Wednesday, September 5, 2012

Adam dan Hawa Mustika HD Merapu


Adam dan Hawa hanya sebuah adaptasi
Satu siri adaptasi novel yang menjadi bualan ramai, kerana melibatkan Aaron Aziz!
Tapi kini yang menjadi bualan hangat sebab ramai yang mengeluh apabila siri ni cuma disiarkan di Astro Mustika HD!

Dah namanya, Astro. Itupun belum tentu semua rumah ada.
Dah namanya Beyond. Itupun belum tentu semua pelanggan Astro upgrade kepadanya.
Dah namanya Beyond, tak guna juga kalau TV kat rumah bukan jenis LCD atau LED.
Dah namanya pun Mustika, tak langgan pun tak guna juga ada Astro pun...
Dah namanya pun Mustika HD, kalau tak langgan Beyond pun tak guna juga...
Dah apa yang aku merepek ni? Bukan aku yang merepek..Astro yang sebenarnya mengarut!

 
Sinopsis dari versi NOVEL:

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
 
 
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...