Sunday, September 30, 2012

Ubi Kayu - Ubat Sakit Gastrik





Ubi Kayu - Ubat Sakit Gastrik

Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.

Cara mengubat menurut or
ang tua-tua kita dahulu ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.

Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit. Lakukan ini setiap hari selama 3 minggu atau sebulan.





Qada Tinggal Solat 10 Tahun





BAGAIMANAKAH cara untuk qada solat yang ditinggalkan selama hampir 10 tahun?


SETIAP umat Islam hendaklah menjaga solat pada setiap hari dan masa. Meninggalkan solat dikira berdosa besar. Sesiapa yang meninggalkan solat hendaklah bertaubat dan memohon keampunan Allah.

Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa kita. Sebenarnya, qada solat tidak dapat menggantikan solat yang pernah ditinggalkan kerana masanya sudah luput kecuali kerana tidak sengaja atau tertidur.

Waktu solat ialah pada masa itu juga. Ada pendapat menyatakan solat itu tidak dapat diqadakkan lagi. Lebih-lebih lagi apabila sudah sampai 10 tahun lamanya.

Bagaimanapun, sekiranya solat yang ditinggalkan diqadakkan juga, ia tentu dapat menampung kelalaian lalu. Segala amalan baik tentu diterima Allah apabila datang daripada hati yang penuh ikhlas.

Justeru, qada solat boleh dilakukan sedaya yang mampu saja tanpa ada cara yang afdal. Anda juga boleh melakukan amalan sunat lain seperti membaca al-Quran, sedekah dan sebagainya bagi menampung dosa lalu.



Sumber


Friday, September 28, 2012

Apa Cerita Bajet 2013



Bajet 2013, apa agaknya cerita berkaitan perbelanjaan dan ekonomi negara kali ni?
Macam-macam harapan dan buah tangan ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia (semua orang, bukan sesetengah pihak sahaja tau..)
Macam biasa, akan memberi tumpuan terhadap harapan rakyat. Itu dah pasti sebagai satu tanggungjawab besar dan amanah yang dipikul kerajaan yang memerintah. Pengagihan kemakmuran rakyat dan kadar pertumbuhan ekonomi negara dalam menghadapi cabaran ekonomi untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang selain mengekalkan dasar fiskal sedia ada antara ayat-ayat bunga yang bukan semua faham.

Malah catatan purata pertumbuhan ekonomi Malaysia pada kadar 5.1 peratus bagi suku pertama dan 5.4 peratus untuk suku kedua 2012 pun susah juga bagi orang bukan terpelajar mahupun orang-orang kampung nak faham. Bagi yang lulusan universiti pun nak kena faham istilah ekonomi juga.

Jadi apa cerita bajet 2013 yang mudah rakyat seperti kita faham? Yer, aku dan suami pun lulusan universiti jadi apa pengharapan orang-orang di kampung, penduduk bandar, rakyat miskin tegar, golongan OKU, golongan peniaga kecil-kecilan, golongan pembeli rumah kos rendah dan sederhana serta orang yang di luar 'sektor awam'. Sebab apa, golongan di sektor awam sangat kecil jumlahnya berbanding golongan tersebut tetapi jika sebarang 'ganjaran' seperti bonus, kenaikan gaji, elaun dan segala durian runtuh yang bukan-bukan diumumkan maka akan memberi kesan besar kepada mereka yang bukan memegang status pekerja sektor awam yang selama ini pun menikmati pelbagai faedah sedia ada yang terlalu banyak untuk di sebut satu-satu.




Thursday, September 27, 2012

Nazmi Faiz Dalam EA Sports FIFA 13


EA Sports FIFA 13 menampilkan Lionel Messi (untuk global cover), Alex Oxlade-Chamberlain dan Joe Hart (untuk UK)

EA Sports FIFA Soccer adalah salah satu game faveret suami aku sejak FIFA Soccer 2003. 
Itupun FIFA 13 ni akan dilancarkan di Eropah pada esok hari.

Apa yang membanggakan, Nazmi Faiz Mansor pemain muda kita yang sedang bermain dalam Liga Portugal, bersama kelab S.C Beira-Mar juga telah dimasukkan dalam senarai pemain kelab tersebut.

Wah, bestnya bila ada pemain Malaysia masuk dalam game seperti ini! Malah dah ada ura-ura peminat EA Sports ni nak bawa masuk Nazmi Faiz ke dalam kelab terkemuka dunia seperti Barcelona dan Manchester United.

Itulah bestnya. Bila sekali pemain kita masuk dalam game hebat seperti ini (dengan wajah yang seiras), maka macam-macam kelab kita boleh masukkan pemain kita untuk memastikan 'impian menjadi kenyataan' walaupun setakat dalam game bola sepak seperti FIFA 13 ini!

Nazmi Faiz Mansor dengan jersi no. 8



Doa Ringkas Selepas Solat


Doa Ringkas Selepas Solat



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Wednesday, September 26, 2012

Ruang Dosa di Facebook





Ruang Dosa di Facebook


Mungkin kita pernah terbaca dengan beberapa ungkapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, cuba lihat di wall facebook kita atau sahabat-sahabat yang lain.

