Saturday, September 8, 2012

Kisah di Kenduri Sama Kak Nani Mak Hanis Zalikha

Di majlis perkahwinan anak kenalan rapat suami..
Kenangan kenduri pada Aidilfitri ke-7
Cerita ni cerita dalam bulan Syawal, harapnya tak basi lagi.
Pada Raya ke-7, kami ke kenduri anak perempuan kenalan rapat suami seorang pensyarah di UUM di Kangar, Perlis. Suami memang sangat rapat, rasanya seperti keluarga angkat dengan keluarga mereka ni.

Kami baru jer sampai di Kedah sehari sebelum kerana wajib hadir kenduri ni, lagipun ini anak sulung dan satu-satunya anak perempuan.
Tetamu ramai tapi tak sesak sebab kami pilih masa yang 'tepat' untuk datang lewat sikit dari peak hour, maklumlah tuan rumah ni bukan calang-calang.

Ketika sedang menjamu selera, suami aku ternampak seseorang...

"Yang, tu Hanis Zalikha lah..pi lah bergambar dengan dia". Sambil dia memuncung mulut ke arah seorang gadis yang sedang membasuh tangan. 

"Oh, tengok dari tepi macam dia". Balas aku balik sebab aku sempat tengok dia dari arah belakang. Gadis tu nampak macam Hanis Zalikha, blogger terkenal tu. Gadis tu baru nak menjamu selera.

Sampailah suami aku dah habis makan, dari tadi lagi dia asyik pandang kat gadis jelita tu, kata-katanya seperti berseloroh. Berkali-kali dia kata ayat hampir sama.

"Yang, memang macam Hanis lah." Masa tu gadis tu memang dah nak bangun dari tempat duduk, hadir dengan keluarga yang besar, berpakaian sedondon.

Kalau tak silap pakaian kaler ni lah yang datang segroup, ramai-ramai yang aku tak perasan petang tu, ambik lauk selepas aku! Gambar kredit untuk Hanis Zalikha Raya 2012.


"Eh bang, betul lah tu Hanis!" Lantas aku bingkas bangun, hampir berlari anak untuk ke meja Hanis. Siapa tak kenal Hanis Zalikha melalui blognya http://inibelogsaya.blogspot.com 

Ya, aku cam benar, Hanis selepas tengok seorang lagi rupawan disebelahnya, siapa lagi kalau bukan mak Hanis Zalikha. 

"Kak Nani!" Separuh jerit ku dalam hati. Kak Nani juga blogger terkenal dengan blognya Model-80an di http://nanirostam.blogspot.com 

Inilah Kak Nani, masih cantik lagi...
Aku terus bersalam-salaman dengan Hanis dan Kak Nani, cuma tak sempat bergambar dengan Hanis sebab dia bergegas bergambar dengan pengantin baru (kecewa habis aku). Tapi sempat pulak beramah mesra dengan mamanya, Kak Nani yang kelihatan anggun tu.

"Kak Nani cantik nampak mudalah, berapa umur?" Pergh..stret jer soalan aku petang tu, tanya umur orang terkenal tak tapis-tapis. Tapi memang Kak Nani ni sangat ramah, lembut jer tutur katanya dan masih cantik lagi.

Kak Nani tergelak, tersipu-sipu dengan soalan stret aku tu.

"Muda apanyer, dah 50-an nak dapat cucu dah pun...". Memang terpegun aku dengan keanggunan Kak Nani yang seperti baru berusia 40-an, senang cakap nampak muda 10 tahun jer.

Kak Nani asal Johor, manakala suami dia asal Alor Setar. Hadir kenduri tu sebab menziarahi rumah bapa saudara Hanis yang tinggal berdekatan rumah pengantin.

Sempat bersembang dengan mama Hanis Zalikha, tak sempat pulak nak kejar Hanis untuk bergambar. Suami aku jenis sporting, suruh aku pi jer kat Hanis tu, tapi dah agak jauh di hujung khemah sebab diorang nak balik. Cuma Kak Nani jer tertinggal...






15 comments:

mama aini said...

assalam..wah bestnya dpt bergambar dgn blogger popular..

..::..aRe-Na..::.. said...

wa..sonoknya akakk..dpt jmp deorang..
untung2....hihii

Kakcik Seroja said...

Memang kagum dengan kecantikan yang Allah anugerahkan buat Nani. Anak2nya pun cantik dan berbakat besar. :)

Anonymous said...

mesti seronok kan masa ni!

YATZAKIE said...

wah..bestnye kak eh...hanis zalika gitu...hihi

Kayu Manis said...

mmg cantik pun..org sebelah pun apa kurang..nya cantik juga..

Anonymous said...

raya aritu memang banyak jugak kenduri..wah..sy minat hanis nie..huhu..suka baca blog dia..

Kakzakie Purvit said...

En abang Sali pun kenal juga ye. Itulah kadang kita tak sangka tetiba terserempak di tempat yg di pergi. Lagi hebat kalau tak diduga sekali saudara macam mana agaknya kan Sali..

syiela said...

bestnya dapat jumpa dorang.. nampak sangat mudakan kak nani tu

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam salina...xdpt bergambar ngan hanis...gambar ngan maknya pon jadi lar ya...nampak mudakan?

eynda said...

Pernah jumpa beberapa kali gak hanis & mama dia... tapi akak jenis kejung bila nampak org glemer ni hahaha... malu nak mintak bergambar.. cuma sekali tu akak email kat hanis lepas nampak dia... rupanyer memang dia dok perhatikan hannah masa terjumpa tu... iskkk rugi tak guna hannah utk bergambar dgn dia kan hehe...

NzA said...

smpai skrg kenduri kahwin n open house xputus2....tension jugak cz baju dh ula mengetat.......huhuhu...

caliph shuriken said...

wahh, bertuah laa jumpa blogger terkenal musim2 kenduri & raya ni ^^

Si Matatajam said...

M mmg suka tgk kak Nani ni... Maintain gitu... Done follow here..

eita said...

best tu dapat jupe orang glamer...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...