dan resah. Perut semakin lapar dalam kedinginan angin malam yang sesekali membelai lembut rambutku, pipiku dan jari-jemari ku yang runcing.
Perlukah aku merintih sepanjang malam demi memohon perhatian ibuku dan ayahku.
Aku hanya menangis sendirian dalam keadaanku yang kurang selesa, tidak dimandikan sepertimana sepatutnya aku dimandikan wangi serta dibelai dengan penuh kasih sayang. Jauh sekali dipakaikan pakaian yang cantik dan diselimuti kain kapas yang lembut.
Dalam usia sebegini apakah yang mampuku lakukan lagi, melainkan menangis sambil ku berdoa menagih simpati.
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan, dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberikan rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi." Doaku penuh pengharapan sepertimana doa Nabi Nuh ketika menghadapi musibah dan kedasyatan dugaan duniawi.
Lantas aku mengerah kekuatan berpaling mencari sesuatu untuk mengalas lapar perutku, apa yang termampu aku rasai, kemudian ku ludahi bila mana itu bukan sesuatu yang aku cari.
Lantas aku mengerah kekuatan berpaling mencari sesuatu untuk mengalas lapar perutku, apa yang termampu aku rasai, kemudian ku ludahi bila mana itu bukan sesuatu yang aku cari.
"Ahh itu pasir!" Jeritku lemah dalam hati.
"Ya Allah, laparnya perutku, Di mana ibuku, di mana ayahku!" Keluhku separuh menjerit. Keluhan ku kian lemah dimamah angin malam yang dingin. Sesekali makhluk Allah SWT berkaki empat melintasiku tanpa disentuh. Mungkin Allah melindungiku, merahmatiku. Syukur kepada-Mu ya Allah.
Masa berlalu terlalu perlahan, malam ini terasa panjang.
Setelah agak lama bertarung nyawa mengharapkan belas kasihan dan perlindungan asas, lantas aku didatangi oleh dua orang yang tidakku kenali.
Dalam kegelapan malam dan diriku yang kian lemah, sesiapun yang menghampiriku tiada lagi aku kisah. Kerna kudratku terbatas usiaku, apa dayaku untuk menahan kedinginan malam dan kelaparan yang memuncak pada ketika insan seusiaku lena dibuai mimpi syurga.
"Ibu...ayah!" Aku meneka dengan penuh harapan.
Aku semakin lemah.
Aku berserah kepada-Mu ya Allah.
Amin....
Keesokan harinya kisahku terpampang di dada akhbar, memecah berita, mencuri perhatian sekali lagi...umpama menagih simpati yang tidak berkesudahan bagi insan yang senasib denganku.
(Nukilan hati kasihsalina.com)
Seorang anggota polis memangku seorang bayi perempuan yang dibuang di Puchong |
Dalam kes terbaharu yang menyayat hati di Puchong, seorang bayi
perempuan yang baru dilahirkan terpaksa menanggung azab sendirian
apabila ditinggalkan hampir lima jam di tepi longkang, di belakang
sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Jalan BK 4/6, Bandar Kinrara di sini
semalam.
Lebih menyedihkan bayi yang ditemui dalam keadaan bertelekup itu
diletakkan di atas jalan tar yang tidak berturap rapi sehingga
sebahagian badannya lebam-lebam dan calar-balar akibat terlalu lama
berada di atas jalan.
Kejadian itu hanya disedari selepas pukul 12 tengah malam apabila
tangisan bayi itu semakin kuat seolah-olah meminta pertolongan.
Seorang guru, Haslinda Madun, 55, memberitahu, beliau dan keluarganya
mendengar tangisan itu kira-kira pukul 8 malam lagi tetapi tidak pernah
menyangka itu tangisan bayi yang ditinggalkan di belakang rumahnya.
Katanya, tangisan bayi itu semakin kuat apabila mereka sekeluarga
mahu tidur dan memaksanya menjenguk melalui tingkap dapur untuk mencari
arah bunyi tersebut.
