Monday, December 30, 2013

Riadah Yang Sihat


Riadah Yang Sihat, Untuk Tubuh Badan Yang Sihat dan Minda Yang Cerdas

Riadah yang paling mudah dan murah ialah dengan membawa anak-anak bermain di sekitar kawasan perumahan, taman permainan, sekitar kampung ataupun di kawasan taman awam. Tidak semestinya di taman tema yang mahal, di tepi pantai atau kawasan air terjun yang adakalanya agak membahayakan apabila membawa anak-anak kecil yang belum mahir bergerak tangkas dan menjaga keselamatan diri.

Riadah memberikan peluang kepada anak-anak untuk bergerak bebas tanpa rasa terkongkong dan terkurung seperti di rumah. Memberikan mereka peluang untuk meneroka alam sekeliling, menggunakan deria dan pergerakan badan untuk menilai dan berinteraksi dengan alam melalui kebolehan masing-masing.

Bagitulah dengan Kamila dan adiknya Kashif, sangat seronok apabila berpeluang beriadah secara sihat sebegini setiap minggu. Malah selama lebih sejam masa diluangkan untuk bermain-main dan mencuba alatan outdoor gym ini. Lagipun percuma aje...


Kashif tolak-tolak tapi tak gerak pun benda nih Ibu...?



Ni fitness instructor nak tunjuk...


Kamila, mudah aje tu...walaupun salah teknik

Peace...kejap!

Haa...naik tinggi-tinggi lagi!

Seleasi penat bersenam di outdoor gym...Gardenia Jumbo pulak untuk rusa-rusa...makanan kegemaran rusa.





5 comments:

ANIM said...

Geram tengok khasif.. Hee

Kayu Manis said...

Dh besar khasif..
ha ah bdk2 suka sgtm dpt main outdoor ni...

rasa dh lma tk bwa anak2 main jongkang jongkit..hehe

eita said...

sekali sekala riadah macam ni memang best

msredcheesecake said...

budak2 suka lah dibawak bermain ...sy ni malas sikit, tak suka outdoor

Ibu Lala said...

Nak jugak pegi aktiviti camni tapi ayahnya asik keja je.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...