Ingat Allah Dalam Sembahyang
Rasulullah
S.A.W bersabda “Tiada sesuatu yang diperolehi oleh seseorang hamba dari
sembahyangnya, melainkan apa yang dibuatnya dengan akal yang penuh
kesedaran (hati). Sesungguhnya seseorang yang menunaikan sembahyang itu,
adakalanya sembahyang, tetapi tidak dicatat baginya satu perenam atau
satu persepuluh darinya dari sembahyang itu.”
Tanpa
ingatan kepada Allah swt semasa melakukan ibadah sembahyang, sembahyang
itu kosong isinya. Pahala yang diberikan bergantung kepada selama mana
dan sebanyak mana ingatan kita kepada Allah dalam melakukan sembahyang.
Hassan al-Basri r.a. pernah berkata yang maksudnya
“Setiap sembahyang yang tidak disertai oleh hati yang hadir, maka lebih cepat ia mendapat seksa”.
Sembahyang
sepatutnya mendekatkan seseorang kepada rahmat (kasihan belas) Allah
swt, tetapi sembahyang yang dilakukan tanpa ingatan kepada Allah lebih
dekat kepada seksaannya.
Imam
al-Ghazali berkata ” Dan yang paling penting diberi perhatian di dalam
sembahyang ini ialah khusyuk atau hadir hati bersama dengan bacaan dan
zikir”.
Hendaklah
“hadir hati” iaitu ingat kepada Allah semasa sembahyang. Bagi orang
awam, hendaklah cuba sedaya upaya untuk ingat Allah semasa sembahyang.
Kalau ada lintasan (teringat perkara lain), cepat-cepatlah ingatkan
balik kepada Allah. Walaupun tidak 100%, cubalah untuk “control”
gangguan dalam hati semasa sembahyang (lebih banyak ingatkan Allah dari
benda lain).
Dalam sembahyang kita wajib mengingati Allah, kalau terlalai cepat-cepatlah kembalikan ingatan kepada Allah.
Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
Sumber
3 comments:
bukan senang nk mendapatkan kusyuk dlm sembahyang tu kan
Kak KA, betul tu..mcm2 dugaan, kena atasi..
betul tu...bkn senang nak khusyuk dlmsolat kak..Allahuakbar..
Post a Comment