Sunday, December 22, 2013

Dannok Thailand di Bom Sehari Selepas Kami Ke Sana (Gambar di Tempat Kejadian)


Dannok Thailand di Bom Hari ini.

Petang tadi aku dikejutkan dengan bunyi siren kuat lalu tak jauh dari rumah. Tertanya aku dengan suami di UUM tadi dan ketika balik petang katanya polis sedang mengawal lalulintas dan kesesakan teruk di simpang trafik light utama pekan Changlun. Sehingga lewat petang ni, barulah aku tahu rupanya berlaku letupan bom di pekan Dannok di wilayah Sadao, Thailand iaitu cukup sehari selepas kami sekeluarga berada di sana. 

Daripada laporan, tiga letupan dilapor menggegarkan daerah Sadao pagi tadi, dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri yang disorokkan ke dalam sebuah motosikal diletupkan hampir serentak kira-kira jam 11.30 pagi (yang ni berdekatan Padang Besar)

Kemudian, dalam jam 1.30 petang tadi pulak dua lagi bom diletupkan di hadapan Hotel Oliver di pekan Dannok bersebelahan Bukit Kayu Hitam di Kedah tak jauh dari rumah kami. Bersyukur sangat kami tak berada di sana ketika kejadian, sebab kami pernah tangguh bercuti di Hatyai selepas berlaku pengeboman pada bulan April 2012 iaitu seminggu sebelum kami sepatutnya tiba.

Gambar-gambar:

Hotel ni tak sampai 2 km dari sempadan Malaysia-Thailand



6 comments:

msredcheesecake said...

Swmuga dilindungi Allah

Kakzakie Purvit said...

Maysa-Allah.... berdebar kakak baca. Syukurlah kejadian terjadi masa keluarga tak berada di sana.

Moga umat Islam di sana sentiasa dlm lindungan Allah.

Shaiful Zaidi said...

teruk jugak no...ada rakan yang terpaksa tangguh pemergian ke sana akibat kejadian bom ni...

Qashmere said...

Takotnya..semoga semua selamat dari bencana

miedaJaz said...

Jadi takut pulak nak ke sana kan..

dear anies said...

tgk kt tv smlm pon da rs ngeri

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...