"Pada awalnya kami menyangka tangisan itu datang dari pusat jagaan di
belakang rumah saya atau dari rumah seorang wanita yang baru bersalin.
"Tetapi kira-kira pukul 12 tengah malam ketika saya sekeluarga mahu
tidur, bunyi tangisan itu semakin kuat dan saya memberanikan diri untuk
menjenguk dari tingkat dapur. Saya terkejut apabila melihat seorang bayi
terbaring di jalan tar.
"Apabila saya dan suami keluar, tangisan bayi itu mulai perlahan
seolah-olah dia tahu kami semua telah menyedari kehadirannya... syukur
pada Allah kerana bayi itu masih hidup kerana kawasan ini sememangnya
banyak anjing liar serta tikus besar," katanya.
Jelas Haslinda, beliau tidak berani untuk mengangkat bayi itu kerana
terlalu terkejut, sehinggalah pemilik pusat jagaan, Mazlen Mahmood, 40,
datang dan mengambil bayi itu untuk dimandikan.
Menurut Mazlen, beliau mengambil keputusan untuk memandikan bayi
malang itu kerana seluruh badan bayi tersebut masih dipenuhi air
ketuban.
"Ketika diangkat tangan bayi itu bergetar-getar mungkin kerana
terlalu lama bertengkup di atas jalan. Malah mulutnya juga dipenuh pasir
mungkin kerana terlalu lapar dan dia cuba mengunyah pasir di atas jalan
itu.
"Bayi itu juga amat sihat dan saya dapat rasakan dia seberat lebih tiga kilogram," katanya.
Mazlen berkata, beberapa hari kebelakangan ini, pekerjanya ada
melihat sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua lelaki tempatan sering
berulang-alik di sekitar pusat jagaan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul
Razak Elias berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam kira-kira
11.30 malam dan mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Ketua
Balai Polis Kinrara, Inspektor Jasman Osman ke lokasi kejadian.
"Polis tiba di lokasi itu dan mendapati bayi tersebut berada dalam
keadaan lemah. Bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk
rawatan lanjut.
"Saya difahamkan keadaannya stabil. Polis juga tidak menolak
kemungkinan bayi itu dibuang berhampiran pusat jagaan itu supaya
disedari pekerja atau pemilik pusat itu," katanya.
Dalam perkembangan sama, katanya, polis telah melawat kawasan
kejadian dan mendapati tiada kamera litar tertutup di kawasan tersebut
dan tiada saksi yang melihat kejadian itu.
Kata Abdul Razak, kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
UTUSAN 15 Disember 2013
10 comments:
Tak pernah paham kenapa boleh jadi macam ni....
sedihnya.....pelik sgt ngn hati diorg ni....smpai hati betul nk biarkan anak sekecil tu cmtu...xde ke sekumit kasih syg dlm hati tu...
tk abis2 lag dgn kisah2 sebegini yer
Kalau tak nak, kenapa tak bagi ke orang jer. Di byang mcm tu. Adoooiiii betul2 tak der perikemanusiaan
Tgk media sosial skrg bukti bnda mcm ni akan jd lebh kronik..bila laki ppuan dh xmalu bepelukan tanpa ikatan,siap share dosa diorg lg utk tatapan org..hasilnya lahirlah bayi xberdosa ni..
subhanallah...bayi yang tidak berdosa, semoga dia disayangi dan dipelihara oleh manusia sejati
Senario yg semakin menjadi-jadi sekarang. Kalau tidak dibendung pasti Allah akan turunkan musibah buat kita semua..
Sedih kakak:(
Inilah kisahnya, sedih sgt baca. nasib je bayi tu tak menjadi mangsa haiwan liar atau seranggan berbisa...ular pun boleh jadi bahaya...
org yg buang t u mmg x layak dipanggil manusia!!!
Post a Comment