" Hari ini saya keluar dating dengan bf saya"
"Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
"Awak ni gatal la sayang ;-)"
"baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?"
"awak cantik pakai baju itu, cun"

Dan pelbagai lagi contoh-contoh komen, yang tak sepatutnya. Kemudian, agak menyedihkan, apabila kita muat naik gambar, tanpa kita sedari, mendedahkan aurat kita sendiri, dan bergambar dengan pasangan bukan muhrim secara berpegangan tangan atau berpelukan.

Mungkin, kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-komen serta meletakkan gambar tersebut. Tapi sedarkah kita, kita telah membuka keaiban diri kita sendiri, dengan menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum?

Menurut buku "Sabil An-Najat Min Syu-um Al-Ma'shiyat" atau "15 Kaedah Selamat Dari Maksiat", penulisan Muhammad bin Abdullah Al-Duwais, beliau ada menyatakan jangan hebah apabila berbuat maksiat. Terdapat beberapa nas agama yang boleh dikongsikan.

Bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:

" Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Semua umatku diampuni kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain: 'Hai polan, semalam aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya."
(riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))

Malangnya bagi kita, apabila kita gagal mengawal hawa nafsu kita daripada melakukan maksiat. Nafsu tersebut dikenali sebagai Nafsu Ammarah. Nafsu jenis ini sering menjurus melakukan maksiat dan kejahatan, serta sering mengikut hawa nafsu dan tidak sesekali melawannya. Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan lazat, malah berbangga dengannya. (sumber majalah Solusi isu 25)

Adakah kita gembira apabila tergolong dalam golongan-golongan tersebut? Sudahlah kita melakukan maksiat seperti berdua-duaan bukan muhrim, berpegangan tangan, dan pelbagai lagi maksiat yang kita lakukan, nauzubillah. Kemudian, kita menghebahkannya dalam laman web sosial, dan berbangga dengan perbuatan tersebut. Kita jadikan nafsu sebagai tuhan. MashaAllah.

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?."
(Surah al-Jatsiyah ayat 23)

Kita sering tertipu dengan godaan hawa nafsu. Sudahlah kita melakukan kemungkaran, malah menghebahkannya kepada umum. Di mana tempat kita di sisi Allah? Timbulkan persoalan dalam diri anda, jika anda melakukan sedemikian.

Justeru, sudah semestinya kita tidak mahu tergolong dalam golongan-golongan yang dimurkai Allah, bukan? Jadi, janganlah kita melakukan kemungkaran, seterusnya tiada apa yang perlu dihebahkan kepada umum, tentang perkara terkutuk tersebut, kan? Kawal hawa nafsu kita, jangan biar hawa nafsu mengawal kita.

Seorang mukmin yang mengaku berasa takut kepada Allah dan menganggapNya sebagai Tuhan Yang maha Agung, apabila suatu waktu terjerumus dalam suatu perbuatan maksiat dan melanggar apa yang tidak boleh dilakukan, seharusnya ia benci maksiat tersebut dan seboleh mungkin berusaha agar jangan sampai diketahui oleh sesiapa pun. Malah, jangan menceritakan kepada orang lain sehingga diketahui umum. Berehati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan, terutamanya dalam laman web sosial, kerana kita mungkin membuka aib sendiri, tanpa kita sedar.

Tetapi, ingat sahabat-sahabatku! Ini bukannya kebenaran atau platform untuk kita melakukan maksiat! Maksiat tetap harus dijauhi, supaya tidak menimbulkan kemurkaan Allah. Bertaubat sebelum terlambat!

 
 

 
 
 

Tuesday, September 25, 2012

Apabila Abah Menghias Si Anak


Kenal tak?
Gaya ikatan sejemput...
Tiap kali abah dia buat sesuatu kat dia, lalu bergegas si Kashif ni ke cermin muka (cermin yang stand alone tu) nak tengok macam mana agaknya rupa dia selepas di 'tukar'..kadang-kadang macam-macam penampilan. Jadi Optimus Prime pun pernah, jadi ninja, gadis cina dan macam-macam. Yang paling kerap ialah sebagai gadis bertudung..wahh..



Hikmah Sembahyang Berjemaah





Hikmah Sembahyang Berjemaah


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, 'Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran'. (H.R. Bukhari & Muslim)

Dalam hadis yang lain diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya, Rasulullah bersabda, 'Sesungguhnya orang yang paling besar pahalanya ketika menunaikan sembahyang ialah orang paling jauh perjalanannya iaitu langkahnya menuju ke masjid. Seseorang yang menunggu untuk menunaikan sembahyang sehinggalah dia menunaikannya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang yang menunaikan sembahyang (dahulu) kemudian dia terus tidur.' (H.R. Bukhari & Muslim)

Sembahyang secara berjemaah adalah sangat dituntut oleh agama sama ada dengan mengerjakannya di rumah mahupun di masjid. Tetapi melakukan solat secara berjemaah di masjid adalah lebih mulia dan lebih besar fadilatnya dan ini amat digalakkan oleh Rasulullah sendiri seperti dalam hadis yang telah disebutkan di atas.

