Monday, February 10, 2014

Chef Wan Kata 'Nasi Lemak Telanjang' dan Malaysia Airlines Kata Apa Plak

Malaysia Airlines jawab kritikan 'nasi lemak telanjang' Chef Wan

 Bagi pendapat peribadi aku memang patut Chef Wan kata 'Nasi Lemak Telanjang' walaupun agak kasar bunyi kenyataan tersebut. 

Dalam penerbangan antarabangsa, Malaysia Airlines sepatutnya kena bagi extra terbaik sebab nasi lemak juga melambangkan identiti rakyat Malaysia untuk sarapan. Kalau kita makan kat rumah pun aku rasa macam tak lengkap kalau takde bilis, telur, timun, sambal & kacang (ada yang tak suka). Malah, siap ada ayam goreng berempah lagi untuk melengkapkan hidangan.

Pada 29 Januari lalu, Chef Wan telah memuatnaik gambar nasi lemak yang dihidangkan di kelas ekonomi Malaysia Airlines yang mana Chef Wan menganggap nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi sebagai 'telanjang'. 
 
Gambar yang dimuatkan di akaun Instagram turut menerima pelbagai reaksi di media sosial. 

Dalam kenyataan Malaysia Airlines kepada Astro AWANI, syarikat penerbangan nasional itu akan terus mempertingkat mutu makanan mereka. 

"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok. 

"Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," kata Malaysia Airlines.

Kalau Chef Wan tak ambil kisah pasal nasi lemak telanjang tu, gamaknya sampai ke sudah MAS buat tak kisah.



Komennya seperti yang tertera dalam akaun Instagrammya tertulis:
I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilik nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahun akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey....what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm " Telanjang la" Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?

"Hidangan nasi lemak ini memeranjatkan... ia seperti penerbangan nasional tidak mengambil peduli tentang hidangan sarapan pagi yang kita banggakan dan ia disajikan di dalam penerbangan antarabangsa tanpa timun dan kacang serta ikan bilis. Nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini," tulis Chef Wan dalam Instagram beliau.

 
 Sumber: Astro Awani

 

11 comments:

Khai♥Rin : anies said...

MAS kata... cut cost! ekekekek

Farah Waheda Wahid said...

yer pun, semata2 sambal dengan telur jer... bayar mahal2 mestilah nak sesuatu yang terbaik kan??? supaya MAS dapat pantau dan perbetulkan kekurangan...

Nurzakiah Hanum said...

amboi

msredcheesecake said...

kurang sempurna tu nasi lemak.... nasi lemak kat gerai pon sempurna...

Kakzakie said...

Tersalah org bila dihidangkan pulak kepada chef femes. Bagus juga at least pihak management MAS tahu apa tindakan patut dibuat..

Knor said...

biar knor yg masak nasi lemak tu..meletop nti..

dhiera said...

kalau dekat rumah pun kita tak masak nasi lemak macam tu. memang betul pun. dia melambangkan tradisi kita

Harith Iskandar said...

lepas ni kompem tender makanan kat mas kena tukar ehe

QasehnyaRania said...

betul tu sy kalau makan nasi lemak mesti nak lengkap dgn ikan bilis. xda ikan bilis ibarat bukan makan nasik lemak le.

shasha yacob said...

terbaik lah chef wan. kalau xdikomen. ater gamaknya nak di tuka. haha

Wak Gelas said...

kannns.,

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...