Inilah dia rupa mentarang iaitu sejenis makanan laut yang boleh dijumpai dalam lumur muara laut seperti di Kuala Perlis dan Kuala Selangor yang aku tahu la kan, kat Kuala lain aku tak tau la ada ke tak mentarang ni. Bila tengok mentarang ni sebelum basuh memang geli sebab kotor berselut gitu dan kulit dia nipis dan rapuh sangat. Tapi bila dapat makan isi mentarang ni, yarobbiiii memang sedap sangat, isinya manis dan berlemak jer rasanya.
Kalau ke Kuala Perlis memang tak sah la kalau tak beli mentarang ni tapi tengok nasib juga la, kadang-kadang tu takde juga orang jual. Aku rasa mentarang di Kuala Perlis ni murah bangat yang sederhana rm 7 - rm 8 sekilo, yang besar plak dalam rm 9 - rm 10 sekilo. Memang sangat-sangat berbaloi kalau beli mentarang yang mentah dan bakar sendiri kat rumah.
Kalau malas nak proses sendiri mentarang yang kotor tu boleh la korang merasai dan menikmati mentarang bakar ni di Medan Selera Ikan Bakar Kuala Perlis..haa.. kat situ ada jual tapi reganya aku tak tau la berapa sekilo.
Biasanya aku akan beli 2-3 kg sebab anak-anak aku pun suka makan, tapi bila time nak basuh tu sakit belakang aku nak cuci kasi bersih mentarang ni. Setakat ni aku cuma bakar jer la yang best tuk aku dan suami, tak tau la kalau ada menu lain yang lagi best tuk masak mentarang ni.. Sekali pekena mentarang ni, sumpah mesti korang akan ternak-nak lagi makan sebab memang sedap.
Bakar dulu mentarang tu pastu isi mentarang bakar masukkan dalam nasi goreng, lagi sedap oooo... dan mentarang bakar yang lebih tu boleh la makan bersama-sama nasi goreng panas macam yang aku buat ni..
8 comments:
Tak pernah makan mentarang ni. Nampak kulit macam lala tapi besar sangat eh
Saya pun tak pernah makan, sampai Perlis nanti nak cuba juga mentarang bakar..
takj pernah makn jugak.
So far lom penah mkn lg
Nmpak sedap..tapi akak tak pernah makan.
mama tak pernah lagi makan mentarang ni..adik mama pun kata sedap rasanya..
So sedap..tapi blum pernah mkn...
sedap nye...blum pernah mkn lagi...isi dia tak mcm etok ke? hihihi..
Post a Comment