Dengan menunaikan sembahyang secara berjemaah sebenarnya kita telah memperteguhkan dan menyatukan diri kita dalam satu barisan, melatih diri untuk taat kepada keperluan umum dengan mengikut imam untuk menuju kepada matlamat yang satu serta kepada perkara-perkara yang diredai Allah. Sembahyang secara berjemaah juga dapat membantu kita untuk saling kenal mengenali di antara satu sama lain disamping mengeratkan hubungan tali silaturahim, membiasakan melibatkan diri dalam anggota masyarakat dan tolong menolong dalam melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan.

Masjid dan surau adalah pusat bagi peyatuan dan kekuatan ummah, di sini kita saling nasihat menasihat dengan perkataan yang baik dan lemah lembut, memberikan kritikan yang membina, memperbaiki dan memperbetulkan kesalahan diri serta anggota masyarakat, membenteras penyelewengan dan kemungkaran, memberikan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam melakukan gerak kerja seharian.






Gambar Nikah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman Dan Penjelasan Isu Nikah Sembunyi




Desas-desus naib juara Akademi al-Quran musim ketiga, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman mendirikan rumah tangga dan menjadi isteri kedua seorang Datuk Seri akhirnya terjawab apabila beliau mengesahkan status perkahwinannya kepada Metro Ahad (23 sept 2012). Sharifah Khasif Fadzilah memberi penjelasan kepada Metro berkenaan isu beliau kawin sembunyi.

Berikut isi kandungan e-mel yang dikirim Sharifah Khasif berserta gambar pernikahannya.

Assalamualaikum warahmatullah. Terlebih dulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Harian Metro atas cerita yang diuar-uarkan. Saya juga tidak menyangka perkahwinan ini akan menjadi buah mulut orang dan menjadi satu pertikaian yang sepatutnya kita syukuri hikmah sesebuah perkahwinan.

Itu sepatutnya pandangan yang perlu ada apabila seseorang umat Muhammad mampu mendirikan perkahwinan yang pastinya membawa keberkatan dunia dan akhirat.

Untuk pengetahuan media, sebenarnya tidak timbul isu nikah sembunyi, nikah Siam dan sebagainya kerana perkahwinan saya pada 7 September 2012 di kediaman saya dan resepsi pada malamnya dihadiri hampir ribuan tetamu.

Saya juga mewakilkan pengurus peribadi saya, Haryati untuk menjemput pihak media dan rakan-rakan daripada stesen televisyen untuk hadir bersama.

Saya tak tahu dari mana datangnya cerita yang tidak benar ini apatah lagi perkahwinan sembunyi-sembunyi sekali gus menyebabkan ada hati-hati yang terluka.

Perkara sebegini adalah satu keaiban memandangkan saya juga dikenali sebagai ahli al-Quran yang mana dalam Islam, perkahwinan itu sendiri hendaklah diuar-uarkan supaya tidak timbul fitnah dan masalah kemudian hari.

Persoalan yang mempertikaikan saya isteri kedua sepatutnya tidak timbul, yang pastinya saya adalah isteri sah kepada Datuk Seri Mohammad Hizal Othman. Saya juga mempunyai prinsip di mana soal peribadi tidak perlulah dikongsikan bersama.

Jodoh pertemuan ajal maut di tangan Allah. Saya bersyukur kerana mempunyai suami yang penyayang, bertanggungjawab dan menjaga saya dengan baik. Setiap doa kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan juga dan begitulah sebaliknya. Maka berdoalah yang elok-elok kerana setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah di sebaliknya.

Jom lihat gambar Nikah dan Majlis Resepsi Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman dan Datuk Seri Mohammad Hizal Othman. Tahniah buat pasangan mempelai ini, semoga dirahmati dan kekal hingga akhir hayat.






Sharifah Khasif mula dikenali selepas muncul naib juara Akademi Al-Quran musim ketiga di TV9 dan juga juara pertandingan musabaqah peringkat Kebangsaan. Ustazah Sharifah Khasif juga pernah mengendalikan rancangan Akademi Al-Quran musim keempat dan Kalam Suci sebagai pengacara.

Monday, September 24, 2012

JaLaN-JaLaN di AlAmaNdA PuTrAjAyA


Kalau jumpa mainan kereta syiling macam ni, memang tak kan terlepas dari pandangan budak-budak ni...

Dua-dua dicuba...

Nasi campur biasa-biasa ajer..sekadar mencuba...

Kamila macam biasa, Chicken Chop adalah pilihannya...

Mee Kari pilihan suamiku...



Si Kakak nun jauh di sana..Si Adik tetap berdukung gayanya...



10 Sebab Doa tidak diperkenankan oleh Allah





10 Sebab Doa tidak diperkenankan oleh Allah


1. Kita mengaku mengenali Allah tetapi tidak pernah menunaikan akan hak-hakNya dengan melaksanakan segala surahan-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.

