Wednesday, December 25, 2013

Start Menu Windows 8



Start Screen Windows 8

Start Screen di atas adalah dalam Windows 8 yang mana telah menggantikan Start Menu Button seperti yang kita biasa lihat dalam Windows terdahulu seperti Windows 7, Vista malahan XP juga. Kalau tak pasti apa itu start menu, rujuk gambar di bawah:


Jadi kalau kita lihat pada Desktop untuk Windows 8, memang tak ada langsung Start Menu ni seperti di bawah, dan bagi kebanyakan daripada kita dah rasa tak best bila kekurangan sesuatu...

Desktop Windows 8 Tanpa Start Menu

Untuk open Start Screen (seperti gambar paling atas tadi), arahkan cursor ke penjuru bawah kanan skrin komputer/ laptop anda dan kelihatan 'Search', 'Share', 'Start', 'Devices' dan 'Settings'. Maka tap atau klik pada 'Start'.

Kelihatan seperti ini:

Untuk ke Start Screen Menu dalam Windows 8
Selain itu, terdapat kaedah lain yang pada saya lebih mudah, iaitu cuma tekan Windows key (seperti ini  Windows key ) pada keyboard.

Sekadar perkongsian ringkas walaupun dah ramai mencuba pada Windows 8 version terdahulu, tetapi tujuan Microsoft melenyapkan Start Menu seperti pada Windows terdahulu ialah supaya kita mencuba sesuatu yang baru dan lebih segar dengan menggunakan User Interface Metro seperti gambar di atas kerana beranggapan Touch Screen adalah sesuatu yang bukan asing pada masa ini.  

Pun begitu, mereka mungkin terlupa kerana kebanyakan Desktop komputer masih menggunakan skrin biasa, cuma beberapa jenama laptop terkemuka telah mendahului desktop untuk mengeluarkan produk berasaskan sentuhan dengan harga yang sangat murah seperti jenama Asus.

Sebenarnya banyak kritikan telah dilemparkan kepada syarikat gergasi ini dan sejak itu mereka berpandangan positif dengan mengeluarkan version preview Windows 8.1 pada pertengahan tahun yang lalu untuk tatapan pengguna dan beberapa penambahan dan kemaskini user interface baru.

(Ulasan: KasihSalina.com)





7 comments:

Ena's Stories said...

Semakin canggih la...sy blom pernah guna lagi window 8 ni....

dear anies said...

sy tgk je la sblm ni tp cuba x lg..pening hhehehe

Kakzakie Purvit said...

Kakak belum guna lagi window 8 dah keluar window 8.1.... nampak gaya kena tinggallah kakak ni.

Kayu Manis said...

Bab ni kena rujuk dgn suami...hehe

Shaiful Zaidi said...

lum try lg win 8

Bunda_nora said...

lama tak singgah sini...

NzA said...

Bbrap bln lepas akak beli lappy window 8 ni. Awalnya rasa agak kekok nk guna sbb dh biasa dgn window 7. Alih2 window 8 trbiar sepi. Sskali je guna..,hik3x...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...