Terkejut aku, dalam minggu lepas terbaca petikan sebuah akhbar dengan kenyataan seorang Menteri yang cukup kanan apabila mengeluarkan kenyataan seperti berikut berkaitan tabiat merokoknya:
- Berazam untuk untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat selepas ini termasuklah berhenti merokok.
- "Saya sedih terpaksa melalui situasi seperti ini untuk berhenti merokok buat selama-lamanya".
Nak baca lanjut sila klik untuk diperbesarkan |
Maknanya,
ketika dalam kabinet...apabila dilancarkan kempen 'Tak Nak' suatu
ketika dulu dengan bajet RM100 juta nyata menjadi cadangan sinis
kerajaan yang secara simboliknya hanya sekadar satu kempen kesedaran
yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Membazir!
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya
yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan,
minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh
memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang
mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap
(menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis)
pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
5 comments:
Fatwa pun dh haramkan..arab saudi dh berzaman..
tak reti2 juga tak tau le...
Salina apa khabar..lma mnyepi
Ckp x serupa bikin
vah vah vah, kuat merokok rupanya menteri kita yang sorang ni...
Salam, Knor..baik aje..hihi, ntah lah menyepi sbb apa.
Khairin,
Yer, mmg kita anggap apa saja dasar kerajaan buat kena ada pengaruh atau unsur yg baik dtg drp jemaah menteri sekali...malulah bila dia pernah jd Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pendidikan tetapi kedua2 kementerian yg diwakilinya umpama sekadar satu arahan...bukan kepimpinan melalui teladan...dlm sukan apapun, merokok adalah dikecam!
Post a Comment