Monday, August 6, 2007

Trip Cameron Highlands (4-7 Julai 2007)


Sejuknyaaa... mana tak sejuknya kalau dah sampai kat Cameron Highlands jam 6 pagi.. Kali ni pergi Cameron bawa group Pusat Pembangunan Eksekutif (PPE).. seronok jugak pergi ramai2 ni.. kami bertolak jam 10 malam pada 4 julai 2007.. dalam perjalanan tu banyak tempat singgah untuk ambik peserta yang lain.. kalau ikutkan aku tak suka sangat bertolak waktu malam sebab akan sampai awal dan bukannya boleh check-in hotel awal pun.. menghabiskan masa adalah.. Tapi nak buat macam mana.. customer punya pasal kena ikut jugak ler..
Aku pergi kali ni bawa hubby aku sama.. tapi gambarnya sikit jer yang dapat ambik.. mana taknya dia malas nak ikut kami jalan2.. Sampai awal pagi tu kami solat subuh dan sarapan pagi la dulu kat Berinchang..
Huhhh.. sejuknya memang tak terkatalah pagi tu.. tapi bila dah tengahari.. hampehhhh.. lepas sarapan pagi kami ke Bharat Tea untuk menghirup udara segar di kawasan ladang teh ni.. masuknya percuma jer.. sempat lah juga aku beli Tshirt Cameron Highlands untuk aku dan teh untuk kawan2 aku kat pejabat tu..
Selepas ke Bharat Tea, kami pergi ke Ladang MARDI yang mana tiket masuknya RM 3 untuk dewasa dan RM 1.50 untuk kanak2 dan pelajar sekolah.. Tapi kami masuk pada hari tu cuma kena bayar RM 40 untuk 40 orang.. aku cakap dengan pekerja kat situ kami rombongan dari universiti, kena bagi diskaun ler.. Semua peserta bersetuju untuk masuk dengan bayaran RM 1 seorang.. tapi sebenarnya ramai yang tidak berpuashati sebab dikenakan bayaran masuk.. bagi aku memang patut pun dikenakan bayaran masuk.. mana ada semua benda free dalam dunianya.. Lagi pun MARDI buat penyelidikkan untuk kemajuan dan pembangunan bangsa dan negara kita juga.. bayaran tiket masuk tu sebahagian daripada sumbangan dan sokongan kita terhadap kerja2 penyelidikkan yang dilakukan oleh MARDI..
Kat ladang MARDI ni ada pelbagai tanaman termasuklah pokok buah-buahan seperti buah anggur, strawbery & epal, pokok bunga seperti bunga ros dan bunga matahari.. selain tu terdapat jugak tanaman sayur sayuran seperti tomato & kobis. Ramai jugak yang pakat duk beli strawbery kat sini.. paling aku geram dan seronok sangat2 ialah bila tengok bunga ros ni.. mana dapat tengok bunga ros besar2 macam ni.. kalau nak tengok bunga ros banyak2 lagi.. boleh pergi ke Rose Valey.. bayaran masuk dikenakan.. hari tu kami tak sempat nak pergi.. dapat tengok yang ini pun dah memadailah..

Haa.. ni pulak gambar aku dengan budak Thailand yang tinggal dekat dengan rumah kami.. Dia ni tengah praktikum kat PPE.. Lepas melawat ke ladang MARDI ni kami terus check-in di Iris House Hotel.. jam 12.30 tgh pulak kami turun makan tengahari di Norani Chalet.. dekat jer dengan hotel yang kami menginap tu.. susah jugak aku nak cari orang yang buat catering kat sana.. nasib baiklah ada Hj. Ramli (Noraini Chalet) yang tolong carikan catering untuk aku.. menunya memang menyelerakan.. pihak catering tu cuma kenakan harga RM 8 seorang untuk makan tengahari.. nasib baik la aku dapat harga yang pelanggan aku nak.. banyak tempat juga aku telefon.. semuanya bagi harga RM 10 keatas.. pakcik catering tu datang lambat sikit pada hari pertama tu.. hari tu dia banyak ambik tempahan.. tapi biasalah pelanggan dia nak cepat..tepat.. aku dah lali dengan2 benda macam ni.. kalo sanggup keje macam ni kenalah belajar tebal2 kan muka..















































No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...