Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 telah dibuka hari ini (Isnin 23 Disember 2013) sehingga 31 Januari depan.
Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar
lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, nombor telefon dan akaun bank.
Panduan mengemaskini (online) Klik Link Kemaskini Online.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan
pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan
Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui
laman web LHDN di www.hasil.gov.my.
Panduan mendaftar (online) Klik Link Daftar Online.
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M
201.
Untuk maklumat lanjut:
Talian hotline
1-800-88-2716
Isnin hingga Jumaat
bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Ketika pembentangan Bajet 2014, PM Datuk Seri Najib Tun
Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan
RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala
untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan
tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.
Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau
i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M
bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima
sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga
akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.
1 comment:
br sat update hehehe
Post a Comment