INFO LENGKAP:
Pejabat Imigresen Kuala Perlis, selesa dan cukup tempat letak kereta. Selepas jam 4pm lengang...buat border pass 20 minit sahaja... |
Tengok tu, betapa riangnya anak-anak di tempat lengang siap dengan menyanyi lagu kesukaan dan berlari keliling tanpa disuruh... |
Border Pass - Pas Sempadan Malaysia Thailand Secara ringkasnya, tujuan aku adalah untuk mudahkan kefahaman orang ramai berkenaan Border Pass ni. Sebab selain Passport Malaysia yang ramai tahu kegunaannya selain tidak terhad kepada negeri tertentu sahaja, Border Pass ini juga tidak kurang bestnya.
1. Tujuan Border Pass
b- Jika korang berasal dari negeri lain, waima dari Sarawak tetap layak asalkan bukti menyatakan telah menetap di mana-mana 4 negeri tersebut lebih 3 tahun seperti telah membeli rumah dan bekerja tetap, atau
c- Jika masih menyewa, maka buktikan melalui pembukaan akaun bank yang aktif dan termasuklah bil-bil yang anda bayar (biasanya bil elektrik dan air atas nama tuan rumah, maka tunjuk bil seperti TM/ Astro/ insurans/ bank dan lain-lain).
d- Pastikan daripada kenyataan b dan c di atas anda WAJIB telah menetap minimum 3 tahun 1 hari.
2. Jangka Hayat Border Pass
Dengan Border Pass ni anda bebas keluar masuk sempadan Malaysia - Thailand selama 6 bulan dari tarikh dikeluarkan bagi beberapa
kali perjalanan. Selepas 6 bulan 1 hari, maka kena renew semula Border Pass ini.
3. Had Perjalanan
Pekan koboi Dannok (Danok) terus ke Hatyai sampai ke Songkhla. Info tempat-tempat ni seperti di link berikut > Sepetang di Danok, Bercuti di Haytai, Jalan-jalan Cari Makan di Samila Beach, Songkhla.
4. Syarat Lain
a. Sediakan 2 keping gambar setiap pemohon berukuran 3.5cm x 5.0cm (atau bagitau saja kepada kedai Foto nak gambar untuk Border Pass. Nanti gambar tu pihak Imigresen kita akan potong juga sampai kecik.
b. Kalau ada anak ikut sekali umur bawah 15 tahun, namanya hendaklah dimasukkan ke dalam Border Pass Ibu atau Bapa. Macam kes kami, sekali harung jer satu family masuk dalam satu Border Pass. Mudah dan jimat (sebab sehelai Border Pass ni RM10 jer). Kalau pergi dengan kekawan bujang, maka kena buat sesorang nama pemohon untuk satu Border Pass, tak boleh share.
c. Boleh bawak kereta sendiri (yup...kete korang). Pemilik kenderaan kena sediakan geran/ salinan geran kenderaan ketika melepasi sempadan. Jika pinjam kereta orang lain, orang itu kena ada dan minta juga dia bawa geran/ salinan geran. Bukan apa kot-kot abang Asykar (ye, abang tentera kita) mintak sekali nanti selepas melalui pos imigresen. Sebab kita akan lalu dua pos iaitu Pos Imigresen (cop Passport/ Border Pass) dan Pos Tentera (untuk keselamatan dan sempadan).
d. Sebaiknya beli insurans kenderaan Thailand. Yup, baik beli. Risau berlaku apa-apa, khususnya kalau kita dihospitalkan atau ada sekatan jalan oleh pihak berkuasa Thailand. Kos dia sangat berpatutan. Seminggu cuma RM16 setiap bijik kereta. Kalau stay cuma 3 hari 2 malam, takpe kira abaikan je. Boleh beli di sempadan atau pekan berdekatan seperti di Changlun, Kedah. Sediakan geran/ salinan geran. Itu aje.
No comments:
Post a Comment