2. Kita mengakui menyintai Rasulullah tetapi tidak pernah sekali pun mengikuti sunnahnya.

3. Kita mengakui bahawa syaitan itu adalah musuh yang paling ketat tetapi masih patuh dan mengikuti segala hasutannya.

4. Kita sering membaca kitab suci Al-Quran tetapi tidak pernah mengamalkan segala isi kandungnya.

5. Kita sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari seksaan api neraka tetapi dalam masa yang sama kita masih melakukan maksiat dan dosa.

6. Kita sering mengumpat dan mendedahkan keaiban saudara seagama kita tetapi tidak pernah melihat kepada keaiban sendiri.

7. Setiap hari kita mendapat nikmat dan rezeki yang Allah beri tetapi tidak pernah sekalipun mahu bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya.

8. Kita mengiringi dan mengebumikan jeazah di perkuburan tetapi tidak pernah mahu mengambil iktibar dari kematian itu.

9. Kita tahu dan yakin bahawa kematian itu pasti berlaku tetapi tidak membuat persiapan untuk menuju ke sana.

10. Kita sentiasa berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga dan ditempatkan bersama orang-rorang soleh tetapi tidak pernah berusaha mendapatkannya.


Sumber


Gangnam Style Diiktiraf Guinness



Aduhh, entah apa-apa. Selepas kontroversi macam-macam akhirnya yang hitsnya lagu ni...betul-betul entah apa-apa!

Petikan AGENSI
Lagu sensasi Korea Selatan, Gangnam Style diiktiraf oleh buku rekod dunia Guinness sebagai video muzik paling banyak memperoleh 'like' dalam laman YouTube.
Lagu nyanyian PSY itu mencatat 'like' sebanyak 2,234,641 kali, sekali gus mengenepikan video muzik Party Rock Anthem dendangan kumpulan LMFAO yang memperoleh 1,575,979 'like' sebelum ini.
Jumlah itu dicatatkan selepas dua bulan Gangnam Style disiarkan di YouTube.
Bagaimanapun, lagu tersebut gagal menyaingi rekod video muzik paling banyak ditonton yang sehingga kini menjadi milik penyanyi Justin Bieber menerusi lagu Baby.
Video muzik tersebut ditonton sebanyak 780,683,863 kali selepas ia dilancarkan pada Januari 2010.
Gangnam Style pula hanya ditonton sebanyak 230,549,340 kali.
Lagu berentak rancak itu mula ditayangkan di YouTube pada 15 Julai lalu, dan popularitinya menjangkau hingga ke Amerika Syarikat.
Ia terbukti apabila PSY turut diundang membuat penampilan khas dalam rancangan temu bual pagi saluran NBC, The Today Show dan The Ellen DeGeneres Show.


Sunday, September 23, 2012

BuDaK BuSuK BaRu BaNgUn TiDo



BuDaK BuSuK BaRu BaNgUn TiDo ye.. sape lagi kalo bukan anak dara ibu, Nur kashif Aliya nih.. budak kalo baru bangun tidur faham-faham jer lah macam mana bau masam & wanginya kan, menusuk kalbu gitu, huhuhu.. terjaga jer terus mengadap cerita Upin & Ipin dengan rambut yang berserabai tu.. tido petangnya tak pernah lama-lama, mesti sekejap jer dia tido. Adik nak tido lama camne, si kakak plak bunyi riuh rendah. Adik Kashif plak telinga lintah dan pantang ada bunyi sikit dah nak bangun. Anak aku dua beradik ni kan suka sangat bermain & tak suka tido tapi kalo nak berjalan, masuk jer dalam kereta, tak sampai 10 minit dah meracau nak tido.



Baik Hati la Pulak Nuffnang Ni



CPUV (Cost-Per-Unique-Visit) Campaigns

Salam hujung minggu semua,

Nak tau kenapa aku kata 'Baik Hati la Pulak Nuffnang Ni...' dan salah satu sebabnya dah lama daaa aku tak merasa BE (Buffered Earning) daripada pihak Nuffnang nih.. rasa sakit hatilah jugak kan dan yang aku peliknya tu makin banyak visitor yang datang ke blog aku (www.kasihsalina.com) semakin susah lah pulak untuk dapat BE. Itu yang aku menyampahnya tuh.. Visitor yang masuk ke blog aku pada bulan puasa baru ni antara 700 hingga 1000 pelawat sehari tapi yang aku dapat sepanjang bulan puasa tu hanyalah RM 5 sahaja dan nak dapat BE tuh jauh sekali ler..

Dah macam tu alkisahnya aku malas lah nak update blog dan nuffnang tu aku tak bukak tengok pun. Petang kemarin aku rasa macam gatai tangan la pulak nak bukak tengok nuffnang. Terkejut jugak boleh plak dapat CPUV (Cost-Per-Unique-Visit) Campaigns untuk DiGi DEP Revamp Campaigns bermula 10 September lepas. Setahu aku kalo UV (Unique Visitor) kita ramai makin banyak la peluang untuk kita duit banyak dari Campaigns tersebut. Harap-harap la lama sikit DiGi DEP Revamp Campaigns ni ye..


