Sunday, December 1, 2013

STICKY POST: Edaran Emzeti Memperkenalkan Rokok Herba Resdung


10,000 papan telah habis terjual!
(cuma dalam tempoh 10 bulan ujian pasaran tanpa iklan, secara rawak di Kedah, negeri lain belum lagi)

Produk terus dari Kilang IKS.
Produk ini adalah yang terbaru dan akan berada di setiap daerah di Malaysia melalui Edaran Emzeti.

Cara penggunaan ada disertakan...
- Pantas melegakan kegatalan hidung akibat alahan, masalah resdung.
- Cara penggunaan disertakan.
- Harga cuma RM3.00 sebatang.
- Penjualan dalam bentuk sepapan (seperti kopi bancuhan segera).
- Mudah dipamer untuk dijual.
- Produk keluaran kilang IKS Felda yang memenangi anugerah peringkat negeri dan kebangsaan.
- Boleh dijual di mana-mana seperti Kedai Makan, Medan Selera, Gerai Burger, Toko Jamu, Warung, Kedai Gunting Rambut, Kedai Runcit dan Kiosk Produk Kesihatan.
Anugerah Pencapaian


JOHAN
Usahawan Inovasi, Anugerah Usahawan FELDA Peringkat Kebangsaan 2012 
(Kategori Industri Kecil dan Sederhana)

JOHAN
Usahawan Inovasi, Anugerah Usahawan FELDA Wilayah Alor Setar 2011

FINALIS
Anugerah Usahawan FELDA Peringkat Kebangsaan 2012 

FINALIS
Anugerah Usahawan FELDA 2011

FINALIS
Kategori Perusahaan Lain
Anugerah Usahawan FELDA Wilayah Alor Setar 2011

Kilang Pengeluaran


Mudah dan kos murah untuk jadi pengedar dan pemborong. Juga bagi peruncit yang berminat: 

PAKEJ A: PEMBORONG/ PENGEDAR (nama akan masuk website)
Minimum 30 papan = RM20.00 sepapan (pos bungkusan  + RM12.00)

PAKEJ B: Peruncit (Kedai/ Online)
1 papan =  RM28.00 (termasuk pos biasa)

Info lanjut di www.edaranemzeti.com

Jualan Di Pasaran

Rokok Herba Resdung di Food Court
Gantungkan berdekatan kaunter bayaran dan keperluan harian agar lebih jelas

Pemborong/ Pengedar/ Peruncit Diperlukan Segera!
SMS Taip 'Pemborong/ Pengedar/ Peruncit + Daerah' 
ke 
019-578 1026 (Salina)


Friday, June 28, 2013

Akan Menyusul Tak Lama Lagi



Insya-Allah, sesuatu akan menyusul. Agar dapat memberi ruang dan peluang kepada peniaga di luar sana, atau mereka yang mungkin berminat. Sesuatu yang belum ada di tempat anda. Boleh secara online dan offline.


Sunday, June 23, 2013

Resepi Kuih Raya Mula Jadi Hits Dalam Blog Ini...Percayalah!


Menjelang bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi, maka bermulalah hits untuk resepi kuih raya yang ada dalam blog www.kasihsalina.com ini. Apa lagi, tengok pada statistik pun sudah tahu ke mana arahnya. Hihihi...bagi yang dah biasa buat kuih raya tu mungkin ada beberapa jenis resepi telahpun berada dalam genggaman. Nak-nak yang tauke kuih raya, pastinya tak menang tangan memenuhi tempahan...

Gambar Hiasan...

Thursday, June 20, 2013

Sesekali Bergambar Bertiga Sebegini


Bulan lepas
Raya lepas
Setahun lepas...
Jarang nak bergambar bertiga begini, sebabnya si Kakak akan berlari sana-sini mengelak untuk bergambar, kadang-kadang nak kena paksa pun ada. Kamila memang begitu sejak kecik lagi, sukar sangat nak bagi dia bergambar...tengok ajelah gambar passport dia memang masam mencuka (nanti la upload ek..) tetapi kalau dah dipaksa dah tentunya mood dia akan hilang, maka hilang serinya...


Monday, June 10, 2013

Apabila Kesibukan Melanda

Atau sudah letih berjogging berblogging...

Apabila berada dalam dunia kampus, walaupun kita bukan penghuninya...maka beginilah gayanya. Busy tahap apa tak tahu nak kata...

Maaf kepada rakan-rakan Blogger semua kerana membiarkan Blog ini bersawang dalam dunia Sesawang.

Inilah rupanya laman Web untuk Spider...


Thursday, March 7, 2013

Model Laptop Acer Yang Sering Bermasalah


Model Acer Aspire 4736 tak kiralah ada Z atau G dibelakangnya...yang sebenarnya ada 3 model dari nombor yang sama iaitu Acer Aspire 4736, Acer Aspire 4736Z dan Acer Aspire 4736G sering menghantui pemilik laptop ini sejak beberapa tahun dikeluarkan.

Masalah yang muncul ialah sering melibatkan hardware atau parts contohnya masalah auto-off, charge tak masuk, masalah pada chipset dan masalah pada kipas. Kosnya ialah antara RM80-RM280, adakalanya disertakan waranti pembaikan sehingga 6 bulan.

Manakala masalah yang agak ringan tetapi tetap merimaskan ialah, apabila kali pertama dibeli oleh pelanggan (beberapa tahun dulu)..selepas saja diformat, maka webcam dan speaker tidak berfungsi.

Mungkin ada di kalangan anda yang memiliki laptop seperti yang saya nyatakan di atas. Jika ada sila kongsikan apa masalahnya, dan kos yang dikenakan untuk membaikinya. Bukan apa, mungkin ada yang saya boleh kongsikan jika kos yang dikenakan agak mahal..sama ada berbaloikah anda membaikinya, atau adakah memang harganya dalam lingkungan harga yang dinyatakan kedai membaiki komputer. Sekadar perkongsian daripada saya.




Wednesday, March 6, 2013

Tragedi Pencerobohan Lahad Datu, Sabah


Takziah buat keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan beberapa orang lagi yang tercedera...

Kronologi Pencerobohan Lahad Datu

 


Kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;

9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

14 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.
Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.

2 Mac - Jam 1830hrs. Di mana sepasukan anggota polis telah diserang hendap oleh suspek dengan menggunakan senjatapi sewaktu mereka membuat serbuan di kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Serbuan tersebut telah dijalankan berikutan maklumat diterima dimana penjenayah ini dipercayai berada dikawasan tersebut dan mempunyai senjatapi. Dalam serbuan itu, dipercayai 5 orang pegawai/anggota polis terkorban manakala dipihak penceroboh 2 orang terkorban. Berikutan insiden ini pihak polis juga telah mengepung kawasan sekitar di mana penceroboh ini bersembunyi. Butir-butir lengkap pegawai/anggota polis yang terkorban belum dapat didedahkan buat masa ini bagi menghormati keluarga mangsa.

5 Mac - PASUKAN KESELAMATAN LANCAR SERANGAN DI KAMPUNG TANDUO
Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan di sini hari ini.- BERNAMA




Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...