Thursday, December 12, 2013

Proton Perdana Terbaru 2014


PM Datuk Seri Najib Razak baru sahaja melancarkan Proton Perdana berwajah baru sebagai kenderaan rasmi kerajaan dengan menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan. 

Yang bagusnya...kalau tak silap, ni lah kereta kedua Proton yang mengekalkan nama modelnya selepas Saga. Yang mana pada pendapat aku sepatutnya Proton kena ikut seperti jenama Toyota dan Honda buat model sampai 4-5 generasi dah sekarang ni.




Nak lagi best, siap ada dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baru turut dikeluarkan untuk PM dan timbalannyaTPM. Pada majlis itu, PM juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.

Proton Perdana baru untuk kerajaan didatangkan dalam dua warna, iaitu hitam metalik dan "purple grey" dengan kapasiti enjin 2.0L dan 2.4L. Bagaimanapun, kereta ini tidak dijual kepada orang awam buat masa ini.

Dijangka sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan.




No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...