Kawan-kawan yang lain macam mana pulak? Nak tau juga macam mana pengalaman manis dan pahit orang lain dengan Nuffnang

 Aku pun keliru juga nih BE (Buffered Earning) & CPUV (Cost-Per-Unique-Visit) tu konsep yang sama ker?



Saturday, September 22, 2012

Cara Tengok Semua Pakej Astro FREE



Salam ceria. Malas nak cerita panjang. Kalau anda nak tahu cara-cara boleh tengok semua Channel Astro secara Free atau Percuma, khususnya untuk yang melanggan Pakej Family (bajet ciput) sahaja.

Caranya, duduk depan TV anda dengan tenang. Sebaiknya bancuh secawan kopi atau milo panas atau sejuk ikut citarasa.
Ambil dekoder Astro.
Jika selama ini boleh tekan Channel 701 atau 501 atau 611 sahaja. Jadi kali ni cuba tekan Channel 812 (ESPN), 511 (CNN), 615 (Disney), 411 (HBO) dan lain-lain yang tak termasuk dalam Channel Family anda yang ciput tu..

Saya pun langgan Channel ciput jer...

Hari ni sampai 24 September, Astro bagi Free Channels kat pelanggan Astro. So mana ada teknik pun saya nak ajar sini. Sebabnya, Astro sedang buat peningkatan perkhidmatan.

Tadaaa...!

p/s: Wah bestnyer suami saya dapat tengok EPL malam ni dan esok!


Friday, September 21, 2012

Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Idrus September 2012


Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Idrus September 2012





IsTiMeWaNyA HaRi JuMaAt




ISTIMEWANYA HARI JUMAAT
Penghulu Segala Hari

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
 
 
 
 

Thursday, September 13, 2012

Bagaimana Rasulullah Memakai Cincin?



Bagaimana Rasulullah Memakai Cincin?


Soalan:

Bagaimana cara memakai cincin yang mengikut sunnah? Memakai di tangan kanan atau kiri dan di jari mana?


Jawapan:

1. Memakai cincin harus di tangan kanan dan juga tangan kiri.

Menurut Imam an-Nawawi; “Telah ijmak para ulamak bahawa harus memakai cincin di tangan kanan atau tangan kiri. Di sebelah mana kita memakainya tidaklah dimakruhkan.”
- (Syarah Soheh Muslim).

Merujuk kepada hadis-hadis, terdapat hadis menceritakan Nabi memakai cincin di tangan kanannya dan ada juga hadis baginda memakainya di tangan kiri.


2. Dalil keharusan memakai cincin di tangan kanan ialah:

a) Dari Saidina Ali r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai cincinnya di tangan kanannya”.
- (Riwayat Imam at-Tirmizi)

b) Hammad bin Salamah menceritakan; “Aku telah melihat Abi Rafi’ memakai cincin di tangan kanannya, maka aku bertanya kepadanya tentang hal tersebut. Lalu ia menjawab; ‘Kerana aku telah melihat Abdullah bin Jaafar r.a. (seorang sabahat) memakai cincin di tangan kanannya dan ia (yakni Abdullah) berkata kepadaku; ‘Adalah Rasulullah s.a.w. memakai cincin di sebelah tangan kanannya’”.
- (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad).


3. Adapun dalil bagi tangan kiri;

a) Dari Anas dan Ibnu Umar keduanya menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. memakai cincin di tangan kirinya”.
- (Riwayat Imam Muslim dari Anas dan Abu Daud dari Ibnu Umar)

b) Dari Jaafar bin Muhammad yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Adalah Hasan dan Husain (cucu Nabi), kedua-dua mereka memakai cincin di tangan sebelah kiri mereka.”
- (Riwayat Imam at-Tirmizi. Kata Imam at-Tirmizi, hadis ini soheh).

Menurut ulamak; Kemungkinan kedua-dua mereka telah melihat datuk mereka (yakni Nabi s.a.w.) memakai cincin di tangan kiri, lalu mereka mengikutinya.


4. Mana yang paling baik, memakainya di tangan kanan atau di tangan kiri? Menurut Imam Nawawi; ulamak-ulamak Salaf ramai yang memakainya di tangan kanan dan tidak kurang ramai juga yang memakainya di tangan kiri. Imam Malik menyukai memakainya di tangan kiri dan ia memakruhkan memakainya di tangan kanan. Di kalangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie terdapat khilaf; ada yang menyukai di tangan kanan dan ada yang menyukai di tangan kiri. Namun yang rajih ialah; memakainya di tangan kanan kerana cincin adalah perhiasan, maka tangan kanan lebih mulia dan lebih berhak diberi perhiasan dan dimuliakan dari tangan kiri.
- (Syarah Soheh Muslim)


5. Mengenai jari pula, sepakat para ulamak menyebutkan; sunat cincin dipakai di jari kelingking berdalilkan hadis dari Anas r.a. yang menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. memakai cincinnya di jari ini, sambil beliau (yakni Anas) menunjukkan pada jari kelingking di tangan kirinya”.
- (Riwayat Imam Muslim)

Terdapat hadis melarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah, iaitu hadis dari Saidina Ali yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah menegahku dari memakai cincin di jari ini atau jari sebelahnya, sambil ia (yakni Ali) menunjukkan jari telunjuk dan jari tengahnya.”
- (HR Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai)

Namun menurut ulamak; Larangan di dalam hadis di atas adalah larangan makruh, bukan larangan haram.
- (Syarah Soheh Muslim)


6. Bagi kaum wanita, harus memakai cincin pada mana-mana jari tanpa makruh.
- (Syarah Soheh Muslim, Tuhfah al-Ahwazi, 'Aunul-Ma'bud)

Wallahu a’lam.


Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Juz. 14, kitab al-Libas wa az-Zinah, bab Fi Khatam al-Wariq Fassuhu Habasyiy.
2. Tuhfah al-Ahwazi, juz. 4, bab Karahiyati at-Takhattum fi al-Usbu’aini.
3. ‘Aunul-Ma’bud, juz. 9, bab Ma Ja-a Fi Khatamil-Hadiid.


Credit to: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Wednesday, September 12, 2012

Mad Markets Bersama Hanis Zalikha


Blogger Selebriti
Mad Markets, sebuah shopping travelogue yang dihoskan oleh blogger terkenal Hanis Zalikha mula malam ni jam 10.30 malam di TV9. Rancangan ni membolehkan Hanis Zalikha berjalan, bershopping dan makan-mana di serata negara di Asia. Tercapai impian Hanis Zalikha untuk menjadi hos dengan konsep rancangan seperti yang Hanis Zalikha impikan. Shopping, Dining dan Travelling secara FREE!
Apapun tunggu episod 1 malam ini, kita tengok sejauh mana keupayaan Hanis Zalikha yang sendirinya mengaku gementar. Apapun dia akan ke Hong Kong pada ketika kita menunggu siarannya malam ini dalam Mad Markets.




 
 

Lirik Lagu Muara Hati – Siti Nurhaliza & Hafiz | OST Adam & Hawa


Demam Drama Adam & Hawa makin terasa kehangatan dan semestinya ramai yang layan drama ni sebab hero nya Aaron Aziz bukan! hoho.. termasuk la aku & hubby duk layannnn jugal la cite Adam & Hawa ni.. Romantik gitu, lagu tema yang berjudul Muara Hati ni pun kena jer dengan ceritanya dan merupakan gandingan mantap Siti Nurhaliza & Hafiz. Suka sangat-sangat lagu ni, kakak pun siap menari-menari & ulang-ulang dengar lagu Muara Hati nih..

Jom layan video klip 'Muara Hati'

 

Lirik Lagu Muara Hati – Siti Nurhaliza & Hafiz | OST Adam & Hawa

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta


Ingat Allah Dalam Sembahyang

 Ingat Allah Dalam Sembahyang

Rasulullah S.A.W bersabda “Tiada sesuatu yang diperolehi oleh seseorang hamba dari sembahyangnya, melainkan apa yang dibuatnya dengan akal yang penuh kesedaran (hati). Sesungguhnya seseorang yang menunaikan sembahyang itu, adakalanya sembahyang, tetapi tidak dicatat baginya satu perenam atau satu persepuluh darinya dari sembahyang itu.”
Tanpa ingatan kepada Allah swt semasa melakukan ibadah sembahyang, sembahyang itu kosong isinya. Pahala yang diberikan bergantung kepada selama mana dan sebanyak mana ingatan kita kepada Allah dalam melakukan sembahyang.
Hassan al-Basri r.a. pernah berkata yang maksudnya 
“Setiap sembahyang yang tidak disertai oleh hati yang hadir, maka lebih cepat ia mendapat seksa”.
Sembahyang sepatutnya mendekatkan seseorang kepada rahmat (kasihan belas) Allah swt, tetapi sembahyang yang dilakukan tanpa ingatan kepada Allah lebih dekat kepada seksaannya.
Imam al-Ghazali berkata ” Dan yang paling penting diberi perhatian di dalam sembahyang ini ialah khusyuk atau hadir hati bersama dengan bacaan dan zikir”. 

Hendaklah “hadir hati” iaitu ingat kepada Allah semasa sembahyang. Bagi orang awam, hendaklah cuba sedaya upaya untuk ingat Allah semasa sembahyang. Kalau ada lintasan (teringat perkara lain), cepat-cepatlah ingatkan balik kepada Allah. Walaupun tidak 100%, cubalah untuk “control” gangguan dalam hati semasa sembahyang (lebih banyak ingatkan Allah dari benda lain). 

Dalam sembahyang kita wajib mengingati Allah, kalau terlalai cepat-cepatlah kembalikan ingatan kepada Allah.
Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.


Sumber

Kereta Zed Zaidi Dicuri Depan Rumah



Menurut dari sumber Mstar, pelakon Zed Zaidi kehilangan kereta kedua kesayangan dipercayai dicuri dalam kejadian di Kondominium Perdana View, Damansara Perdana di sini, petang Selasa.

Zed menyedari kehilangan kereta itu ketika pulang dari sebuah pusat beli-belah bersama isteri, Natalia Mustafa Kamil, 29, dan anak mereka Ryan Ziqry yang baru berusia dua bulan.
“Semasa pulang bersama keluarga, saya mahu melihat kereta kedua saya sebelum masuk ke kondominium dan mendapati ia hilang sedangkan kuncinya berada dalam simpanan isteri saya.

“Ia diletakkan di tempat letak kereta luar kondominium kerana pihak pengurusan kediaman hanya membenarkan sebuah kereta pemilik sahaja boleh diletakkan dalam kawasan tempat tinggal.” 

Zed yang enggan memberitahu jenis kereta itu berkata, ia merupakan kejadian kedua selepas kehilangan sebuah kereta Toyota pada tahun 2007.

Dia turut kecewa kerana alat pengesan yang dipasangnya dalam kereta itu tidak berfungsi selain beranggapan penjenayah berkenaan mempunyai kepakaran dalam mencuri kenderaan.

Saturday, September 8, 2012

Kisah di Kenduri Sama Kak Nani Mak Hanis Zalikha

Di majlis perkahwinan anak kenalan rapat suami..
Kenangan kenduri pada Aidilfitri ke-7
Cerita ni cerita dalam bulan Syawal, harapnya tak basi lagi.
Pada Raya ke-7, kami ke kenduri anak perempuan kenalan rapat suami seorang pensyarah di UUM di Kangar, Perlis. Suami memang sangat rapat, rasanya seperti keluarga angkat dengan keluarga mereka ni.

Kami baru jer sampai di Kedah sehari sebelum kerana wajib hadir kenduri ni, lagipun ini anak sulung dan satu-satunya anak perempuan.
Tetamu ramai tapi tak sesak sebab kami pilih masa yang 'tepat' untuk datang lewat sikit dari peak hour, maklumlah tuan rumah ni bukan calang-calang.

Ketika sedang menjamu selera, suami aku ternampak seseorang...

"Yang, tu Hanis Zalikha lah..pi lah bergambar dengan dia". Sambil dia memuncung mulut ke arah seorang gadis yang sedang membasuh tangan. 

"Oh, tengok dari tepi macam dia". Balas aku balik sebab aku sempat tengok dia dari arah belakang. Gadis tu nampak macam Hanis Zalikha, blogger terkenal tu. Gadis tu baru nak menjamu selera.

Sampailah suami aku dah habis makan, dari tadi lagi dia asyik pandang kat gadis jelita tu, kata-katanya seperti berseloroh. Berkali-kali dia kata ayat hampir sama.

"Yang, memang macam Hanis lah." Masa tu gadis tu memang dah nak bangun dari tempat duduk, hadir dengan keluarga yang besar, berpakaian sedondon.

Kalau tak silap pakaian kaler ni lah yang datang segroup, ramai-ramai yang aku tak perasan petang tu, ambik lauk selepas aku! Gambar kredit untuk Hanis Zalikha Raya 2012.


"Eh bang, betul lah tu Hanis!" Lantas aku bingkas bangun, hampir berlari anak untuk ke meja Hanis. Siapa tak kenal Hanis Zalikha melalui blognya http://inibelogsaya.blogspot.com 

Ya, aku cam benar, Hanis selepas tengok seorang lagi rupawan disebelahnya, siapa lagi kalau bukan mak Hanis Zalikha. 

"Kak Nani!" Separuh jerit ku dalam hati. Kak Nani juga blogger terkenal dengan blognya Model-80an di http://nanirostam.blogspot.com 

Inilah Kak Nani, masih cantik lagi...
Aku terus bersalam-salaman dengan Hanis dan Kak Nani, cuma tak sempat bergambar dengan Hanis sebab dia bergegas bergambar dengan pengantin baru (kecewa habis aku). Tapi sempat pulak beramah mesra dengan mamanya, Kak Nani yang kelihatan anggun tu.

"Kak Nani cantik nampak mudalah, berapa umur?" Pergh..stret jer soalan aku petang tu, tanya umur orang terkenal tak tapis-tapis. Tapi memang Kak Nani ni sangat ramah, lembut jer tutur katanya dan masih cantik lagi.

Kak Nani tergelak, tersipu-sipu dengan soalan stret aku tu.

"Muda apanyer, dah 50-an nak dapat cucu dah pun...". Memang terpegun aku dengan keanggunan Kak Nani yang seperti baru berusia 40-an, senang cakap nampak muda 10 tahun jer.

Kak Nani asal Johor, manakala suami dia asal Alor Setar. Hadir kenduri tu sebab menziarahi rumah bapa saudara Hanis yang tinggal berdekatan rumah pengantin.

Sempat bersembang dengan mama Hanis Zalikha, tak sempat pulak nak kejar Hanis untuk bergambar. Suami aku jenis sporting, suruh aku pi jer kat Hanis tu, tapi dah agak jauh di hujung khemah sebab diorang nak balik. Cuma Kak Nani jer tertinggal...






Agaknya Apa yang Difikirkan Pada Masa Itu





Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.

"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.

Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.

Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.

“Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda," katanya.

Mengimbas kembali kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.

"Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya.

Bagaimanapun dia menafikan tindakan yang dilakukan dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana pihak.

"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya. SINAR HARIAN


Thursday, September 6, 2012

Penyanyi Anuar Zain Masuk UUM Sesi Ini


Foto UUM Online

Siapa kata dah terkenal tak boleh dah nak pasang impian masuk ke menara gading?

Haa, itulah yang akan dibuktikan oleh penyanyi tersohor tanah air, Anuar Zain tapi bukan sebagai pelajar baru Universiti Utara Malaysia (UUM), tetapi akan mengadakan persembahan sempena Konsert DiRaja Menjunjung Kasih 2012  bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) yang bakal berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah, UUM pada 15 September ini.

Konsert ini adalah sebenarnya satu kelangsungan diadakan bersempena dengan Hari Pengasasan Universiti seperti sebelum ini.

Tuanku Canselor UUM, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang telah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang  di-Pertuan Agong  ke 14, berkenan untuk berangkat menyaksikan konsert ini nanti.

Konsert ini yang akan berlangsung selama sejam setengah itu bakal menyaksikan Anuar menyampaikan enam lagu hits beliau iaitu Ketulusan Hati, Lelaki Ini, Kau Bunga Cintaku, Ajari Aku, Cinta Harus Memiliki dan Sedetik Lebih.

Masih ada lagi bagi yang nak buat tempahan atau pembelian kupon berharga RM30 dan RM50.








Semua Dosa diampunkan kecuali Dosa Syirik





ALLAH pengamun segala dosa. Jangan putus harap dengan ALLAH.

Az-Zumar [53] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Semua dosa diampunkan kecuali dosa syirik.

An-Nisa [116] Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Orang yang mati dalam syirik masuk neraka sekalipun syirik kecil.Contoh syirik kecil seperti mengatakan “makan panadol boleh sembuh penyakit”. Hakikatnya ALLAH yang menyembuhkan. Syirik ini boleh disettlekan dengan istigfar.

Syirik yang paling besar ialah KAFIR. Namun orang kafir yang masuk ISLAM dihapuskan segala dosanya sebelum masuk ISLAM. Buka buku baru.

Bertaubatlah dan menyesal, berazam tidak buat lagi. Sekiranya “terbuat” lagi, taubat lagi. Selagi nyawa masih ada(belum dihalkum) atau selagi qiamat belum tiba.

Kembalilah pada ALAH dan RASUL, jangan sakiti orang ISLAM yang lain, samada dengan anggota, mulut.


Sumber



Kek Lapis Kukus Cream Cheese




Kek Lapis Kukus Cream Cheese
Resepi : Kak Yatie - Sinar Kehidupanku

Bahan A :
250 gm cream cheese

60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara :
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.


Bahan B - Kek Coklat.
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar @ cair
1/2 cwn minyak jagung @cmasak
1 cwn tepung gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder


Cara :

  1. Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum, b.soda dan b. powder yang telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

Cara membuat Kek Lapis Kukus Cream Cheese:

  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.
  2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  3. Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  4. Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan boleh di hidangkan....

 
 

Wednesday, September 5, 2012

Aaron Aziz ke Universiti Utara Malaysia (UUM) Esok


Dengan gaya korporat...sesuai dengan persekitaran UUM
Mesti bising pelajar UUM yang minat dengan pelakon kacak Aaron Aziz, kerana mereka belum lagi kembali ke kampus untuk pendaftaran masuk semester baru yang dijadualkan Jumaat ini. Aaron akan muncul di majlis Perasmian Penutup Bengkel Kesedaran HIV AIDS di Universiti Utara Malaysia (UUM) esok. 

Malam ini Aaron dijangka sampai di Alor Setar dalam jam 9.30 pm dan melalui Tweeter nya pada jam 8 lebih tadi, turut mengesahkan. 

Kehadiran artis popular tersebut pada majlis berkenaan sebagai tetamu kehormat selebriti riben merah. Majlis berkenaan dijadual bermula pada pukul 4 petang dan bakal berlangsung di Dewan Serbaguna Pusat Kegiatan Pelajar UUM di Sintok, Kedah. Turut dijadual hadir pada majlis berkenaan ialah Naib Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM), Prof. Dr. ISmail Baba dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak.





Adam dan Hawa Mustika HD Merapu


Adam dan Hawa hanya sebuah adaptasi
Satu siri adaptasi novel yang menjadi bualan ramai, kerana melibatkan Aaron Aziz!
Tapi kini yang menjadi bualan hangat sebab ramai yang mengeluh apabila siri ni cuma disiarkan di Astro Mustika HD!

Dah namanya, Astro. Itupun belum tentu semua rumah ada.
Dah namanya Beyond. Itupun belum tentu semua pelanggan Astro upgrade kepadanya.
Dah namanya Beyond, tak guna juga kalau TV kat rumah bukan jenis LCD atau LED.
Dah namanya pun Mustika, tak langgan pun tak guna juga ada Astro pun...
Dah namanya pun Mustika HD, kalau tak langgan Beyond pun tak guna juga...
Dah apa yang aku merepek ni? Bukan aku yang merepek..Astro yang sebenarnya mengarut!

 
Sinopsis dari versi NOVEL:

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
 
 
 

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...